CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Adakan Seks Dengan Lelaki Lain Pakai Gaun Pengantin Sehari Sebelum Kahwin, Tak Kisah Siapa Bapa Kepada Bayi Bakal Lahir

23-11-2022 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3507| Komen: 28

Description: Seorang wanita yang memakai gaun pengantinnya untuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain pada malam sebelum majlis perkahwinannya terpaksa bersembunyi gara-gara dikecam.
Seorang wanita yang memakai gaun pengantinnya untuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain pada malam sebelum majlis perkahwinannya terpaksa bersembunyi gara-gara dikecam.


Skandal itu bukan sahaja membuatkan ahli keluarga marah, tetapi turut menimbulkan kemarahan di media sosial.

Perbuatannya mula terbongkar apabila mesej perbualannya dengan lelaki lain tersebar dalam talian.

Lelaki itu menggunakan nama Xiaobailong, yang bermaksud Naga Putih Kecil.


Foto: SCMP


Kecaman di internet terhadap wanita itu yang dikenali sebagai Wu bermula apabila posting tangkap layar perbualannya dengan Xiaobailong tular di internet.

Pengantin lelaki yang tinggal di di wilayah Hunan, China, diberitahu tentang kecurangan isterinya pada majlis perkahwinannya.

Bagaimanapun, mereka telah mendaftarkan perkahwinan secara sah pada 9 November.

Suami yang patah hati itu kemudian membuat laporan polis untuk melindungi haknya dan memfailkan perceraian.

Segalanya bermula dua hari sebelum majlis perkahwinan, di mana Wu telah berbual dengan Xiaobailong yang pernah melakukan hubungan seks dengannya beberapa kali sebelum ini.

Wu menunjukkan gambar dia memakai gaun pengantin dan memberitahu lelaki itu alamat rumah baharunya.

Xiaobailong kemudian mengajak Wu melakukan hubungan seks pada hari berikutnya, hanya 24 jam sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan Wu bersetuju.

Xiaobailong juga mencadangkan 'idea berani' untuk tidak menggunakan perlindungan semasa melakukan seks dengan berkata: "Serahkan kepada Tuhan. Kita tengok kamu akan hamil anak siapa."

"Serah pada Tuhan. Saya tak takut," jawab Wu.

Xiaobailong kemudian menyatakan cadangannya untuk menjemput lelaki lain menyertai seks mereka berdua dan meminta Wu memakai gaun pengantinnya.

Wu bersetuju dan berkata: "Saya rasa diri sendiri pun tak baik sebab saya juga mahukannya."

Tidak diketahui sama ada lelaki ketiga menyertai mereka atau tidak.

Keesokan harinya majlis perkahwinan berjalan seperti yang dirancang.

Ketika itulah Xiaobailong berkongsi perbualannya dengan Wu dalam grup WeChat, untuk menjawab pertanyaan salah seorang daripada ahli kumpulan itu yang bertanya apa yang akan berlaku jika Wu hamil.

"Siapa akan jadi bapa bukan urusan saya," jawabnya.

Selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, suami yang berang menuntut semula hadiah pertunangan yang diberikan kepada keluarganya mengikut tradisi Cina.

Wu yang menerima kecaman hebat terpaksa meninggalkan bandar.

Suaminya berkata skandal itu telah menjejaskan kesihatannya sehingga dia memerlukan rawatan hospital. Ibunya juga dimasukkan ke hospital akibat jatuh sakit selepas mendapat tahu perkara itu.

"Kejadian ini memberi impak besar kepada keluarga kedua-dua belah pihak. Saya harap semua orang jangan terlalu kejam," kata suami Wu di laman Douyin.

Akaun Douyinnya dibanjiri mesej daripada netizen yang cuba mengubat hatinya yang lara.

"Tiada siapa pun ketawakan awak, bro. Awak lelaki yang baik.

"Awak bertuah kerana mengetahui kebenaran tepat pada masanya, kalau tak anda akan ditipu sepanjang hidup.

"Kes ini membuatkan saya berasa takut untuk berkahwin," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber:mStar/ SCMP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 23-11-2022 02:47 PM
ngesek kena buat sd dulu la
Quote sharlenetexas 23-11-2022 02:49 PM
Birahnya sis. Tak pakai kondom pulak tu. Kesian family suami sakit2.


Quote zuuu 23-11-2022 03:59 PM
Aiyoh pompuan jenis apa la yg ko kahwin ni???baguslah dapat tahu hal sbnar skrg kalo x x pasal ko jadi kambing hitam besarkan anak org lain...pompuan tu selayaknya dikecam satu dunia
Quote tumpanglalu74 23-11-2022 05:16 PM
weibo1111.jpg
Quote acik79 23-11-2022 05:19 PM
Miangnya pompuan ni….
Quote epullipan 23-11-2022 05:31 PM

translation please..nak tau content perbualan
Quote shernazz 23-11-2022 05:38 PM
Aje gile pakai gaun perantin buat seks dgn org lain
Quote green~tea 23-11-2022 05:44 PM
tumpanglalu74 replied at 23-11-2022 05:16 PM

Amende screenshot bahasa lain.. at least video jilat2 harum cium leher pusing2 screen tepon pun tak pe jeee
Quote gideoncross 23-11-2022 05:44 PM
shernazz replied at 23-11-2022 05:38 PM
Aje gile pakai gaun perantin buat seks dgn org lain

Fetish kot? Sbb kdg2 ada jugak fetish yg ganjil d mta kita tpi x d mta c fetisher.
Quote shernazz 23-11-2022 06:55 PM
gideoncross replied at 23-11-2022 05:44 PM
Fetish kot? Sbb kdg2 ada jugak fetish yg ganjil d mta kita tpi x d mta c fetisher.

Fetish pada pompuan pakai baju perantin ek..
Tak mustahil kan..
Hahaha....
Quote Cintakapuri 23-11-2022 07:01 PM
tumpanglalu74 replied at 23-11-2022 09:16 AM

Ya Tuhan, sedihnya












........x faham message nya
Quote tumpanglalu74 23-11-2022 08:00 PM
epullipan replied at 23-11-2022 05:31 PM
translation please..nak tau content perbualan

Aku tempek je dari website tu.  Tak paham chorrr..
Quote Highflyer19 23-11-2022 09:52 PM
Speechless…
Quote rosedemon 24-11-2022 09:09 AM
terbaik sis. laki dia pon bodo
Quote Decaffeinated 24-11-2022 09:10 AM
"Tiada siapa pun ketawakan awak, bro. Awak lelaki yang baik.

Cina main land pun guna bro juga eh macam melayu
Quote plywood 24-11-2022 09:25 AM
aku tak boleh bayang bodohnya perempuan ni... dahlah skandal lepas tu pi dedah.. entah apa ada dalam fikiran perempuan ni..
Quote Simunggu 24-11-2022 09:33 AM
teruk perangi amoi cina main land ni....celop sana sini siapa siapa pun boleh
Quote namieamuro 24-11-2022 09:43 AM
birahnye cik kak ni. selayaknye la dikecam. kalau pregnant ni cemane la tu. skandal dh terang2 tanak tanggung.
Quote gideoncross 24-11-2022 11:55 PM
shernazz replied at 23-11-2022 06:55 PM
Fetish pada pompuan pakai baju perantin ek..
Tak mustahil kan..
Hahaha....

Aiol fetish kat kaki & tapak kaki dri dlu lgi haha, kaki bersih je, yg ktor iol tinggalkn.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.157098 second(s), 66 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top