CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Pernah Berdepan Individu NPD - 'Sebenarnya Mereka Dah Lama...'

13-1-2023 07:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3241| Komen: 23

Description: Pelakon Puteri Sarah mengakui pernah berdepan dengan individu yang sentiasa merasakan dirinya betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain dan memiliki sifat empati yang rendah dalam hampir semua p ...
Pelakon Puteri Sarah mengakui pernah berdepan dengan individu yang sentiasa merasakan dirinya betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain dan memiliki sifat empati yang rendah dalam hampir semua perkara.


Jelas Puteri Sarah atau pemilik nama penuh, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin baru didedahkan dengan informasi individu yang mempunyai personaliti atau karakter gangguan personaliti narsistik (NPD).

Nampak seperti perkara remeh dan tuan punya badan tidak hirau dengan keadaan dirinya, sebaliknya individu berada di sekelilingnya akan rasa rungsing dan mungkin menyebabkan hubungan renggang.


IG

"Sebenarnya mereka yang mempunyai penyakit NPD sudah lama cuma mungkin kita tidak menyedarinya kerana kurang pendedahan mengenai isu mental ini.

"Mereka yang mempunyai masalah NPD ini akan merasakan diri mereka saja yang betul dan memanipulasi fakta. Bagaimana kita hendak membela diri dengan mereka yang bersifat NPD ini, kita tidak akan menang.


"Bukan itu saja, mereka akan memutar belitkan keadaan sehingga membuatkan kesalahan mereka menjadi kesalahan kita pula.

"Akhirnya kita sendiri mempersoalkan sama ada kita yang bersalah kerana bersikap dan memberikan reaksi sedemikian," kata Puteri Sarah.

Bagi pemilik personaliti itu ia boleh memberi impak negatif kepada kesihatan mental yang serius sekiranya terus terbawa-bawa dan tidak ditangani sebaiknya.

Tambah Puteri Sarah, mereka suka menyalahkan orang lain, sukar menerima pandangan orang kerana berpandangan bahawa idea yang diutarakan adalah sempurna, namun ia hanya berdasarkan idealistik bukannya realistik.

"Apabila personaliti ini tidak dikawal dan hingga memudaratkan rakan sekeliling, organisasi di tempat kerja, ia boleh berubah menjadi serius hingga membahayakan diri dan orang lain.

"Bagi orang dengan personaliti narsistik ini, mereka menganggap dirinya sahaja yang betul dan orang lain semua salah.

"Tingkah laku ditonjolkan sentiasa mudah untuk menyalahkan orang lain sebab dia ada spesifikasinya yang tersendiri," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gingerly 13-1-2023 10:09 PM
Kadang2 org lupa bercermin. Sedap mengata org narcissist. Dlm rumahtangga, kalau kita tak pernah maki hamun pasangan, entitled sbg pasangan sempurna, mintak perhatian org luar jaja cerita buruk pasangan, tak pernah rasa kita ada salah, jgn cakap kita bukan narcissist.
Quote SayaSayangMama 14-1-2023 01:38 AM
mungkin betul jugak. biasa org narcisitik ni berjaya dalam kerjaya. mcm shamsul ni lah. dia down kan org kelililing dia jugak.
Quote Orenn1 14-1-2023 03:02 AM
Gingerly replied at 13-1-2023 02:09 PM
Kadang2 org lupa bercermin. Sedap mengata org narcissist. Dlm rumahtangga, kalau kita tak pernah mak ...

Khennn, tak habis2 sarahh ni pun.
Quote kakiah12 14-1-2023 03:10 AM
Gingerly replied at 13-1-2023 10:09 PM
Kadang2 org lupa bercermin. Sedap mengata org narcissist. Dlm rumahtangga, kalau kita tak pernah mak ...

Hi Ira kazar
Quote lattehazelnut 14-1-2023 03:11 AM
Edited by lattehazelnut at 14-1-2023 03:13 AM

Cakap terus kat laki kau la
Kan da unblock wasap

Xpun suro maid, nanny, siblings, pak n mak mertua tolong pass kan..
Ke media massa jd medium komunikasi korg?
Quote bluecrystal 14-1-2023 03:55 AM
nak cerai dah pun..cukup lah tu cerita..bukan tak simpati...selesa ke dapat perhatian cara macam ni
Quote QueenIsolde 14-1-2023 06:16 AM
Edited by QueenIsolde at 14-1-2023 03:42 PM

Mmg ciri2 tu ada kt solsolsol pun..sume benda dia anggap remeh dan boleh nampak dia kurang empati. Bercakap pun emotionless, it's all about me me and me gitu..lebih teruk dr pondan lorong
Quote rosannazmia 14-1-2023 06:36 AM
Edited by rosannazmia at 14-1-2023 06:39 AM

Seme menda nak bukak thread ??? article ni ada kait ke dgn hari mental sedunia ke apa ke? Tp mmg payah nak berdepan dgn org narcissistic ni.. nak hidup dgn depa pon payah.. berjam2 iols tgk kes johnny depp vs amber heard , psychologist, psychiatrist punya testimony ttg penyakit ni in details.. bukan mudah nak terus diagnosis ye.. depa kena tick , kena interview, kena buat analisis pd setiap jwpan yg diberi, x silap setiap soalan ada beberapa bahagian yg harus dijawab n dianalisis dgn terperinci (sapa belajar psychology lagi arif kot) antaranya yg iols paham ms ikuti kes ni. Gigih iols tunggu live stream dr sana thru utube channel.. Tapi POKOKNYA, kenapa lah reputs ni tanya PS ttg narcissistic personality ni? Iols sgt konfius.. kalau stkt gaduh dlm rumahtangga maki husband , husban maki nko itu dikatakan narcissistic jauh sgt sasarnye.. tp iols believe kita ni ADA narcissistic tendencies and ada yg mmg menghidap penyakit ni, mmg tiada ubat except therapy/kaunseling which is mmg payah lah nak heret depa pergi
Quote Levespa 14-1-2023 08:32 AM
ramai sungguh duk guna perkataan narsistik.. narsisistik la.. pinjam dari english tu..
Quote anilanil 14-1-2023 08:40 AM
Sarah ada petik nama solsial ke?
Quote mh17 14-1-2023 09:04 AM
Sian Sarah ni,tp muak lah.cite la pasal kjaya yg ngah naik
Quote Mata.kucing 14-1-2023 09:12 AM
org cmnih akn cpt giler..solsial
Quote lil_bratz 14-1-2023 09:17 AM
Orang yg tak pernah berhadapan dgn org NPD mmg la cakap mcm2.. let her recover la, tak kisah la nak citer apa pun. Dia dah separuh gila tu, dia traumatise. Maybe this is her way to slowly pick up the pieces.
Quote brunesss 14-1-2023 09:25 AM
QueenIsolde replied at 14-1-2023 06:16 AM
Mmg ciri2 tu ada kt solsolsol pun..sume benda dia anggap remeh dan boleh nampak dia kurang empati. B ...

seksa batin aku imagine nok, apa lagi org yg mengalami berdepan dengan org macam ni. sekuat mana pun org tu tetap makan hati dan traumatising
Quote fortiori13 14-1-2023 09:41 AM
Sis PS, jgn la jaja sume bnd dlm soc med, nak meroyan, meroyan kat family, bff cukupla... Kes mahkamah sis kan masih berjalan. Kang sis pulak yg kene saman...
Quote Kerusijati 14-1-2023 09:44 AM
Aku rasa dia jwb interview sekali dua aje. Tp reporter cari ni sekecik2 point bukak satu benang. Dah2 lah.bukak cite jah pulak lak..ramai lg artis kat malaysia ni
Quote Suchi 14-1-2023 10:05 AM
fortiori13 replied at 14-1-2023 09:41 AM
Sis PS, jgn la jaja sume bnd dlm soc med, nak meroyan, meroyan kat family, bff cukupla... Kes mahkam ...


Ini bukan ke wartawan hlive tu tanya pendapat dia pasal NPD ni?
Sbb nampak video dia kena interview ngn hlive tanya dia pasal ni
Quote Suchi 14-1-2023 10:48 AM
Gingerly replied at 13-1-2023 10:09 PM
Kadang2 org lupa bercermin. Sedap mengata org narcissist. Dlm rumahtangga, kalau kita tak pernah mak ...

Cara nk berdepan dgn NPD memang kena jd mcm dia gak.
Mirroring dorang sebut, sbb NPD akan kalah kalau mangsa dah reti melawan bila mangsa buat balik mcm dia buat kat mangsa.

Ramai je isteri2 yg hidup ngn laki NPD, gaslighter bagai ni.
Cth yg ngadu2 page KRT tu la ngadu laki wat pangai tp dlm masa duk salahkan diri sendiri yg tak guna laa,tak cantik laa, tak pandai layan laki.
Itu semua ciri2 mangsa yg kena gaslighting ngn laki
3C072A68-5C9D-46BB-999A-8228FE2B5173.jpeg
Quote fortiori13 14-1-2023 11:11 AM
Suchi replied at 14-1-2023 02:05 AM
Ini bukan ke wartawan hlive tu tanya pendapat dia pasal NPD ni?
Sbb nampak video dia kena intervie ...


Better dia jawab no comment je, komen banyak2, makan diri sendiri nnt...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.161618 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top