CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agong Adakan Menyuarat Khas Dengan Raja-Raja Melayu Esok

23-11-2022 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2026| Komen: 21

Description: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu pada Khamis berhubung isu pelantikan Perdana Menteri Ke-10 yang ...
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu pada Khamis berhubung isu pelantikan Perdana Menteri Ke-10 yang masih belum dimuktamadkan sehingga kini.


Menerusi kenyataan Istana Negara pada petang Rabu, mesyuarat itu dijadualkan diadakan di Istana Negara.


Foto: mStar Online

"Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

"Seri Paduka Baginda menyeru agar seluruh rakyat dan semua pihak untuk terus beristiqomah dan bertenang sehingga proses untuk membentuk kerajaan baharu selesai.

"Sesungguhnya, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar kita rencanakan dengan penuh cermat serta teliti," demikian kenyataan tersebut.

Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan kesejahteraan negara yang tercinta ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 23-11-2022 03:20 PM
Sultan Serambi Moscow tersenyum sinis
Quote terma2nkondisi2 23-11-2022 03:34 PM
sakarang ni ramai gile babi kecoh berdebat sama sendiri buat justifikasi sendiri siapa yg patut jadi pm

sepatutnya ramai2 yg kecoh gile babi ni buat senyap je la... pandai2 la agong pilih pm pasca pru 15 ni.. ikut kebijaksanaan agong la nak pilih anwar kaaa, pilih muhyiddin kaaa utk jadi pm

tapi sebenarnya yg agong patut pilih jadi pm adalah ebit liew... nanti ramai2 rakyat malaysia nanges2 sebak sayu.. masing2 saling bermaafan.. insaf sume da takde da gadoh2 pasal politik.. dgn agong dan raja2 melayu sekali pakat nangis ramai2 pas abis meeting sok



Quote nellyberry 23-11-2022 03:51 PM
Mencabar sungguh jadi YDPA kali ni, mcm-mcm Baginda hadap.
Dari masa Covid-19, Sheraton, Darurat Kesihatan, tukar PM-9, Parliment Hung.
Quote zulfahmimaidin 23-11-2022 03:55 PM
dah comot istana, xde bajet ke nak cuci..kan bagus mcm atap melayu..xde air menangkung dekat situ...ni kalau pas jadi gomen habis bangunan kl jadi kubah
Quote ladybugz 23-11-2022 04:23 PM
i x kira la sapa2 naik. jangan la nak buat huru hara. itulah musuh negara nak. kalau agong dah pilih nanti terima aja la. kalau bukan pilihan kita, byk2 la kita berdoa. Allah tetap ada bersama dgn orang2 yang sabar n benar. apa nak dirisau. masing2 dha buat tugas masing2.
Quote sharlenetexas 23-11-2022 04:24 PM
zulfahmimaidin replied at 23-11-2022 03:55 PM
dah comot istana, xde bajet ke nak cuci..kan bagus mcm atap melayu..xde air menangkung dekat situ... ...

Air jernih bertakung nyamuk aedes gembira.


Quote sharlenetexas 23-11-2022 04:26 PM
kakikuDibibirmu replied at 23-11-2022 03:20 PM
Sultan Serambi Moscow tersenyum sinis {:mlhehe: ...

Tak silap heols mana jejak kaki ke sana. Hantar wakil je.


Quote Zeatyisaac 23-11-2022 04:35 PM
Semoga majlis raja2 dapat membuat keputusan yang terbaik demi agama, bangsa dan negara.
Quote alesandra 23-11-2022 04:43 PM
kakikuDibibirmu replied at 23-11-2022 03:20 PM
Sultan Serambi Moscow tersenyum sinis {:mlhehe: ...

Senyum sinis sbb semedang x hadir ke?
Quote alesandra 23-11-2022 04:46 PM
Aku rasa dah tau pendirian sultan perak.NO PN ...NO PAS TALIBAN asah parang tiktok
Quote Purplehaz 23-11-2022 05:11 PM
Mcm dh boleh agak...siapakah majoriti PM pilihan kings ni nanti.
Quote Kak-Rohana 23-11-2022 05:27 PM
Semua MPs tu sibok nak bermeeting..berpakat.. presiden parti kan ada..dek langkah hotel sane sini berbintang hasil nye dek? Pastu perjumpaan merata kalu camni sampai bila pun tak habis.
Quote namieamuro 23-11-2022 05:29 PM
Kak-Rohana replied at 23-11-2022 05:27 PM
Semua MPs tu sibok nak bermeeting..berpakat.. presiden parti kan ada..dek langkah hotel sane sini be ...

kalau dh sampai final chapter, utk ape meeting2 ni sume. dr haritu dgr meeting. takkan tak capai kate sepakat lagi. tak penat ke meeting tak sudah2. kalau kt opis sedap la sikit meeting gini. abes meeting melantak
Quote Barebow77 23-11-2022 05:31 PM
nellyberry replied at 23-11-2022 03:51 PM
Mencabar sungguh jadi YDPA kali ni, mcm-mcm Baginda hadap.
Dari masa Covid-19, Sheraton, Darurat Kes ...

QE mangkat lagi..
Quote airmineral 23-11-2022 08:58 PM
nellyberry: Mencabar sungguh jadi YDPA kal ...


betul, time² dia jadi agong ni betul² agong npk function

nasib baik dia antara agong yg dikira muda, mampu la juga nak hadap isu² negara ni
Quote pu3_rania 24-11-2022 08:22 AM
Edited by pu3_rania at 24-11-2022 08:28 AM

Semoga prosedur  timbang tara di gunakan untuk ketelusan dan adil bagi mencapai keputusan yang terbaik
Quote otai_g 24-11-2022 08:25 AM
Da payah sgt. Mcm2 kombinasi yg blh. Tp kalo ko terer math sbnrnya blh ramal sapa yg akan jd pm melalui teori kebarangkalian. Tp pnjg la kiraan dia.
Quote pu3_rania 24-11-2022 08:40 AM
otai_g replied at 24-11-2022 08:25 AM
Da payah sgt. Mcm2 kombinasi yg blh. Tp kalo ko terer math sbnrnya blh ramal sapa yg akan jd pm mela ...

Semoga YDPA dan Sultan2 dapat membuat keputusan yang bijaksana
Berdebar-debar nak tunggu keputusan
Quote Suchi 24-11-2022 08:42 AM
Susah2 buat PRU balik laa nampaknya tp bkn tahun ni tahun depan la sekalikan je dgn PRN.
Menda tergesa2 nih mmg tak ok biasanya so buatlaa masa dh tenang2 dan semua dh ready.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.061694 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top