CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Telan 60 Biji Pil Sehari, Belanja Lebih RM8000 Sebulan Henti Jadi Tua- Lelaki Rancang Untuk Bekukan Diri Untuk Hdup Selama-Lamanya

23-11-2022 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2972| Komen: 51

Description: Seorang lelaki di United Kingdom (UK) membelanjakan kira-kira 1,500 pound (RM8,135) sebulan untuk menghentikan proses penuaan agar dapat hidup lebih lama.
Seorang lelaki di United Kingdom (UK) membelanjakan kira-kira 1,500 pound (RM8,135) sebulan untuk menghentikan proses penuaan agar dapat hidup lebih lama.

Malah, lelaki yang dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) dan menetap di London itu juga menyatakan sanggup mempertimbangkan untuk menjalani proses `membekukan diri’ supaya boleh kembali pada masa depan.

Lapor Metro, Leon Kurita-Goudlock, 36, percaya dengan biohacking iaitu proses `menaik taraf’ fungsi badan dengan bantuan rawatan, ubat-ubatan, pemakanan, aktiviti kecergasan dan kaedah lain.


Foto: Metro

Ia membantu untuk merangsang aktiviti otak dan penuaan dengan lebih perlahan.


Menurut Goudlock, dia memutuskan untuk menjalani proses tersebut selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat masalah kesihatan.

Katanya, dia kini sedang mengambil sehingga 60 biji pil sehari.

“Saya mahu hidup selama-lamanya jika boleh, namun ia tidak mungkin, jadi saya akan melakukan segala yang mampu untuk kekal hidup lebih lama,” katanya.

Goudlock memberitahu biohacking diamalkannya membabitkan lima peringkat yang bermula dengan aktiviti kecergasan sehingga tahap terakhir berpuasa.

Tambahnya, dia melakukan perubahan drastik pada gaya hidupnya 10 tahun lalu bermula dengan tahap 1 biohacking selepas melihat ibu bapanya bergelut dengan masalah kesihatan.

“Setiap hari, saya bangun pada pukul 4 hingga 5 pagi dan melakukan meditasi, pergi ke gim dan minum dua liter air.

“Saya mengawal pengambilan makanan antara 1,500 dan 1,800 kalori sehari serta hanya makan antara 6 petang dan 9 malam, selain berpuasa sepanjang hari,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-11-2022 01:14 PM
Ingatlah semua
Hari tua pasti menjelma


Quote esbok 23-11-2022 01:28 PM
boleh bang, tapi kat sana nanti
Quote bakingsoda 23-11-2022 01:33 PM
fuh 3 jam je sehari waktu makan ujung2 mati sbb lain
Quote Cassieopeia 23-11-2022 01:48 PM
byk duit tu g la bersenang lenang tenang hati awet muda jgk
Quote green~tea 23-11-2022 01:50 PM
Yes elok laaaaaaa jadi mumia terus.. berenti aging
Quote Prickford 23-11-2022 01:51 PM
Yang tak boleh blah, umur baru 36!! 36!!! Consider muda la 36 tahun ni utk era 2022. Tapi belum nak awet muda kau dah nampak tua dik, camno??

0_a-man-spends-15-919421.jpg

Quote green~tea 23-11-2022 01:51 PM
Apsal tunjuk gamba dari jauhhhhh.. mai dekat sikit biar cukup lighting. Aku nak tengok rupa umur 36 awet muda lagu mana
Quote green~tea 23-11-2022 01:52 PM
Prickford replied at 23-11-2022 01:51 PM
Yang tak boleh blah, umur baru 36!! 36!!! Consider muda la 36 tahun ni utk era 2022. Tapi belum nak  ...

Lerrr rupa lagu ni je ke.. cakap 45 pun aku percaya
Quote Artemesiaa 23-11-2022 01:54 PM
Kenapa nampak tak seiring usia kalau diteruskan mau kaput buah pinggangnya
Quote Prickford 23-11-2022 01:56 PM
green~tea replied at 23-11-2022 05:52 AM
Lerrr rupa lagu ni je ke.. cakap 45 pun aku percaya

Kalau dah gitu rupa, kata umur heolls 70, boleh gak netizen percaya dgn sesi awet muda heolls tu. Ini baru 36, tapi dah nampak tua. Patut umur 36, nampak la mcm 16 bila dah buat sesi anti aging.

Quote melinda_kerr 23-11-2022 01:56 PM
36 tpi rupa dah mcm 50.
Quote lightheaded67 23-11-2022 01:58 PM
ape lah yg susah sgt kerja, masuk duduk dlm peti ais sudahlah
Quote green~tea 23-11-2022 01:58 PM
Artemesiaa replied at 23-11-2022 01:54 PM
Kenapa nampak tak seiring usia kalau diteruskan mau kaput buah pinggangnya

Aku rasa dia kena scam dengan founder timbang kilo kokesen
Quote Heydidle 23-11-2022 02:00 PM
Mati itu pasti
Quote rosa_canina 23-11-2022 02:01 PM
smpai 60bj pil sehari.. xde penyakit cari penyakit
Quote pekanwoohoo 23-11-2022 02:02 PM
Last mati sebab eksiden. Tak berbaloi langsung.
Quote margo20 23-11-2022 02:04 PM
Kalau nak hidup lama join ahli politik tgk semuanya dah tua tapi berebut nak jd pm
Quote Samerosie 23-11-2022 02:06 PM
Prickford replied at 23-11-2022 01:51 PM
Yang tak boleh blah, umur baru 36!! 36!!! Consider muda la 36 tahun ni utk era 2022. Tapi belum nak  ...

Yikes!  Baru 36?  Mcm 50.
Quote cikatilia 23-11-2022 02:14 PM
36?? kesiannya....
nampak sgt kena tipu

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.060644 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top