CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahagian Barang Runcit Pasar Raya Aeon Diarah Tutup Kerana 'Kunjungan' Tikus

4-4-2017 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4022| Komen: 21|Original author: R2D2

Description: Susulan insiden kehadiran tikus, bahagian barang runcit Pasar Raya Aeon, One Utama, Petaling Jaya diarahkan ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 pada 31 Mac lepas untuk tempoh 14 hari.
Susulan insiden kehadiran tikus, bahagian barang runcit Pasar Raya Aeon, One Utama, Petaling Jaya diarahkan ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 pada 31 Mac lepas untuk tempoh 14 hari.


Memetik laporan mstar, perkara tersebut disahkan oleh ketua pengarah kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 

Bagaimanapun beliau turut memaklumkan sekiranya pemeriksaan semula kebersihan premis oleh KKM mencapai tahap memuaskan, premis tersebut boleh beroperasi semula lebih awal.

Berita mengenai penutupan bahagian barang runcit pasar raya terbabit menjadi tular di media sosial beberapa hari lalu dengan satu rakaman video menunjukkan seekor tikus berada di atas rak yang menempatkan minuman.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan ke atas premis makanan secara rutin.

Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq, jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.- CARI


sumber foto: mstar


15

Bagus
3

Marah
4

Terkejut

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 3-4-2017 11:10 PM
Bahaya tikus-tikus ni. Takut kena virus kencing tikus. Tahu-tahu sakit and then meninggal.
Quote InVendeTTa 3-4-2017 11:12 PM
kat kedai2 runcit ilek je turun temurun tikus tu cucu cicit..aku pernah masuk market kat selayang bau je dah mcm bau tikus coz hidung aku sensitip and kenal sgt bau tikus ni..ilek je ramai customer
Quote Manjahati 3-4-2017 11:16 PM
Pasaraya besar pun ada tikus?
Quote 3_abdul 3-4-2017 11:26 PM
pasar borong selayang pun byk tikus....... bila nak tutup?   
Quote CiliPadiSedap 3-4-2017 11:41 PM
kalau tutup pasar  borong selayang nanti ada monyet cakap manusia asal daripada tikus.. tikus asal daripada dinasour.. biasalah teori evolusi..

Quote akusukaq 4-4-2017 03:04 AM
R2D2 replied at 3-4-2017 11:06 PM
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia berkata bahagian runcit pasar raya Aeon 1Utama, Bandar ...

brand je jepon..  mentenens bgla..
Quote shamsadis 4-4-2017 03:42 AM
Eeeeeee bahaya kencing tikuih
Quote chinta89 4-4-2017 09:15 AM
pasaraya2 lain pun byk tikussssss.. hrp2 semua pihak ambil tindakan sewajarnya.
Quote wajevo 4-4-2017 09:25 AM
1utama so yesterday lah. Kalau bersih pun aku pegi
Quote KucingKedai 4-4-2017 10:16 AM
aeon pon ada tikus.. pasni beli air tin better bilas ngan air dulu baru minum. huish scary ah
Quote Sayaaa 4-4-2017 10:24 AM
eii gelinya


Quote prettyuglybabe 4-4-2017 10:34 AM
boleh kata semua pasaraya ada tikus..
kadang masuk je boleh bau..
Quote sebu1 4-4-2017 10:42 AM
Iye kedai mini market Melayu dan mamak pun byk tikus
Quote batmana 4-4-2017 11:09 AM
smua gerai tpi jln kampung baru, ada je tikus lari2,
cm jln tu dorg punye highway

klu gerai tutup, mgkin jadi RnR tikus , buat hentian jupe kwn2 dia

Quote helicornia 4-4-2017 02:42 PM
ari tu tengok berita pasaraya tu baru lepas buat semburan racun perosak.mungkin sbb tu cik ti ni pening lalu cari port nk ilangkn pening kt situ
Quote zarulnazmi 4-4-2017 03:41 PM
Tikus harga RM6.99
Quote cikpolop 5-4-2017 10:00 AM
bagus lah.. bahaya kl ade tikus
Quote Achik-Yaya 5-4-2017 10:16 AM
kat section ikan sayur ayam bagai tu dia orang tak tutup pon...padahal kat situ la rumahtangga tikus tu sbb aku pernah dengar  akak yg potong ikan tu komplen pasal bau kencing tikus..
Quote mirandanicky1 6-4-2017 12:38 PM
pengotor..haihhh bahaya kencing tikus kena cuci basuh betul2 botol2 air atau kotak minuman sebelum minum

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.072597 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top