CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Emma Watson Mengecam Perkahwinan Kanak-kanak

11-10-2016 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4248| Komen: 1

Description: Bintang filem Harry Potter, Emma Watson mengecam perkahwinan seawal usia kanak-kanak ketika mengunjungi Malawi lalu menggesa pihak berkuasa di seluruh Afrika menghentikan amalan itu.
Bintang filem Harry Potter, Emma Watson mengecam perkahwinan seawal usia kanak-kanak ketika mengunjungi Malawi lalu menggesa pihak berkuasa di seluruh Afrika  menghentikan amalan itu.



Sumber foto: http://news.trust.org

Emma menegaskan amalan berkenaan menyebabkan generasi muda mudah terdedah dengan risiko keganasan rumahtangga selain menghalang mereka dari meraih masa depan yang cerah serta menyebabkan mereka keciciran dalam pendidikan. 

Duta Muhibbah Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu melawat negara Afrika Tenggara terbabit sempena sambutan Hari Anak Perempuan Antarabangsa.

Malawi meluluskan undang-undang yang menggariskan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun dengan kerjasama antara PBB dan ketua-ketua masyarakat tradisional pada 2015.


“Bertemu ramai kanak-kanak perempuan yang dihimpit masalah kemiskinan dan dipaksa berkahwin dalam usia setahun jagung menyedarkan saya mengenai kepentingan membuat pilihan sendiri dalam kalangan wanita.

“Ia sangat mengujakan untuk melihat bagaimana amalan memudharatkan ini dapat dihentikan apabila masyarakat memberi kerjasama padu,” ujar Emma kepada UN News Centre.


Sumber foto: http://www.un.org

Menurut PBB, data menunjukkan bahawa di seluruh dunia, satu per tiga kanak-kanak perempuan di negara-negara membangun, tidak termasuk China, berkahwin pada usia bawah 18 tahun.

Perkara ini secara tidak langsung menafikan zaman kanak-kanak dan hak mereka untuk bersekolah.

Walaupun perkahwinan kanak-kanak kini diharamkan di Malawi, masih terdapat kebimbangan masalah sama berulang kerana mementingkan adat.

Di samping itu, data kempen Girls Not Brides berpangkalan di United Kingdom, menunjukkan 15 juta kanak-kanak perempuan terikat dengan masalah sama di seluruh dunia.

Hari Anak Perempuan Antarabangsa diisytihar PBB disambut pada 11 Oktober  bagi mempromosi hak asasi manusia untuk kanak-kanak perempuan. - CARI
23

Bagus
57

Marah
14

Terkejut
16

Sedih
18

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (157 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeghanK 11-10-2016 05:56 PM
saya setuju

kesian kat bebudak tak cukup akal nak berfikir lagi dah kena kawen dengan orang tua

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.123570 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top