CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tidak Selamat Disini" - Kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM

10-8-2015 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10681| Komen: 51

Description: Ketibaan Datuk Seri Shukri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada jam 9.40 malam, Ahad lalu, ketika ditanya oleh para pemberita mengenai perkembangan terkini siasatan kes penyeleweng ...


Oleh : TS LOO




Selama 10 hari berurusan rasmi di Amerika Syarikat, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull yang baru pulang pada malam Ahad enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan siasatan kes syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) , hanya menyatakan "Tidak selamat disini", kenyataan beliau tersebut menimbulkan banyak persoalan. 
 

Ketibaan Datuk Seri Shukri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada jam 9.40 malam, Ahad lalu, ketika ditanya oleh para pemberita mengenai perkembangan terkini siasatan kes penyelewengan bagi syarikat 1MDB, beliau hanya beritahu  "Tidak selamat disini. Biar saya selesaikan dahulu, Terima kasih, nanti saya jumpa anda (media)" 



Terdahulu, selepas mendarat di KLIA Shukri disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali.


Difahamkan, mereka mengadakan pertemuan selama 15 minit di ruang menunggu kenamaan sebelum meninggalkan KLIA.- CARI Infonet







10

Bagus
7

Marah
13

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NAT_11 10-8-2015 10:08 AM
Sungguh menggerunkan, hidup di Malaysia sekarang................
Quote mattzzx 10-8-2015 10:10 AM
adakah malaysia masih aman?
Quote tentera_laut 10-8-2015 10:10 AM
org yg menegakkan keadilan mcm buat jenayah.


Quote sufianabdullah 10-8-2015 10:11 AM
NAT_11 replied at 10-8-2015 10:08 AM
Sungguh menggerunkan, hidup di Malaysia sekarang................

Sgt gerun sungguh !
Quote EJALTI 10-8-2015 10:11 AM
Tak selamat di sini, kata bos SPRM

11:00PM - 9 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/307960



Kepulangan yang ditunggu, namun hanya dua ayat sempat dipetik daripada Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull malam ini - "Terima kasih" dan "Di sini tidak selamat".

Beliau 'diserbu' pemberita sejurus selepas tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya mengulangi ucapan itu dan tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada wartawan yang menantinya.



Dikelilingi kira-kira 10 pengawal Shukri cuba dirapati untuk mendapatkan komennya mengenai tindakan kerajaan memindahkan serta-merta dua pengarah SPRM pada Jumaat lalu, Shukri hanya menjawab:  "Terima kasih. Terima kasih. Nanti I jumpa you. "

Beliau juga berkata keadaan "tidak selamat" di situ.

"Biar saya selesaikan dulu," katanya.

Turut kelihatan hadir di KLIA ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya II SPRM Datuk Mustafar Ali.


Tawar diri ganti dua pegawai

Shukri tiba di KLIA pada jam 9.40 malam selepas menamatkan kunjungan rasmi ke AS selama 10 hari.

Kemudian, beliau bersama Low dan Mustafar mengadakan pertemuan kira-kira 15 minit di lounge khas di lapangan terbang itu sebelum menaiki kenderaannya.



Minggu lalu SPRM menjadi tumpuan ramai apabila pegawai kanan dan penyiasatnya ditahan polis yang menyiasat kes kebocoran maklumat berhubung isu pengaliran dana ke akaun persendirian perdana menteri.

Situasi itu berlaku ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed bercuti sakit, manakala Shukri yang berada pada kedudukan kedua organisasi antirasuah itu berada di luar negara.

Seorang timbalan pendakwa raya SPRM dan seorang bekas panel penasihat badan itu adalah antara individu ditahan polis untuk membantu siasatan.

Dua pengarah bahagian SPRM pula dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Keadaan itu menimbulkan suasana tegang antara SPRM dan Polis Diraja Malaysia sehingga mendorong Shukri menawarkan dirinya sebagai ganti untuk pegawai yang ditukarkan kerana kedua-dua mereka bertindak atas arahan beliau.
Quote pilot 10-8-2015 10:11 AM
yg dituduh buat jenayah bebas berucap, ugut sana sini..

yg menyiasat semua plk jadi pesalah...kepelikan tanpa batasan hanya di malaysia
Quote GhostWalking 10-8-2015 10:25 AM
Putrajaya: It's not safe here (tak selamat di sini), nanti I (saya) jumpa you (wartawan)," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Amerika Syarikat di sini, sebentar tadi.

Mohd Shukri berkata, beliau akan bertemu media dalam tempoh terdekat namun, terpaksa menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.  Usaha wartawan untuk menemubualnya gagal kerana beliau dilihat tergesa-gesa meninggalkan terminal sebelum menaiki sebuah kenderaan rasmi.

Ketibaan Mohd Shukri turut disambut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali.

Difahamkan, Mohd Shukri sempat berbual hampir 15 minit di Bilik Orang Kenamaan KLIA di sini sejurus mendarat.  Mohd Shukri berada di Amerika Syarikat sejak 10 hari lalu bagi menghadiri tugasan rasmi SPRM.


Pada Jumaat lalu, Mohd Shukri menarik perhatian media apabila meminta dua pegawainya kanannya yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi Datuk Rohaizad Yaacob dikembalikan semula ke SPRM.


Menurutnya, beliau sedia menawarkan dirinya sebagai ganti kerana kedua-dua pegawai kanan itu bertindak atas arahannya.              Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 11:04 PM     - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69355#sthash.qp69hf31.dpuf
Quote spiderman80 10-8-2015 10:25 AM
pilot replied at 10-8-2015 10:11 AM
yg dituduh buat jenayah bebas berucap, ugut sana sini..

yg menyiasat semua plk jadi pesalah...kep ...

Itulah keindahan Jibby.
Quote GhostWalking 10-8-2015 10:26 AM
10 bodyguard punya la ramai takut kena c4 ke hape nih
Quote hest 10-8-2015 10:27 AM
kesiannya.. rasa macam lagi besar jawatan lagi teruk nak tanggung..
Quote Jagendas 10-8-2015 10:33 AM
budaya najib

si jahat naik turun pentas bersih nama
si baik di kuarantin mcm ade virus dlm tubuh
Quote nour2001 10-8-2015 10:40 AM

ini yg sedang terjadi...
Quote scorpionkiki 10-8-2015 10:48 AM
Biarlah dia balik jumpa bini dulu...lepaskan apa yg patut...then bila dah lepaskan semua baru dia boleh berfikir dgn tenang nak jawap apa yg patut....


Berpisah dgn spouse lama lama ada effect ok
Quote GhostWalking 10-8-2015 10:54 AM
scorpionkiki replied at 10-8-2015 02:48 AM
Biarlah dia balik jumpa bini dulu...lepaskan apa yg patut...then bila dah lepaskan semua baru dia bo ...

patut lah dia kata tak selamat di sini!
Quote abas8888 10-8-2015 10:54 AM
pilot replied at 10-8-2015 10:11 AM
yg dituduh buat jenayah bebas berucap, ugut sana sini..

yg menyiasat semua plk jadi pesalah...kep ...

yg dituduh bocorkan dokumen tu depa2 ni lah..kah kah kah..mereka gagal buktikan mereka tak bocorkan dokumen kepada SR dan parti pembangkang..
Quote sayawifenikmie 10-8-2015 11:13 AM


.... udah macam hidup kat negara ?????? sekarang ni ..... i am sure pihak2 yg terlibat dalam penyiasatan tu sangat2 bimbangkan keselamatan keluarga mereka .... Ya Allah ... lindungilah .....
Quote pilot 10-8-2015 11:41 AM
abas8888 replied at 10-8-2015 10:54 AM
yg dituduh bocorkan dokumen tu depa2 ni lah..kah kah kah..mereka gagal buktikan mereka tak bocorka ...

yg wall street journal tu elok saja bertebaran bebas di muka bumi ni...takde plak jibby nak saman, takut le tu..
ikan2 bilis ni boleh la macai2 jibby kuda kayukan
Quote abas8888 10-8-2015 11:59 AM
pilot replied at 10-8-2015 11:41 AM
yg wall street journal tu elok saja bertebaran bebas di muka bumi ni...takde plak jibby nak saman, ...

WSJ buat gambarajah berdasarkan pemahaman dia..berdasarkan maklumat dari pembocor maklumat kerajaan...buat gambarajah berdasarkan andaian lepas tu nak saman camno tu? nak saman andaian orang??
Quote NAT_11 10-8-2015 12:07 PM
abas8888 posted on 10-8-2015 11:59 AM
WSJ buat gambarajah berdasarkan pemahaman dia..berdasarkan maklumat dari pembocor maklumat kerajaa ...

So, saman jelah SAMAN PITNAH.
Mintak 20 billion pulak........................

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.108088 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top