CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Punyai Impian Untuk Tidak Harungi Fasa Penceraian' - Aliff Syukri

12-1-2023 09:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2353| Komen: 27

Description: Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan hatinya pernah terdetik untuk berpoligami namun, hasratnya itu terhenti selepas memikirkan kesannya dikemudian hari.Jelas Aliff, meskipun poligam ...
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan hatinya pernah terdetik untuk berpoligami namun, hasratnya itu terhenti selepas memikirkan kesannya dikemudian hari.

Jelas Aliff, meskipun poligami dibenarkan didalam agama tetapi bukan semua orang mampu menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik.



IG Aliff

“Saya memang ada terfikir untuk berkahwin dua tapi saya tak sanggup nak pening kepala. Pada saya, bila wujudnya orang kedua, kasih sayang dan fokus kita akan berkurang.

“Saya tak kata kahwin dua itu salah. Kalau berkemampuan atau dah ditakdirkan jodoh, kita tak boleh nak halang. Perkara ini bukannya haram pun. Niat itu ada tapi saya takut bini,” selorohnya.

Pernah berhadapan situasi rumah tangga di hujung tanduk, bapa kepada lima orang cahaya mata ini bersyukur kerana dia dan isteri sentiasa diberikan kekuatan untuk mempertahankan perkahwinan mereka.


“Saya sebenarnya tak nak ulas isu rumah tangga yang viral sekarang ini. Rumah tangga saya pun pernah ada krisis besar. Pada saya, dalam perkahwinan, semua orang inginkan kebahagiaan tetapi kita tak boleh mengharapkan ia seperti di televisyen.



“Perkahwinan bukan semuanya indah. Saya pernah berada disituasi terduduk di lantai kerana merasakan rumah tangga saya dah berakhir. Namun berkat sokongan keluarga saya dan mertua, kami dapat harungi setiap dugaan.

“Saya punyai impian untuk tidak mengharungi fasa penceraian kerana saya sendiri daripada broken family. Mak dan ayah saya bercerai. Saya tak nak hal yang sama berlaku pada keluarga saya,” kongsinya lagi.

Alif berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2022 yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur pada Rabu.

Malah, dia juga percaya segala apa yang dikecapinya selama ini adalah disebabkan rezeki Allah SWT memalui isterinya.

“Bila kita berduit dan terkenal, ego kita akan semakin tinggi. Kita akan merasakan pasangan punyai banyak kekurangan dan ramai pula yang cuba dekati kita. Namun, saya selalu berfikir, adakah kehadiran orang baru itu ikhlas mencintai saya?

“Nak mencari pasangan yang sanggup susah senang bukan mudah. Jadi, kita harus saling hormat-menghormati. Isteri saya itu nampak je lembut tapi tegas orangnya. Dialah yang memperbaiki kelemahan saya.

“Tanpa isteri saya, saya tidak akan sampai ke tahap ini. Saya percaya rezeki suami itu ada pada isteri,” akhirinya.



Terdahulu, sebanyak 47 kategori anugerah telah pun disampaikan kepada wanita-wanita yang telah banyak berjasa dan cemerlang di dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2022.

Antara penerima anugerah termasuklah daripada golongan selebriti seperi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Wawa Zainal dan ramai lagi.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Suriani Ahmad.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 12-1-2023 09:43 PM
Kesian mata anak dia yang pernah operate tu...macam masih nampak kero...tapi sekarang ni macam ada otot yang lumpuh. Banding dulu masa anak dia juling air tu manis dipandang sebab nampak natural...

Entahlah...ke mata saya yang kero
Quote Sazreena 13-1-2023 12:18 AM
Oklah nok..kali ni mak agree ngan ko. Ko kalau kawin 2 sah-sah xkan tahan lama..seakan terdengar bonda bersuara..ko tak kesian ke kat ida dan anak-anak..mak tampo ko kriii... ah gitu lebih kurang kata-kata bonda ko.
Quote alieyrina 13-1-2023 12:22 AM
Ok la harap tetap pendirian tu. Kdg ok pulak dia ni becakap
Quote dudaberhias 13-1-2023 12:54 AM
kalau kaka jadi isteri kau pun kaka takkan risau kau nak kahwin lain...

sebabnya dah tahu memang kau takkan berselera pun nak apam lain... kalau hotdog ke sosej tu yer... tu pun as hanak hekan jah... jadi tak perlu risau sebab bukannya boleh tuntut harta kat mahkamah pun... janji harta isteri punya... anak ikan melopong je menonggeng tak mampu menuntut harta....
Quote LadyCarefree 13-1-2023 12:55 AM
iols tengok video tu kat sepital mana? kenapa makanan yg dihidang bagaikan sepital marhaen?
Quote LadyCarefree 13-1-2023 12:56 AM
imransulaiman replied at 12-1-2023 08:43 PM
Kesian mata anak dia yang pernah operate tu...macam masih nampak kero...tapi sekarang ni macam ada o ...

ooo itukah sebab mata si ammar macam pelik?
Quote imransulaiman 13-1-2023 01:53 AM
LadyCarefree replied at 13-1-2023 12:56 AM
ooo itukah sebab mata si ammar macam pelik?

Oooo Ammar ye nama budak tu?

Ada operate hari tu sebab anak dia pemalu tak suka bergaul. Lepas operate macam dah center mata..tapi sekarang ni entah lah...
Quote prince_marhaen 13-1-2023 08:53 AM
Kalau perempuan boleh poligami, BondaHutan kau lah yang terpaling juara.. ehehehehehe..
Quote prince_marhaen 13-1-2023 08:55 AM
dudaberhias replied at 13-1-2023 12:54 AM
kalau kaka jadi isteri kau pun kaka takkan risau kau nak kahwin lain...

sebabnya dah tahu memang ka ...

ke dia yang menonggeng chuols??? ehehehehehe.. meols pun kuasekkk nak caya dia nak kawin lagi...means dengan cikki..
yang hujung tanduk tu ntah-ntah kantoi heshe seludup masuk fish baby dalam yistana heols yang gedabak tu... sekadar speku sahaja. hahahaha
Quote Atata 13-1-2023 08:58 AM
Eee si kelempuk ni naaaak jugaaaakkk
Quote makihamis 13-1-2023 09:02 AM
Siapa je lah kahwin nak bercerai berpisah tok oii. itu pasal yang menjadi tunggak utama ialah sabar & komunikasi 2 hala. bukan melalui email, mak bapak, maid, burung merpati & sebagainya
Quote arffa 13-1-2023 09:04 AM
Pertama kali apa yang keluar dari mulut dia bernas
Quote Sweet_PC 13-1-2023 09:10 AM
Dia ni sebenarnya normal je, elok je. Depan kamera je saja buat buat acah acah tak cukup wire tu
Quote menjad 13-1-2023 09:15 AM
elok anak-anaknya lawa. walau bapaknya sengal
Quote slyfynx 13-1-2023 09:24 AM
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan hatinya pernah terdetik untuk berpoligami namun, hasratnya itu terhenti selepas memikirkan kesannya dikemudian hari.


Ko pun sebuk nak enter-frame. Geli je baca.

BTW, buat pengakuan camni pompuan akan jadi makin sayang ke?
Quote pinkpunk 13-1-2023 09:43 AM
yg nk pasang madu tu laki ke pempuan? baguslah kepala otak ngn kepala bawah boleh pakai sblm buat hal.. pikir anak2 tu..
Quote nb_17 13-1-2023 09:48 AM
Sweet_PC replied at 13-1-2023 09:10 AM
Dia ni sebenarnya normal je, elok je. Depan kamera je saja buat buat acah acah tak cukup wire tu

betul..ada org bgtau aku pun mcmtu...dia normal je irl watak dlm med sos je .nmpk gayah pun ko tgk la anak nya berapa hehe
Quote Suchi 13-1-2023 09:50 AM
Opkos la takda sapa yg nak sis tapi masa depan bukan kita boleh ramal.
Quote marchikobonzo 13-1-2023 11:01 AM
1 Malaysia tau macam mana wife dia merajuk hari tu time dia buat perangai..kalau ada pompuan ngimpit kau tu, dia bukan nak kat kau, dia nak harta je..bawak sedar diri sikit

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.275093 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top