CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Sebenarnya Dah Lama Puteri Sarah Hubungi Saya, Tapi Saya Tak Cerita' - Ustazah Asma

12-1-2023 09:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6494| Komen: 93

Description: Ustazah Asma' Harun mendedahkan pernah dihubungi pelakon Puteri Sarah Liyana bagi mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung isu pergolakan rumah tangganya.Pendakwah berusia 39 tahun itu berkata Sara ...
Ustazah Asma' Harun mendedahkan pernah dihubungi pelakon Puteri Sarah Liyana bagi mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung isu pergolakan rumah tangganya.

Pendakwah berusia 39 tahun itu berkata Sarah ketika itu meminta pandangannya kerana mahu mempertahankan ikatan perkahwinan dan mengakui masih menyayangi suami iaitu pengarah Syamsul Yusof.



YouTube mStar

"Sebenarnya dah lama Puteri Sarah hubungi saya, tapi saya tak cerita... dia hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat.

"Dia sudah berusaha diperingkat awal untuk menyelamatkan rumah tangganya.

"Dia tanya apa yang dia boleh buat... saya ada kongsikan doa serta zikir. Dia mahu mempertahankan rumah tangganya dan masih sayang kepada suami," kongsinya kepada mStar.

Asma' ditemui di Anugerah Nona Superwomen 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.


Asma' bagaimanapun berkata kesibukan kerja masing-masing membuatkan mereka tiada kesempatan untuk bertemu bagi berkongsi pandangan.

"Sarah mengharapkan saya dapat berjumpa dia dengan suaminya. Saya kira ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang. Itulah perjalanan yang telah ditakdirkan.

"Bukan dia sahaja, sebenarnya ramai artis yang berdepan masalah rumah tangga dan menghubungi saya. Saya hanya mampu mendoakan dan memberi tip apa yang boleh diusahakan," katanya.


IG Puteri Sarah

Diminta mengulas mengenai tindakan suami atau isteri yang memilih untuk menyekat nombor telefon pasangan, Asma' berpandangan ia merupakan satu tindakan tidak wajar.

Ini kerana komunikasi merupakan kunci utama dalam ikatan perhubungan manusia.

"Memang tidak wajar isteri atau suami menyekat nombor telefon pasangan. Komunikasi adalah asas rumah tangga.

"Walau tiga patah perkataan, boleh mengubah keadaan. I love you, I miss you, I need you, I ceraikan you, I bosan dengan you. Kata-kata seperti ini boleh mengubah kehidupan dan perhubungan.

"Jika diputuskan komunikasi, di mana ruang perbincangan?" ujarnya.




Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scorpionkiki 12-1-2023 09:58 PM
Bowdow ustazah ni cerita kat orang...tak amanah. Patut senyap2 aja
Quote naina 12-1-2023 10:00 PM
Manakala Sol pula jumpa Ahli ustaz minta pandangan wajar tak dia nikah lagi syatu dan di Siam.
Quote hyie 12-1-2023 10:04 PM
maybe stazah ni dah mintak kebenaran daripada Sarah untuk reveal. #donebekap
Quote orkidorkido 12-1-2023 10:08 PM
Amanah orang ustajah oiii ..
baru 39 rupanya ustajah ni
Quote Unfriendme 12-1-2023 10:15 PM
Hati aku hitam ke memang betul setajah ni sesuatu sangat nak tumpang glamour
Quote naina 12-1-2023 10:18 PM
Laa 39 ke? Ingatkan dah 40 an
Ustazah ni betol simple wajahnya
Takda secalit gincu
Betool2 patuh syariah compliance
Quote Kerusijati 12-1-2023 10:18 PM
Dia pun nak jugakkkkk..sibuk je
Quote cm_vungtau 12-1-2023 10:20 PM
So kira takde hasil la kan jumpa ustazah ni? Sebab apa nasihat dia kasik takleh pakai pun. Siap cakap ada hikmah apa yang berlaku. Padahal orang tu jumpa dia nak pertahankan rumahtangga
Quote likilu 12-1-2023 10:27 PM
Ustazah macam ni lah kena elakkan cerita aib maruah hal dalam bilik bawah kain orang lain

Yang kedua lembaga mastika acah ustazah Londeh bab rumahtangga orang sampai korek sedalamnya guna jampi serapah Karin dia untuk talkshow
Quote likilu 12-1-2023 10:27 PM
naina replied at 12-1-2023 10:18 PM
Laa 39 ke? Ingatkan dah 40 an
Ustazah ni betol simple wajahnya
Takda secalit gincu

Syariat apa mulut gitu
Quote jalfa 12-1-2023 10:30 PM
Motiff dok gebang bgtau nurtizen..org tu jumpa ko diam diam...dia yg hp berjahit kat tangan pon x de nak update story dia mintak nasehat ngan sazah
Quote rosannazmia 12-1-2023 10:30 PM
orkidorkido replied at 12-1-2023 10:08 PM
Amanah orang ustajah oiii ..
baru 39 rupanya ustajah ni

39? Lah sama ngn nana sendayan, fazura n tua 2 thn dari sarah je ustazah ni.
Quote Sunkiss8999 12-1-2023 10:42 PM
Kenapa aku tgk mke setazah ni mcm rosnah mat aris..tapi versi muda and sopan la..[em:3:]
Quote IzzahF 12-1-2023 10:44 PM
nak mencapap jugakkkkk
Quote Fly_over 12-1-2023 10:46 PM
ingatkan iols sorg je tekejut stazah baru 39..
Quote LadyCarefree 12-1-2023 10:51 PM
cm_vungtau replied at 12-1-2023 09:20 PM
So kira takde hasil la kan jumpa ustazah ni? Sebab apa nasihat dia kasik takleh pakai pun. Siap caka ...

zikir pon xjalan
Quote TerataiMelur02 12-1-2023 10:52 PM
Warga  fb pun kecam jugak setajah
Quote Cyempaka 12-1-2023 10:55 PM
Dimana ada isu viral disitu ada stazah asma
Quote JunkMail 12-1-2023 10:59 PM
Seriuslahhhhh setajah semak 39 tahun .. jauh betul beza dgn puteri Sarah 38 tahun tu..

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068665 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top