CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tetap Mendoakan Semoga Perceraian Itu Tidak Terjadi", Yusof Haslam Pujuk Menantu Usah Cerai

13-1-2023 08:21 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9185| Komen: 153

Description: Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mungkin bakal berakhir tidak lama lagi selepas Sarah dikatakan akan menuntut penceraian di mahkamah pada Isnin depan.



Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mungkin bakal berakhir tidak lama lagi selepas Sarah dikatakan akan menuntut penceraian di mahkamah pada Isnin depan.

Mengulas mengenai perkara itu, Penerbit popular, Datuk Yusof Haslam memujuk menantu, Puteri Sarah Liyana agar menimbang semula keputusan mahu menuntut cerai daripada anaknya, Syamsul.

Memetik Berita Harian, akur pendirian dibuat Puteri Sarah seperti yang diumumkan semalam, Yusof bagaimanapun menaruh harapan agar perceraian anak dan menantunya itu tidak akan berlaku.

"Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu.

"Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.

"Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan," katanya kepada BH Online.

Semalam, BH Online melaporkan, Puteri Sarah, 38, mengesahkan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini.

Puteri Sarah dilaporkan berkata, dia enggan melengahkan masa dan mahu memfailkan perceraian segera.

Selain itu, katanya, keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan keluarga.

Puteri Sarah juga dilaporkan mahu mencari ketenangan dan memulakan hidup baharu.

Keputusan Puteri Sarah itu juga disahkan peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu.



Yusof berkata, sebagai orang tua, dia sentiasa mendoakan supaya ada sinar di hujung terowong di sebalik apa yang berlaku.

Bagaimanapun, jika perceraian adalah jalan terbaik dan mampu memberi ketenangan kepada Puteri Sarah, Yusof mengaku, tiada ikhtiar lain yang boleh dilakukan selain terpaksa akur dengan kehendak menantunya itu.




Sayang betul Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah terhadap Puteri Sarah. Apapun, semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik buat Sarah dan Syamsul. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 13-1-2023 05:26 PM
Bapa yang baik
Quote darling0802 13-1-2023 05:30 PM
dia tahu sarah menantu yang baik tu dia pujuk.. cerai je lah sarah kalau tak makan hati jugak
Quote toet2meoww 13-1-2023 05:32 PM
Sol la kene usaha. Tapi kalau sol masih nak jadi terpaling gangsters, then babai jela sol tu sarah. Dengan keluarga mertua, hubungan takkan terputus. Nak2 plak ade sepasang cucu.
Quote likilu 13-1-2023 05:45 PM
Dah dah la gaslight menantu tu
Mana kelab sisters in Islam masa ni la nak datang hulur support woman empowerment
Apa dah kena torture 4 tahun suruh maafkan macam tu je. Yang pelaku tak de nak mintak maaf pun lagi duk kecam ada.

Mertua pun boleh kalau nak charge orang ketiga ni.
Quote miss_strangers 13-1-2023 05:56 PM
Dapat suami nokharam, mertua baik

Dapat mertua from hell, suami baik

Jadi andartu lebih mudah
Quote winky1 13-1-2023 06:00 PM
Yg nak hidup dgn sol tu Sarah pak Ucop oi. Jgn pengaruhi dia. Don't confuse her. Don't put her in a difficult situation.  Have mercy ....dah teruk dah maruah dia di pijak....bila merempan meroyan dik tak tahan dia dah di bash....her past diungkit
...ps still jaga cucu you baik...sol tu you handle lah....
Quote epal_putih 13-1-2023 06:02 PM
Klu tengok dari segi rupa.. latar belakang famili...
Ps lebih segalanya dari ta ik tu..
Meby ps tak pandai goyang kut
Quote Lavender_Violet 13-1-2023 06:06 PM
Belum habis lagi rupanya....pak Mertua bagi komen, sambung lagi buat satu thread
Quote smudger01 13-1-2023 06:07 PM
Faham je situasi Sarah. Mesti dia rasa tersepit. Ntah2 dia pun dh lama nk separate, tp serba salah sbb PIL terlampau baik dan tak nak dorg cerai. Personally, I rasa Sarah perlu buat yg terbaik utk DIRI dia sendiri. Penat mental kot klu sedih je memanjang, lg penat klu xde lgsg efforts dr pihak 1 lg nk jernihkan suasana. To her PIL lak, maybe it's now time to let her go. Faham dorg sayang sgt kat Sarah, tp perlu gk fikir utk kebaikan Sarah. Just in case lps ni Sarah kawen lain pn..I'm sure Sarah still akan ingat segala kebaikan and support drpd dorg masa Sarah tgh struggle dgn rumahtangga dia.

Takde kena mengena tp teringat caption Faz..
Make everyone happy everyday, but don't forget you're someone too. Sayangi dirimu.
Quote Kerusijati 13-1-2023 06:08 PM
Dah lah tok..
Kesianla kat menantu tu
Selama ni dia bertahan pun entah2 sebab mertua..
Tak sedar dah 4 tahun
Quote Skyline_84 13-1-2023 06:08 PM
Edited by Skyline_84 at 13-1-2023 06:29 PM

https://www.google.com/amp/s/diva.my/2014/27514/kronologi-syamsul-yusof-bakal-nikahi-puteri-sarah-februari-ini/amp/
Kemain doa depan kaabah.. Ujung2 4thun brskandal betine

"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah. Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu. Syamsul berkata sepanjang berdoa di Mekah, dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu. Sekembalinya dari Umrah, Syamsul menyatakan hasratnya. Saya lihat juga Puteri Sarah seorang yang sangat bijak malah keluarganya juga sangat mesra dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi. Pilihan Syamsul, saya dan suami restu kerana kebahagiaan dia adalah kegembiraan kami sekeluarga. – Mstar Online
Quote cm_vungtau 13-1-2023 06:10 PM
Mertua hanya pikir tembolok anak jantan dia aje.
Quote Rogue98 13-1-2023 06:12 PM
Datuk Yusuf cuma taknak terima bighah tu jer...tak fikir pun pasal perasaan Sarah.
Cari kebahagian kau sendiri Sarah. Cukup2 lah kena hina dan dianiaya si laki tak guna..dgn public toilet tu...
Quote Suchi 13-1-2023 06:14 PM
likilu replied at 13-1-2023 05:45 PM
Dah dah la gaslight menantu tu
Mana kelab sisters in Islam masa ni la nak datang hulur support woman ...

Kan nanti netizen gelakkan dia mcm sera ngn bella tu sbb balik semula ngn laki.
Bila merempan minta cerai kena kecam, bila bertahan tak bercerai pun kena kecam

Padahal kita semua ni org luar je kadang2 ada situasi yg sukar dijelaskan camni laaah
Mertua minta bertahanla, suh maafkan bagai
Anak2 pujuk suh jgn cerai la
Amenda la sorang pun tak pikirkan perasaan si isteri.
Ada tok sop nk tarik telinga anak dia suh g mintaa maaf kat sarah?
Takde kan?

Quote rastaf 13-1-2023 06:21 PM
Payah2 sgt lepas cerai tok kawinkan aje sarah dengan sapik.. macam dlm drama tu
Quote misszaitun 13-1-2023 06:25 PM
rastaf replied at 13-1-2023 06:21 PM
Payah2 sgt lepas cerai tok kawinkan aje sarah dengan sapik.. macam dlm drama tu

Gila

Tapi kalau hukum boleh ke?
Quote edayildiz 13-1-2023 06:28 PM
xyah la ps..ko tgk sol tu mcm xde mslh..rilek jer dk post kt tmpt shooting..dia xheran dh tu..biar dia..xlama dpt cash..lps cerai baru gila talak kot
Quote wolfheart 13-1-2023 06:28 PM
Walau semua orang keliling pujuk ps sekalipun, takde gunanya kalau sol sendiri tak de usaha nak minta maaf, pujuk dan berjanji utk berubah jadi suami yg baik buat ps. Sol yg kena usaha keras utk dptkan kepercayaan dan kasih syg ps semula. Tak akan ps nak kena telan balik semuanya sendiri kalau sol pun tak ada sebarang usaha. Byk² solat taubat/hajat/istiharah minta petunjuk Allah utk pilih jln mana yg terbaik.
Quote misszaitun 13-1-2023 06:30 PM
edayildiz replied at 13-1-2023 06:28 PM
xyah la ps..ko tgk sol tu mcm xde mslh..rilek jer dk post kt tmpt shooting..dia xheran dh tu..biar d ...

Tak rasa dia akan gila talak sebab dia duit banyak.nama pun tengah masyhurr

Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.062231 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top