View: 2326|Reply: 15
|
Masalah Tikus, 14 Restoran Diarah Tutup 2 Minggu Oleh MPK
[Copy link]
|
|
Berikutan masalah tikus mula berleluasa di sekitar Klang, 14 restoran diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Selangor untuk tempoh dua minggu.
Setakat ini, Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama jabatan kesihatan Selangor mengadakan pemeriksaan ke atas 67 gerai makanan dan 52 buah restoran di kawasan Klang.
Hasilnya sebanyak 62 saman telah dikeluarkan ketika pemeriksaan dijalankan, dan sebanyak 14 buah restoran diarah tutup selama dua minggu.
Menurut laporan The Star, antara kedai yang diarah tutup termasuk sebuah kedai rangkaian ais krim yang terbesar di dunia dan dua buah kedai minuman kopi premium yang terkemuka.
Tahap kebersihan ketiga-tiga kedai tersebut tidak mencapai piawaian yang telah ditetapkan kerana di dalam kedainya didapati mempunyai bahan buangan tikus yang amat ketara boleh menjejaskan kesihatan masyarakat.
Menurut Yang Dipertua MPK, Dato' Mohamad Yasid, restoran yang dikenakan saman, kebanyakkan tidak mengikut peraturan menjaga kebersihan restorannya, sehingga menyebabkan masalah penyakit akibat tikus berleluasa, kakitangan tidak mengambil suntikan vaksin, tiada tong sampah, dapur tiada alat penapisan minyak dan sebagainya yang tidak memenuhi piawaian kesihatan yang ditetapkan.
Selain itu, 14 restoran yang diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 akta makanan 1983 untuk tempoh selama dua minggu untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan.
Biarpun pemilik restoran menyatakan kerugian besar akan dialami mereka akibat arahan tutup, tetapi menurut Jabatan Kesihatan notis amaran telah diberikan sejak sebulan lalu, jadi tiada alasan lagi buat semua pemilik restoran.- CARI
Masalah Tikus, 14 Restoran Diarah Tutup 2 Minggu Oleh MPK
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas Separuh Purnama
Konfem ke mampos makhluk2 tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kedai rangkaian aiskrim terkemuka? Apasal iolls tal tahu ada kedai tu di Klang..adakah Kopitiam Chong Kok juga tutup. Nal sarapan mana nanti! |
|
|
|
|
|
|
|
Old town?BR?kat mana nih? |
|
|
|
|
|
|
|
swayne replied at 7-11-2016 09:48 PM
Kedai rangkaian aiskrim terkemuka? Apasal iolls tal tahu ada kedai tu di Klang..adakah Kopitiam Chon ...
Org kata nasi lemak yg dihantar ke chong kok sedap...sedap ke?aku x pnh try lg |
|
|
|
|
|
|
|
Kopitiam Chong Kok tu bersebelahan dengan OCBC Bank kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
klau tak silap BR ada satu dekat dalam klang parade.
|
|
|
|
|
|
|
|
xtahumenahu replied at 7-11-2016 10:27 PM
Org kata nasi lemak yg dihantar ke chong kok sedap...sedap ke?aku x pnh try lg
i tak makan nasi. Tapi menurut adik i, sedap. Dan i tengok setiap pagi beratur panjang demi nasi lemak, baik cina melayu india, i assume sedap. And nasi lemak tu turun temurun kan? Pernah masuk majalah 3. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 7-11-2016 10:45 PM
Kopitiam Chong Kok tu bersebelahan dengan OCBC Bank kan?
Yeee spidey. Betul dah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ڤاتوتڽ بطل ليسين ج.....
تيكوس بب..بوكن لالت!
|
|
|
|
|
|
|
|
Peliknya ada restoran yang takde tong sampah? Jadi sampah, sisa semua tu buang kat mana? Kalau yg jenis gini baik bagi notis tutup terus!! |
|
|
|
|
|
|
|
Euwww kalau dinyatakan nama2 tempat makan yang terlibat lebih bagus lagi |
|
|
|
|
|
|
|
para pekedai sila salahkan kerajaan persekutuan |
|
|
|
|
|
|
|
mgkin tanam smpah tu kot sis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|