CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gambar Peniaga Solat Tepi Gerai Dikongsi Hampir 7,000 Kali, Netizen Terkesan!

11-10-2016 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9796| Komen: 40|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Sekeping gambar mampu menceritakan segala-galanya. Begitulah perumpamaannya terhadap satu gambar yang menjadi viral di laman sosial ini.



Sekeping gambar mampu menceritakan segala-galanya. Begitulah perumpamaannya terhadap satu gambar yang menjadi viral di laman sosial ini. 

Seorang peniaga tepi jalan dilihat berhenti seketika daripada berniaga untuk mengerjakan solat, ternyata gambar tersebut memberi impak yang mendalam kepada netizen. 

Tanpa memerlukan kawasan yang selesa dan juga sempurna, wanita tersebut didapati mengerjakan tanggungjawab terhadap tuhan, hanya beberapa meter sahaja dari gerainya.


Tidak pula berasa malu dan juga segan, meskipun bersolat secara terbuka. Mungkin kerana tiada pilihan, atau itulah pilihan sahaja yang ada. 

Namun, netizen yang menyaksikan kejadian terbabit tidak melepaskan peluang untuk merakam detik tersebut. Katanya, dia terkedu melihat peniaga sanggup solat di tepi jalan seperti itu, satu situasi yang jarang dilihat di negara ini. 




"Kita yang kerja dalam aircond ini belum tentu nak berdiri mengadap Ilahi dalam keadaan zon kita amat selesa.

"Tapi lihatlah betapa diri ini kaki melihat beliau berdiri di bawa sinaran matahari berbunbungkan pokok beralaskan tanah.."

Itu antara yang diluahkan oleh netizen ini yang nyata berasa kagum dengan peniaga tersebut. 

Dalam pada itu, gambar berkenaan benar-benar menarik perhatian pengguna media sosial yang lain. Sehingga kini, hanya dalam masa 3 hari selepas dimuat naik, ia telah dikongsikan oleh hampir 7,000 pengguna!

Bukan itu sahaja, rata-rata mereka menyatakan perasaan berbangga dan juga mendoakan kebaikan buat peniaga tersebut, moga semakin dimurahkan rezeki.







Apa pendapat anda dengan perkara ini? Adakah ia berjaya menyentuh dan menyentap perasaan anda pada waktu ini? - CARI 
28

Bagus
18

Marah
17

Terkejut
50

Sedih
27

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (162 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MH3703 11-10-2016 06:03 PM
normal la solat tpt camtu...apa ke peghak jakun sgt korang nih
Quote pichee 11-10-2016 06:19 PM
Solat kn wajib...ape masalahnye
Quote mifune 11-10-2016 07:37 PM
ntah.selalu je nampak mcm tu .pe yg pelik
Quote irlene_hana 11-10-2016 07:40 PM
Mungkin dekat Malaysia keadaan ni pelik.. sbb standard org kita nk solat kena g masjid surau.. tp mana tahu dgn viral ni org byk beli dkat akak ni... rezeki dia..
Quote irlene_hana 11-10-2016 07:40 PM
Mungkin dekat Malaysia keadaan ni pelik.. sbb standard org kita nk solat kena g masjid surau.. tp mana tahu dgn viral ni org byk beli dkat akak ni... rezeki dia..
Quote hanakikan 11-10-2016 07:48 PM
Benda mcm ni pun nak viral:zz
Quote Ferr_Remy 11-10-2016 07:55 PM
Jakunnye diorg ni
Quote missDollie 11-10-2016 07:57 PM
Aku lagi terkedu dengan jantan tak pegi solat jumaat..merayau kat shopping complex macam datang period..
Quote syadq 11-10-2016 08:12 PM
Ya ampun bukannye dia solat bawah panas terik yg ko nak terkedu. Bawah pokok rimbun dgn angin sepoi-sepoi bahasa lagi. Bilik aku ni ha lagi panas sampai ke malam.
Quote matchstick 11-10-2016 08:19 PM
aku selalu heran org meniaga pasar malam solat maghrib waktu bile..time maghrib tu lah rancak meniaga. x penah nmpk pulak yg solat kt pasar malam.

siap lah aku nk kena kecam jadi malaikat tukang sukat dosa org
Quote prettyuglybabe 11-10-2016 10:02 PM
selalu orang yang tak solat je heran tengok orang solat..
Quote ciwi1166 11-10-2016 10:05 PM
prettyuglybabe replied at 11-10-2016 10:02 PM
selalu orang yang tak solat je heran tengok orang solat..



lol. mendalam maksud nye ni. kihkihkih
Quote gigahertz 11-10-2016 10:21 PM
missDollie replied at 11-10-2016 11:57 AM
Aku lagi terkedu dengan jantan tak pegi solat jumaat..merayau kat shopping complex macam datang peri ...

tu hari ada sepasang couple. yanh awek tu pakai tudung. laki tu ada honda vtec. aku dok perati aku gi solat jumaat dia baru smpai minum borak2. aku dah habis jumaat diorang kat situ lagi. aku lalu depan diorang aku geleng geleng kepala
Quote Cyempaka 11-10-2016 10:21 PM
Peghak bataknya ustad ni.smp terkedu tgk org semayang...
Quote Orix 11-10-2016 10:23 PM
prettyuglybabe replied at 11-10-2016 10:02 PM
selalu orang yang tak solat je heran tengok orang solat..

Aah betul tu
Quote mbhcsf 11-10-2016 10:48 PM
Tidak pula berasa malu dan juga segan, meskipun bersolat secara terbuka. Mungkin kerana tiada pilihan, atau itulah pilihan sahaja yang ada.


hmmm......benda ni hmm kenape hairan ye...

my friend pi birm  back in 1999

dia solat je...

Quote mbhcsf 11-10-2016 10:49 PM
i terkejut dgn citer warga adam pi tengok wayang waktu jumaat , my friend yg ladies ni sja sakat  hahaha

he with another lady ...


well....itu  kita tak terkejut kah?
Quote mbhcsf 11-10-2016 10:50 PM
kat hyde park siap iaqmah azan bagai  gang gang ladies persian ke arabic ke?

benda biasa?

why kita terkejut ?


well....bless her

and buatkan malaysian ? segelintir terkejut
Quote foxxmix 11-10-2016 11:57 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066804 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top