CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulai 1hb Ogos, Tan Sri Abu Kassim Mohamed Letak Jawatan!

23-6-2016 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6355| Komen: 20

Description: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan meletakkan jawatannya bermula 1hb Ogos ini.
Oleh : TS LOO


sumber foto: http://310627192.r.worldcdn.net/


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan meletakkan jawatannya bermula 1hb Ogos ini.

Satu kenyataan yang bertarikh 23hb Jun yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, memaklumkan selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Abu Kassim, 55, untuk menamatkan perkhidmatannya itu dengan memberi sebulan notis, iaitu  berkuatkuasa pada 1hb ogos ini.

Tambah Tan Sri Dr Ali Hamsa, Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Disember 2020.

Walau bagaimana pun, dalam kenyataan tersebut tidak menyatakan siapa bakal dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbaru.- CARI

27

Bagus
17

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 23-6-2016 12:27 PM
Bekas Bendahari UMNO mana pulak la yg akan gantikan tempat dia ni nanti...
Quote dizzek 23-6-2016 12:33 PM
memohon menamatkan perkhidmatan lebih awal sebagai pesuruhjaya
bukan bermakna meletak jawatan

beliau masih lagi pegawai kanan SPRM

samada memberi ruang kepada pelapis atau mengurangkan
bebanan tanggunjawab pada usia yang meningkat,

tan sri abu kassim sendiri lebih maklum

tak perlu la media pro DAP jadikan modal politik
macam selalu
Quote abas8888 23-6-2016 02:19 PM
bukam patut semua top gun SPRM ke letak jawatan...
Quote dizzek 23-6-2016 03:51 PM
I had tried to step down three times before, says MACC's Abu Kassim

BY AZURA ABAS - 23 JUNE 2016 @ 1:24 PM

PUTRAJAYA: Tan Sri Abu Kassim Mohamed says he is stepping down from his role as Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner on his own accord, not due to any pressure to do so.

Abu Kassim said he is looking forward to focusing on his roles at international level in his capacities as the International Association of Anti-Corruption Authorities vice-president, and as a member of the Board of Governance of the International Anti-Corruption Academy in Austria.

“At the same time, I also want to contribute my experiences and expertise with Universiti Teknologi Mara (UiTM)," he told a press conference today.

The press conference was held hours after his impending departure on Aug 1 was announced by Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Meanwhile, Abu Kassim said he was among the longest-serving MACC chief commissioners, having held the role for almost six years compared to others, who served between three and four years. Abu Kassim said he had actually applied three times to reduce his tenure as the MACC chief commissioner.

"Only on the third try did the government agree to accept my application," he said, thanking the government for presenting him with the opportunity to head the MACC since 2010. He said he would continue to serve as a government servant until his mandatory retirement in 2020.

"I will continue to be in the civil service but not with MACC," Abu Kassim said. He said there would be no other departures from MACCC with him, save for those who are set for retirement this year.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2016/ ... ys-maccs-abu-kassim
Quote dizzek 23-6-2016 03:53 PM
cubaan media pro DAP untuk politik dan polemikkan
permohonan biasa menamatkan tugasan oleh tan sri abu kassim
sekali lagi gagal begitu sahaja

padan muka media pro DAP
Quote Samm_BM 23-6-2016 04:03 PM
PUTRAJAYA - Tan Sri Abu Kassim Mohammad menegaskan, tiada tekanan daripada mana-mana pihak untuk beliau memendekkan penamatan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018.

Sebaliknya ia merupakan permohonan kali ketiga dibuatnya bagi mempercepatkan penamatan tempoh kontraknya dan kali ini diluluskan oleh kerajaan, katanya.     

"Ini (permohonan) adalah atas permintaan saya. Saya telah menyatakan dalam kenyataan yang lepas-lepas, saya tidak akan bertindak mengundurkan diri atas mana-mana tekanan. Ini adalah jelas, berkali-kali saya nyatakan.

"Permintaan ini adalah atas kehendak saya terutamanya apabila saya mendapat peluang untuk memberi sumbangan di peringkat antarabangsa yang boleh meningkatkan nama Malaysia dan SPRM ke tahap lebih tinggi.

"Ini adalah satu peluang keemasan yang dapat membantu saya dan negara. Saya tidak boleh menolak begitu sahaja," katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Abu Kassim, 55, tidak akan meneruskan perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos ini, seperti dimohonnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: KSN sah Abu Kassim tamat perkhidmatan mulai 1 Ogos]

Selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Abu Kassim untuk menamatkan perkhidmatannya itu dengan memberi sebulan notis, katanya.

Abu Kassim turut menjelaskan antara sebab beliau mempercepatkan penamatan tempoh kontraknya adalah kerana menerima tawaran daripada International Anti-Corruption Academy (IACA) sebagai pakar jemputan  di Universiti Pencegahan Rasuah di Austria, di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Katanya beliau juga akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai pensyarah, penyelidik serta memberi khidmat rundingan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Saya akan terus berkhidmat sebagai pegawai kerajaan sehingga bersara wajib pada 6 Disember 2020," kata Abu Kassim. - Bernama
Quote pyropura 23-6-2016 04:29 PM
namirulmukminin replied at 23-6-2016 12:27 PM
Bekas Bendahari UMNO mana pulak la yg akan gantikan tempat dia ni nanti...

..nanti lepas Bendahari umno dilantik sebagai Pengerusi, proses penjenamaan semula akan dilakukan, dan nama akan ditukar kepada:

1. Suruhanjaya Penggalakan Raswah Msia; atau
2. Suruhanjaya Perlindungan Raswah Msia; atau
3. Suruhanjaya Pe-laundering Raswah Msia ...

http://media.viva.co.id/thumbs2/ ... endagri_663_382.jpg



Quote namirulmukminin 23-6-2016 04:33 PM
pyropura replied at 23-6-2016 04:29 PM
..nanti lepas Bendahari umno dilantik sebagai Pengerusi, proses penjenamaan semula akan dilakukan, ...

Hahahaha... Perlindungan Korupsi hanya di Indon..

Kini bakal dibawa ke Malaysia oleh menteri berDNA Indon..
Quote shamsadis 23-6-2016 05:04 PM
dah lama dengar dia nak bersara baru lulus ka
Quote AbukRokok 23-6-2016 06:12 PM
eloklah.... sama je set set ni berlakon
Quote dockers 23-6-2016 06:39 PM
Ini pun jadi isu

Kesian sungguh aku tengok yang berbalas pendapat tak tahu cerita sebenarnya, main hentam sahaja..

Memang dah tahu lama dah dia nak pendekkan kontrak, surat ke KSN dan PM pun dah buat 2 kali sebelum ni

Quote dockers 23-6-2016 06:40 PM
Apa lagi sebab post terbuka lantiklah Tony Pua jadi KP SPRM ada berani
Quote pencakar_langit 24-6-2016 12:29 AM
Teringat GANI PATALON....
Quote dockers 24-6-2016 01:13 AM

Kenapa dengan Gani?
Quote kelapaparut 24-6-2016 01:23 AM
namirulmukminin replied at 23-6-2016 12:27 PM
Bekas Bendahari UMNO mana pulak la yg akan gantikan tempat dia ni nanti...

Bukan ke korang Pas tahalul tolol siyasi dgn umno kan,awat nak rase ralat sgt kalu org umno jd org kuat sprm, padan muke kalah kat sg besar,k kangsar kat sarawak segale, hadi pun ckp belit2 mcm koliang kalah tony fernandes
Quote akusukaq 24-6-2016 01:38 AM
kesian isu tak menjadi, boleh cuba lagi.
Quote namirulmukminin 24-6-2016 08:30 AM
kelapaparut replied at 24-6-2016 01:23 AM
Bukan ke korang Pas tahalul tolol siyasi dgn umno kan,awat nak rase ralat sgt kalu org umno jd org ...

Tahalul Siyasi dgn UMNO utk kepentingan Islam lebih baik daripada berBAHALOL Sia-sia dgn DAPig musuh Islam tu... Hahahaha..
Quote rashiman 24-6-2016 02:57 PM

Teringat isu Tan Sri Ghani yg dianggap berjaya jugak dipolitikkan,
Dapatlah jugak sedikit sebanyak mempengaruhi rakyat dalam usaha menanam kebencian terhadap kerajaan utk meraih sokongan.
Kesian Tan Sri Ghani, bagilah dia berehat.

'Saya OK, jalani dialisis 3 kali seminggu'

                                                                 3 November 2015                                 

   [url=]

[/url]   

   



   



                  

                                                            Tan Sri Abdul Gani Patail


                                                                                                                                                                          KUALA LUMPUR - "Saya OK, saya menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu... masih membaca dan melakukan beberapa kerja lain termasuk melayan cucu-cucu saya."
        Demikian jawapan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selepas ditanya mengenai tahap kesihatannya oleh orang awam ketika soal jawab  dalam forum anjuran Majlis Peguam mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
        Kemunculan Abdul Gani dalam forum itu merupakan yang pertama kali selepas tempoh perkhidmatannya ditamatkan atas faktor kesihatan pada Julai lepas.
        Beliau yang sentiasa tersenyum dalam sesi forum itu turut menyatakan dirinya menjalani kehidupan yang menggembirakan kerana dikelilingi rakan yang baik.
        Pada 27 Julai lalu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan perkhidmatan Abdul Gani ditamatkan dan bekas Hakim Mahkamah    Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikannya. - Bernama



Quote kelapaparut 24-6-2016 09:00 PM
namirulmukminin replied at 24-6-2016 08:30 AM
Tahalul Siyasi dgn UMNO utk kepentingan Islam lebih baik daripada berBAHALOL Sia-sia dgn DAPig mus ...

Ye la dah tohlol siyasi dgn umno dah kalah tu padan muka, puas hati aku korang kene main dgn umno, arwah nik aziz pernah kate cukupla kene patuk ular sekali, tp ye la korang bodoh degil xnak dgr nasihat arwah, thn ni 13 kerusi korang dah kalah 2 kat semenanjung 11 kat sarawak, harap pru next next year semue kalah la

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.070234 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top