CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masalah Tikus, 14 Restoran Sekitar Klang Diarah Tutup 2 Minggu Oleh MPK

7-11-2016 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3908| Komen: 15

Description: Berikutan masalah tikus mula berleluasa di sekitar Klang, 14 restoran diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Selangor untuk tempoh dua minggu.
Berikutan masalah tikus mula berleluasa di sekitar Klang, 14 restoran diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Selangor untuk tempoh dua minggu.

Setakat ini, Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama jabatan kesihatan Selangor mengadakan pemeriksaan ke atas 67 gerai makanan dan 52 buah restoran di kawasan Klang. 


Hasilnya sebanyak 62 saman telah dikeluarkan ketika pemeriksaan dijalankan, dan sebanyak 14 buah restoran diarah tutup selama dua minggu.

Menurut laporan The Star, antara kedai yang diarah tutup termasuk sebuah kedai rangkaian ais krim yang terbesar di dunia dan dua buah kedai minuman kopi premium yang terkemuka. 

Tahap kebersihan ketiga-tiga kedai tersebut tidak mencapai piawaian yang telah ditetapkan kerana di dalam kedainya didapati mempunyai bahan buangan tikus yang amat ketara boleh menjejaskan kesihatan masyarakat.

Menurut Yang Dipertua MPK, Dato' Mohamad Yasid, restoran yang dikenakan saman, kebanyakkan tidak mengikut peraturan menjaga kebersihan restorannya, sehingga menyebabkan masalah penyakit akibat tikus berleluasa, kakitangan tidak mengambil suntikan vaksin, tiada tong sampah, dapur tiada alat penapisan minyak dan sebagainya yang tidak memenuhi piawaian kesihatan yang ditetapkan. 


Selain itu, 14 restoran yang diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 akta makanan 1983 untuk tempoh selama dua minggu untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan.

Biarpun pemilik restoran menyatakan kerugian besar akan dialami mereka akibat arahan tutup, tetapi menurut Jabatan Kesihatan notis amaran telah diberikan sejak sebulan lalu, jadi tiada alasan lagi buat semua pemilik restoran.- CARI

Masalah Tikus, 14 Restoran Diarah Tutup 2 Minggu Oleh MPK


14

Bagus
13

Marah
18

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 7-11-2016 06:05 PM
Konfem ke mampos makhluk2 tu?
Quote swayne 7-11-2016 09:48 PM
Kedai rangkaian aiskrim terkemuka? Apasal iolls tal tahu ada kedai tu di Klang..adakah Kopitiam Chong Kok juga tutup. Nal sarapan mana nanti!
Quote xtahumenahu 7-11-2016 10:26 PM
Old town?BR?kat mana nih?
Quote xtahumenahu 7-11-2016 10:27 PM
swayne replied at 7-11-2016 09:48 PM
Kedai rangkaian aiskrim terkemuka? Apasal iolls tal tahu ada kedai tu di Klang..adakah Kopitiam Chon ...

Org kata nasi lemak yg dihantar ke chong kok sedap...sedap ke?aku x pnh try lg
Quote spiderman80 7-11-2016 10:45 PM
swayne replied at 7-11-2016 09:48 PM
Kedai rangkaian aiskrim terkemuka? Apasal iolls tal tahu ada kedai tu di Klang..adakah Kopitiam Chon ...

Kopitiam Chong Kok tu bersebelahan dengan OCBC Bank kan?

Quote Naliena 8-11-2016 06:33 AM

klau tak silap BR ada satu dekat dalam klang parade.
Quote swayne 8-11-2016 06:44 AM
xtahumenahu replied at 7-11-2016 10:27 PM
Org kata nasi lemak yg dihantar ke chong kok sedap...sedap ke?aku x pnh try lg

i tak makan nasi. Tapi menurut adik i, sedap. Dan i tengok setiap pagi beratur panjang demi nasi lemak, baik cina melayu india, i assume sedap. And nasi lemak tu turun temurun kan? Pernah masuk majalah 3.
Quote swayne 8-11-2016 06:45 AM
spiderman80 replied at 7-11-2016 10:45 PM
Kopitiam Chong Kok tu bersebelahan dengan OCBC Bank kan?

Yeee spidey. Betul dah tu.
Quote GuaAnakMelaka 8-11-2016 06:58 AM
ڤاتوتڽ بطل ليسين ج.....

تيكوس بب..بوكن لالت
!

Quote chinta89 8-11-2016 12:43 PM
eskrim BR kah??
Quote ffbeauties 8-11-2016 01:02 PM
Peliknya ada restoran yang takde tong sampah? Jadi sampah, sisa semua tu buang kat mana? Kalau yg jenis gini baik bagi notis tutup terus!!
Quote mirandanicky1 9-11-2016 11:10 AM
Geliiiiiii ank tekak
Quote Artemesiaa 9-11-2016 11:41 AM
Euwww kalau dinyatakan nama2 tempat makan yang terlibat lebih bagus lagi
Quote shamsadis 9-11-2016 11:58 AM
para pekedai sila salahkan kerajaan persekutuan
Quote -electrifying- 9-11-2016 12:28 PM
ffbeauties replied at 8-11-2016 01:02 PM
Peliknya ada restoran yang takde tong sampah? Jadi sampah, sisa semua tu buang kat mana? Kalau yg je ...

mgkin tanam smpah tu kot sis

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.063048 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top