CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gambar Lelaki Hargai Jasa Polis Bekerja Di Hari Raya Jadi Viral

21-7-2015 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8600| Komen: 2|Original author: ultramantujuh

Description: Seorang netizen bernama Victor Chan telah berkongsi di laman facebooknya berhubung tindakannya menyerah sebauh hamper kepada polis trafik sebagai tanda penghargaan mereka bertugas di musim perayaan. G ...

Oleh : LOO TUNG SEANG
Artikel Diterbitkan : 21 Julai 2015



Berakhirnya Cuti Hari Raya Aidilfitri, bermaknanya warga kerja kembali semula ke alam pejabat seperti sedia kala. 


Ketika kita sedang menikmati keriangan cuti raya, sebenarnya pada masa itu terdapat segolongan individu terpaksa bertugas untuk bidang masing-masing, antaranya anggota polis, ahli bomba, jururawat, pemandu dan mereka yang bekerja di pusat membeli-belah dan restoran. 

Mereka berkorban waktu bercuti raya bersama ahli keluarga tersayang demi tugasan yang dipertanggungjawabkan. 


Baru-baru ini, seorang netizen bernama Victor Chan telah berkongsi di laman facebooknya berhubung kejadian ketika Hari Raya dia seorang diri memandu kereta dalam perjalanan balik ke rumah. 

Dia ternampak polis trafik sedang menjalankan pemeriksaan lalulintas di lebuhraya, hatinya berbisik: " Kenapa mereka perlu bekerja di waktu sambutan Hari Raya?" 

Lantas itu, Victor membawa kereta menuju ke arah kedai berhampiran untuk membeli sebuah hamper dan menyerah hamper itu kepada pegawai polis trafik yang sedang bertugas.

" Hamper ini untuk tuan dan kawan-kawan semua, hari ini Hari Raya Aidilfitri, tuan sepatutnya bercuti bersama keluarga dan bukan bertugas."

"Hamper tersebut sebagai tanda penghargaan saya terhadap pengorbanan anda semua yang terpaksa bertugas di waktu cuti raya," kata Victor. 

Gambar selfie yang dimuatnaik bersama artikel oleh Victor Chan dalam akaun Facebooknya dan tersebar luas dalam masa tidak sampai dua hari, termasuk memperolehi lebih 40 ribu 'like'. 

Rata-rata netizen memberi komen menyatakan rasa terharu dan  berbangga dengan tindakan Victor, pada masa yang sama ada juga memuji kebaikannya dalam usaha menyerlahkan lagi semangat Satu Malaysia.  

Bagaimana pun, terdapat juga netizen yang mempersoalkan kewajaran peagawai polis menerima pemberian ketika menjalankan tugas? 

Ini boleh dianggap rasuah tak? Menurut netizen lagi, walaupun Victor pada asalnya berniat baik, tapi tindakan sedemikian boleh menyebabkan pegawai polis terbabit menerima persepsi yang negatif dan tekanan yang diluar jangkaan.

Ada juga netizen yang berpendapat Victor bertindak memuatnaik artikelnya di laman Facebooknya, semata-mata bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukannya.

Dalam pada itu, Victor membalas komen negatif yang dituju kepadanya dengan memberitahu tujuannya memuat naik gambar bukanlah untuk mendapat perhatian mahupun pujian.

Sebaliknya bertujuan untuk menyebar maklumat yang positif dan berkongsi perihal yang menggembirakan bersama rakan facebooknya.

Tambahnya lagi, memandangkan sejak kebelakangan ini negara Malaysia telah dilanda pelbagai kejadian yang menjejaskan keharmonian negara dan sebagai warganegara yang bertanggungjawab, apa yang penting, kita semua tidak sepatutnya menyebarkan maklumat negatif di media sosial yang boleg mencetus kebencian antara kaum. 

Tegas Victor, dia menghargai semua komen yang positif mahupun negatif, setiap orang mempunyai hak menyampaikan pandangannya. Tetapi bagi dia, pemberian hamper merupakan caranya menyatakan terima kasih ke atas pegawai polis trafik yang bertugas di musim perayaan demi menjaga keselamatan lalulintas orang awam. 


Dalam dunia ini, terdapat dua jenis manusia, yang pertama adalah jenis manusia yang suka membantu sesiapa sahaja tanpa mengharapkan balasan. 

Yang jenis kedua pula adalah manusia yang menyorok diri di belakang, membisu dan memekak terhadap sebarang perihal yang berlaku di sekelilingnya. 

Mulai hari ini, apa kata kita sama-sama sebarkan semangat keharmonian dan kasih sayang di kalangan masyarakat dan jika lebih banyak individu seperti Victor ini, pasti negara lebih aman dan makmur.

Semangat macam inilah yang memeriahkan lagi setiap sambutan hari raya di Malaysia dan ini baru Satu Malaysia!

Permuafakatan membawa berkat! - CARI Infonet
9

Bagus
18

Marah
9

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Maideen. 21-7-2015 03:25 PM
Ist....
Quote miabebe 21-7-2015 03:41 PM
Ashteru ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.053820 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top