CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kunjungan PKR Ke SPRM Disambut Ucapan Terima Kasih

6-8-2015 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 7750| Komen: 36

Description: "Terima kasih banyak-banyak kerana beri sokongan pada SPRM....
Oleh Fyruz Hanna

Badan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima kunjungan 10 wakil rakyat yang juga pembangkang ke ibu pejabat di Putrajaya.

"Terima kasih banyak-banyak kerana beri sokongan pada SPRM.

"Kami buat kerja kami sehabis baik secara jujur, telus dan sepenuh masa," kata Pengarah Komunikasi strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dalam sidang media di perkarangan ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Antara yang kelihatan adalah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang serta Khalid Samad. -CARI Infonet.


sumber: Malaysiakini.
11

Bagus
14

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
18

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 6-8-2015 12:41 PM
wakil pas hadir tak?
Quote nitezen 6-8-2015 12:42 PM
boleh percaya lagi ke SPRM ni sekarang .. ke camner ni...
Quote vandergooh 6-8-2015 12:57 PM
nitezen replied at 6-8-2015 12:42 PM
boleh percaya lagi ke SPRM ni sekarang .. ke camner ni...

Support untuk pengarah yg mahu membela sprm hingga ie lucabng cacing tersebut akak rasa...
Quote vandergooh 6-8-2015 12:57 PM
kecimpret replied at 6-8-2015 12:41 PM
wakil pas hadir tak?

Bz mencandat sotong agaknya...
Quote alzan 6-8-2015 12:59 PM
PAS.... mungkin dah melePAS
Quote atira 6-8-2015 01:12 PM
lobai pas boleh join umno masuk longkang
Quote ResellerMaxis 6-8-2015 01:21 PM

wakil pas bijak sikit dalam hal ini..sprm wat kerja mereka..pdrm pun wat kerja mereka juga..dah maklumat kewangan pm n isteri terdedah pada umum hingga menyebabkan kekacauan berlaku di alam cyber..maka polis kena lah jalan kan tugas mereka untuk meyiasat kebocoran maklumat tu..
Quote EJALTI 6-8-2015 01:33 PM
Wakil rakyat pembangkang tampil sokong SPRM

11:35AM - 6 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/307540



Seramai kira-kira 10 orang wakil rakyat daripada pembangkang hari ini mengadakan lawatan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menunjukkan sokongan terhadap suruhanjaya itu.

Antara wakil rakyat yang hadir ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Turut hadir ialah Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu dan MP Pandan, Rafizi Ramli.

Kesemua wakil rakyat itu kemudian mengadakan  pertemuan selama kira-kira 30 minit dengan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob.
Quote EJALTI 6-8-2015 01:36 PM
'Rakyat M'sia digesa berdiri teguh di belakang SPRM'

8:49AM - 6 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/307515



Seruan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneruskan siasatan terhadap RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkemundang di sebuah forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, yang menarik kira-kira 1,000 orang dan membariskan pemimpin dari parti-parti pembangkang, masyarakat sivil dan seorang bekas timbalan menteri Umno, merayu kepada rakyat Malaysia supaya memberi sokongan penuh kepada SPRM.

Bercakap di forum tersebut, ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (gambar) dibacakan penuh laporan berita komen pengarah operasi khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin, yang berkata beliau akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

Lim juga mengakui bahawa beliau adalah seorang pengkritik SPRM, tetapi merasakan ia menjadi tanggungjawab rakyat untuk melindungi institusi itu daripada Najib dan Lim mengumumkan beliau akan pergi ke ibu pejabat SPRM hari ini untuk memberikan sokongan kepada para pegawainya.



Lim berkata, beliau sering merasakan SPRM hanya mengejar ikan bilis, bukan ikan yu, tetapi apabila ia diserang, maka "menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya".

Kakitangan SPRM telah mengadakan solat hajat pada hari Selasa, untuk memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

SPRM juga, dalam satu kenyataan semalam, berkata ia akan menyoal perdana menteri Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion derma yang diterimanya.

Sehingga kini, tujuh pegawai SPRM telah sama ada ditangkap atau dipanggil oleh pihak polis dan mereka semua terlibat dalam penyiasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan pemindahan dana RM 2.6 bilion ke dalam akaun bank Najib.
Seorang lagi penceramah, Datuk S Ambiga memuji Bahri sebagai seorang hero dan meminta hadirin memberi tepukan gemuruh kepadanya dan pegawainya dalam memerangi rasuah.

Seorang lagi penceramah, bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, juga menyokong kakitangan awam dalam menjalankan tugas mereka.

Saifuddin (gambar), yang juga pengerusi Gerakan Kesederhanaan Global, berkata masyarakat sivil dan rakyat akan menyokong kakitangan awam yang melakukan perkara yang betul, seperti mana SPRM dalam hal ini.
Quote mattzzx 6-8-2015 01:36 PM
SPRM teruskan berkhidmat ...
Quote blastoff 6-8-2015 01:37 PM
mattzzx replied at 6-8-2015 01:36 PM
SPRM teruskan berkhidmat ...

untuk najib .
Quote mattzzx 6-8-2015 01:38 PM

yeke ni??

Quote kecimpret 6-8-2015 01:40 PM
ResellerMaxis replied at 6-8-2015 01:21 PM
wakil pas bijak sikit dalam hal ini..sprm wat kerja mereka..pdrm pun wat kerja mereka juga..dah ma ...

pas dan bijak tak leh ada dlm satu ayat







Quote alesandra 6-8-2015 01:44 PM
lobai sarban...isu ginilah patut prihatin..bukan mencarut,memaki org je keje...
Quote zvicmorrow 6-8-2015 01:57 PM
selama ni pembangkang lah..yg bnyk kutuk SPRM..kes teoh bon hock................hari ni dah spin 360''...............something fisshy..emmmurp
Quote dauswq 6-8-2015 02:02 PM
zvicmorrow replied at 6-8-2015 01:57 PM
selama ni pembangkang lah..yg bnyk kutuk SPRM..kes teoh bon hock................hari ni dah spin 360 ...

Dlm.artikel bbrp post dlm thread ni, kit siang akui dia pernah kritik sprm dulu terutama kes teo bok heong, psl kejar bilis smpi lupa jerung... I think tindakannya ari ni pun tak de salahnya... tskgn penting jika bw kpntgn pd negara
Quote freebird 6-8-2015 02:06 PM
dia kata pembangkang lah....paham?? PEM-BANG-KANG!!!

pas bukan pembangkang....dia penjilat jubor bijan...
Quote vandergooh 6-8-2015 02:08 PM
Macam akak cakap semalam... program kunjungan ni sebagqi support pada pengarah operasi sprm yg marah dan berjanji akan siasat hingga kelubang cacing berikutan tangkapan pada pegawai sprm... jadi perlunya headline ni supaya kita lebih berjaga2 takut2 pengarah sprm tiba2 mati ditembak di perkarangan rumahnya atau dihadapan pejabatnya oleh org yg tak dikenali, jadi bila headline begini diberi, tangan2 hitam tak berani berbuat suka hati mereka sikit...
Quote DTECCONAN 6-8-2015 02:09 PM
dah agak, mesti tanya "Mana PAS?"

sekejap kutuk PAS nak bersama pembangkang, sekejap tanya mana PAS bila pembangkang pegi melawat SPRM

apa benda PAS buat semua salah ler, hanya PKR, GHB dan DAP jer betul

dah PKR, GHB dan DAP tu x nak kawan dengan PAS, tanya lagi mana PAS

payah nak puaskan hati penyokong2 taksub anti PAS ni

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.065426 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top