CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Seleweng RM2.3 Billion, Zeti Aziz Beri Keterangan Dalam Perbicaraan Kes 1MDB Esok

23-11-2022 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1230| Komen: 15

Description: Bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dijangka hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak atas pertuduhan penyelewangan dana RM2.3 bilion milik s ...
Bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dijangka hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak atas pertuduhan penyelewangan dana RM2.3 bilion milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini esok.


Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada mahkamah, Zeti bersedia sebagai saksi pendakwaan dan mungkin akan dipanggil memberikan keterangan.

“Saksi (Zeti) hanya akan membacakan pernyataan saksinya manakala Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengendalikan pemeriksaan,” katanya.


Foto: Kosmo


Dalam perbicaraan sebelum ini, Bekas Pengarah Bukan Eksekutif Ambank, Cheah Tek Kuang memberitahu mahkamah, Zeti mengetahui akaun Najib akan menerima sumbangan AS$100 juta daripada Arab Saudi pada tahun 2011.

Menurut Tek Kuang, dalam pertemuan empat mata, Zeti mengambil maklum mengenai perkara itu dan memintanya supaya ia perlu dilakukan mengikut peraturan bank dan BNM sedia ada.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-11-2022 02:36 PM
Zeti cakap Melayu ke nanti?


Quote rosedemon 24-11-2022 09:10 AM
ko ni cam xbguna je. lahir2 mmg kaya smpi mati pon kaya
Quote plywood 24-11-2022 09:12 AM
billion-billion punya jumlah..gila... siapa yang terlibat harus dipenjara 1 billion tahun..
Quote Simunggu 24-11-2022 09:19 AM
gud luk Zeti baruah tun, kalau dapat bagi bukti...
Quote rashiman 24-11-2022 09:46 AM
tentu banyak soalan nak tanya yg perlu Zeti jawab..
Quote mejaputih 24-11-2022 10:37 AM
plywood replied at 24-11-2022 09:12 AM
billion-billion punya jumlah..gila... siapa yang terlibat harus dipenjara 1 billion tahun..

Iols skrg senyum sinis je tgk movie holywood rompak sekadar puluhan juta..ingat lg citer mission impossible x ingat yg ke brp urusniaga diamond rm20 juta ..ciput je sbnrnya berbanding politicians kita rompak...
Quote kemaruk 25-11-2022 09:58 AM
1MDB: Zeti has high fever, unable to testify tomorrow – prosecutor
Hidir Reduan Abdul Rashid
Published:  Nov 23, 2022 1:37 PM

Updated: 1:37 PM
1MDB TRIAL | Former Bank Negara Malaysia governor Zeti Akhtar Aziz is on medical leave (MC) due to a high fever, a member of the prosecution told the Kuala Lumpur High Court today.

Deputy public prosecutor (DPP) Ahmad Akram Gharib said the star prosecution witness (Zeti) is unable to come tomorrow to testify in the RM2.28 billion 1MDB corruption trial against former prime minister Najib Abdul Razak.

Quote Travelo 25-11-2022 09:59 AM
mcm pelik...time anwar jadi pm baru nak jelaskan?
Quote plywood 25-11-2022 10:00 AM
kemaruk replied at 25-11-2022 09:58 AM
1MDB: Zeti has high fever, unable to testify tomorrow – prosecutor
Hidir Reduan Abdul Rashid
Publis ...

alaaa.. why?


orang nak dengar dari pihak zeti pulak... takkan nak pakai taktik demam terus... emm...barangkali tengah fikir cara nak kompletekan hujah...

Quote kakikuDibibirmu 25-11-2022 10:00 AM
AmBank tersenyum sinis
Quote lkick2113 25-11-2022 10:17 AM
kemaruk replied at 25-11-2022 09:58 AM
1MDB: Zeti has high fever, unable to testify tomorrow – prosecutor
Hidir Reduan Abdul Rashid
Publis ...

hai kem, lama tak nampak, apa perasaan bila BN dgn PH gabung ni???? kalau aku elok lagi dari pilih lebai bodo

Quote kemaruk 25-11-2022 10:29 AM
lkick2113 replied at 25-11-2022 10:17 AM
hai kem, lama tak nampak, apa perasaan bila BN dgn PH gabung ni???? kalau aku elok lagi dari  ...

seram wooo

Cetak wang kertas lebih banyak untuk diagihkan kepada rakyat – Wan Fayhsal

https://www.malaysiakini.com/news/551832

Quote lkick2113 25-11-2022 12:01 PM
kemaruk replied at 25-11-2022 10:29 AM
seram wooo

Cetak wang kertas lebih banyak untuk diagihkan kepada rakyat – Wan Fayhsal

walaupun PH dari segi ekonomi depa uruskan teruk tapi still ok dari lobai bodo, yg terbaik masih BN

Quote kemaruk 25-11-2022 04:09 PM
lkick2113 replied at 25-11-2022 12:01 PM
walaupun PH dari segi ekonomi depa uruskan teruk tapi still ok dari lobai bodo, yg terbaik masih B ...

setuju

debat dengan geng2 PH boleh pakai data/fakta lagi walaupon dorang kaki putar, tapi atleast data vs data

dengan lobai, hmmm..
Quote tumpanglalu74 25-11-2022 10:03 PM
Waah still gadoh.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.061280 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top