CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mereka Berlumba Untuk Menarik Seramai Mungkin Ke Syurga," Cara Dakwah Di Qatar Sempena Piala Dunia Jadi Bualan Ramai

23-11-2022 04:12 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 1651| Komen: 7

Description: Sejarah terlakar dalam dunia bola sepak dunia apabila buat julung kalinya, negara Timur Tengah dan negara Islam, Qatar menjadi tuan rumah kejohanan sukan berprestij empat tahun sekali tersebut.



Sejarah terlakar dalam dunia bola sepak dunia apabila buat julung kalinya, negara Timur Tengah dan negara Islam, Qatar menjadi tuan rumah kejohanan sukan berprestij empat tahun sekali tersebut.

Pembukaan Piala Dunia 2022 di Qatar baru-baru ini juga telah menarik perhatian dunia. Acara yang berlangsung menjadi topik perbualan popular di media sosial terutamanya mengenai bacaan ayat suci Al Quran. 


Acara pembukaan dimulai dengan tayangan filem digital mengenai peradaban kuno padang pasir bersama paus yang terbang di langit. Aktor terkemuka, Morgan Freeman dan Ghanim Muftah menjadi narator dalam acara tersebut.


Ia mengenai kisah kemanusiaan dan penyatuan. Ghanim Muftah kemudian memulakan bacaan Surah Al Hujuraat ayat 13 di upacara pembukaan Piala Dunia 2022.


“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal,” makna ayat tersebut.

Ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah, bacaan Al Quran berkumandang dalam acara pembukaan Piala Dunia dibawah kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
 

Terbaru, satu video dakwah di Qatar menjadi tumpuan ramai kerana kelembutan dan cara berdakwah yang ditunjukkan oleh seorang lelaki.

Dalam video yang dikongsikan Tiktok dan juga di Instagram Ustaz Ahmad Dasuki, kelihatan seorang lelaki berpakaian tradisi Arab sedang berdakwah dengan pasangan pelancong asing yang sedang bersiar-siar.

Lelaki tersebut memberitahu makna azan yang sedang berkumandang dan juga menceritakan tentang keindahan Islam.

Pasangan pelancong itu kelihatan tertarik mengenai Islam dan turut sama masuk ke dalam masjid dan diajar mengambil wuduk.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen.



Terdahulu, Qatar juga menyediakan sabda Rasulullah S.A.W di setiap sudut bagi mempromosikan keindahan Islam dan bilik-bilik hotel mempunyai kod bar yang memperkenalkan ajaran Islam, Hadith, dan definisi mudah akidah Muslim.



Qatar menukar bilal masjid dan membawa masuk mereka yang bersuara indah untuk laungan azan. Mikrofon juga diletakkan di stadium untuk laungan azan.

Pusat Pengunjung Qatar juga menyediakan pasukan seramai 2,000 orang untuk menyeru kepada Islam, di mana mereka akan memperuntukkan 10 kereta bergerak dan 10 khemah khusus untuk tujuan tersebut.

Pameran Islam turut dianjurkan dalam pelbagai bahasa oleh Kementerian Wakaf, selain ketersediaan tempat solat dan tempat berwuduk di stadium buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia.

FIFA juga mengesahkan bahawa tiada penjualan alkohol di lapan buah stadium yang menganjurkan 64 perlawanan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 23-11-2022 04:18 PM
undi ja PAS confirm masuk syurga
Quote zamzam 23-11-2022 04:20 PM
Alhamdulillah. Ini yg patut di tonjolkan. Bukan terikut 2 apa yg barat buat. Dorang nak tonggang arak berdisco  sampai pagi buat di negara sendiri.
Quote rastaf 23-11-2022 04:33 PM
meanwhile saudi arabia.. dubai pula bertukar ke arah budaya barat

terbaik qatar..semoga Malaysia juga dipimpin dikalangan pemimpin seperti Qatar dan bukan dikalangan munafikun, liberal..dan penyokong lbgt kunyit belakang taruk apam lawan apam
Quote lightheaded67 23-11-2022 04:53 PM
kat melesia ni ape kurang nye hari2 5 kali azan, ceramah sana sni, tu kat tb tu program agama kadg ade je non muslim tgk layan skli kat pesbuk tu rjin je depa komen mak pak cina pun tgk je rtm kalau progrm alquran sgala. masalah nya yg mbawak islam kt sni bnyk nye penunggang kaverina hazabedah aje. lepas tu melayu melayu melayu, ingt depa nk ker, masuk islam sama mcm tukar kaum auto masuk melayu. padhal ramai je cina islam india islam
Quote colorpensel 23-11-2022 04:56 PM
Tourist tu kalau tak france mesti scotland.. bagus jugak dia melayan je apa pak lebai tu cakap.tak ada nak marah2.. macam kebanyakan maleis yg diberi flyers jualan hebat tepi2 jalan.muka ketat je sambil geleng kepala tanda tak nak
Quote Chah21 23-11-2022 05:16 PM
colorpensel: Tourist tu kalau tak france me ...

I selalu dpt flyers time emergency.. ank nk susu la,nk berak la,nk cepat amek brg tertinggal la.. ank ngamuk nk tidur la.. cm mana nk layan
Quote lemak_masin 23-11-2022 07:55 PM
Kalau masuk islam takde sapa paksa masuk melayu pun… tapi kalu nak merasa keistimewaan org melayu & bumiputra, tukar la nama melayu amalkan adat-adat melayu... itu je… senang betul…

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.145410 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top