CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Just Move On Dan Jangan Ganggu", Teman Lelaki Zarina Anjoulie Beri Amaran Pada Bekas Isteri

13-1-2023 08:49 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 15982| Komen: 134

Description: Pasti ramai tahu, sejak kebelakangan ini pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan apabila berkongsikan momen bahagianya bersama kekasih baru dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey dan bakal berkahwin ...

Pasti ramai tahu, sejak kebelakangan ini pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan apabila berkongsikan momen bahagianya bersama kekasih baru dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Memetik portal Xtra, baru-baru ini Elzey seolah memberi amaran kepada bekas isterinya agar tidak mengganggu hubungannya bersma Zarina atau lebih mesra disapa Anju.

Menerusi perkongsian di TikTok story, kekasih Anju mendakwa telah jatu talak tiga kepada bekas isterinya kerana nusyuz sekaligus hilang gelaran ‘Datin Seri’.


“Kepada bekas isteri, setelah gugur talak tiga keatas kamu kerana nusyuz dan derhaka maka gugurlah title kamu sebagai Datin Sri. Saya mohon jangan kamu ganggu kekasih saya kelak nanti akan menjadi lebih parah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elzey juga berharap bekas isterinya itu meneruskan kehidupan dan bertaubat serta tidak mengganggu mereka.

“Just move on dan kembali bertaubat kepada Allah. Move on dan jangan ganggu kami,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, hasil pencarian mendapati video tidak tidak lagi kelihatan berkemungkinan telah dipadam.

Terdahulu, Zarina berkongsi berita gembira apabila dilihat sudah menempah baju perkahwinan di butik pengantin untuk hari bahagianya. 

Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra.

Pada 20 Julai 2020 pula, Zarina berkahwin buat kali kedua dengan Eilyas Azhar, bagaimanapun mereka bercerai dua kali pada Februari dan Mei tahun lalu. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 13-1-2023 05:51 AM
Hal2 mcmtu Setel diam2 jerla
Quote sukacactus 13-1-2023 06:20 AM
Dia pun block wsapp ex nya kah sampai nak kena communicate thru socmed lain
Quote chazey 13-1-2023 06:27 AM
Perawankota replied at 13-1-2023 05:51 AM
Hal2 mcmtu Setel diam2 jerla

Zarina yang cucuk2 heols tu. Heh.
Quote rosannazmia 13-1-2023 06:53 AM
Semuga dato sri dpt membimbing anjou and bahagia dunia akhirat … aminnnnnnnnnnnnnnnnnn selamat perantin baru anjou
Quote makcun14 13-1-2023 06:57 AM
"Gugur title datin seri" hadap sangat title ke anju? Hamik la hamik.
Zaman sekarang datin muda banyak yang sama ada acah terpaling suci ie binik si alep sukri atau rempit macam binik eddy kana.
Quote debab_78 13-1-2023 07:15 AM
aku tak tahu knp.. bila tgk kapel2 tua dok show off kat medsos, aku jd geli.. ada la 2-3 kapel artis lagi yg tua2 tapi dok posting kalahkan bbnu bercinta
Quote asfaz 13-1-2023 07:23 AM
Kemain suruh ex bertobat. Kau tu ...bersentuhan pastu pkai kopiah takmau tobat ke ,mengggong?
Geli tgk org berkopiah tpi gatal ni..euuwww
Quote Minami2013 13-1-2023 07:23 AM
Tengah bahagia
Quote jambatannetizen 13-1-2023 07:41 AM
Anju jumpa dato seri katne? Masjid ke?
Quote Rogue98 13-1-2023 07:44 AM
Lerrr tak kahwin lagi ke....siap dah beromen duk hotel sama2....jabatan agama Islam tidur ke atau dah kenyang tak buat kerja....
Quote Madel 13-1-2023 07:45 AM
Move on and bertaubat la pada Allah?
tpi si bekas laki aka bf Anju muka asik horny memanjang, bercium kat public bergesel2 melekat2 tak apa pulak ya.
yg aneh2 aje dunia ini..


Quote katak hijau 13-1-2023 08:05 AM
Nanti anju kena berubah juga seiring title datin sri
Quote Cyempaka 13-1-2023 08:10 AM
Org tua ni mcm saiko. Kejap bekopiah lobai ajar selawat segala.. Kejap p peluk gesel gf seksi dia. Perangai mcm 1st time dpt betina.. Geli
Quote menjad 13-1-2023 08:11 AM
Title datin seri tak bawak masuk kubo pung. Terpaling jugak masing2. Ngah wangi mmg gitu dah bercekau nanti lain pulak kes nya.

Hadap pulak ngan title.
Quote cmf_premierleag 13-1-2023 08:26 AM
Yarabbi..low class nya datuk nih tulis mcm tu kt socmed...sah la dato beli dato mlm dato jutawan forex
Quote sangbara2020 13-1-2023 08:40 AM
udah2 la tu....semua pun nk kepo...
Quote tompie 13-1-2023 08:56 AM
Dato seri mana ni? Akupun konfius tgk mamat ni.. sekejap mcm ustaz, awek seksi, amik gambo pun berkepit..
Quote azimodin 13-1-2023 09:00 AM
Datok Seri kemain berkopiah, berjanggut tapi melekat dengan girlfriend. Suruh orang bertaubat bagai... x cermin diri ke?
Quote makihamis 13-1-2023 09:06 AM
Kena block whatsapp kah yang kena post video tik tok ni? baideway, memang kalau cerai tetap boleh guna title ke? bukan kalau cerai je otomatik takde dah? mohon suluhan

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063145 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top