CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bujang : Tekanan dengan "soalan cepumas" di Hari Raya

15-7-2015 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 3988| Komen: 9

Description: Tatkala diri sedang leka melayan kemeriahan Syawal, pasti ada suara yang tiba-tiba bersuara,"dah ada calon? "bila nak kahwin? ...
Oleh : Izzah Abbasy

Tatkala diri sedang leka melayan kemeriahan Syawal, pasti ada suara yang tiba-tiba bersuara,"dah ada calon? "bila nak kahwin?" "umur dah meningkat" "orang lain semua dah kahwin" "memilih ke?" "jangan tunggu lama-lama". Klise dengan soalan ini bukan? Sememangnya anak gadis mahupun teruna pasti akan tersentap dengan pertanyaan yang agak 'sensitif' ini.

Apabila soalan demi soalan ditujukan, si gadis dan teruna semestinya sudah bersedia untuk memberi jawapan. Tertekan dengan soalan tersebut, lantas senyuman hambar dan perkataan yang biasa terkeluar dari mulut hanyalah 'tiada jodoh lagi'.

Tips jawapan selamat

1 Saya masih ada ibu dan ayah. InsyaAllah akan membalas jasa mereka dahulu.

2 Jodoh itu rahsia Allah, cepat atau lambat dia Maha Mengetahui.

3 Nak 'sponsor' ke?

4 Ada calon untuk dijodohkan dengan saya?
 
Kalau yang sedang makan lemang, sudah pasti tercekik. Padahal, sebelum pulang beraya dah bersiap dengan jawapan. Bila tiba-tiba diujarkan "soalan cepumas" ini pasti terus kaku dan membisu. Bahkan, bukan sekali mereka akan bertanya, malah berkali-kali sehingga melibatkan kedua ibu bapa. Bukankah orang lain tidak elok mencampuri urusan peribadi kita? Ya, tetapi sekadar mengambil berat kerana sayang ia adalah cara mengeratkan hubungan persaudaraan.


Beralih kepada jodoh ini, ia bukanlah urusan kita. Sesungguhnya perjalanan hidup kita sudah ditentukan oleh Allah SWT."Apabila hadir tanda-tanda akan termeterai pernikahan, maka pasti akan terjadi melainkan tanpa keizinan Allah SWT.

Pandangan Pakar

1) "Jika orang tanya - Bila nak kahwin? - InsyaAllah doakan saya" Prof Dr Muhaya

2) "Jangan Stress" Ustazah Asni


Jodoh dan Perkahwinan adalah sebuah Takdir

Kredit Foto : syahirul.com


Apakah anda akan ditakdirkan akan berkahwin atau ditakdirkan tidak akan berkahwin TERNYATA sudah tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana ianya SUDAH DITETAPKAN dan hal tersebut tidak berubah. Jadi mengapa bimbang dan risau ? Orang yang beriman kepada Takdir maka tiada kebimbangan dan kerisauan di dalam jiwa mereka kerana menyakini segala sesuatu sudah pun ditetapkan.

Anda juga tidak perlu TAKUT siapakah jodoh anda kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh Allah SWT dan apa yang perlu anda lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi PERINTAH ALLAH dalam keadaan anda penuh sedar dan yakin ianya sudah ditetapkan. Anda hanya perlu berusaha semata-mata kerana mahu memenuhi perintah Allah SWT.

Persoalan Jodoh termasuk perkara yang berada dibawah bab takdir dan telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak azali lagi. Memahami masalah jodoh hendaklah dengan kefahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang diajarkan oleh Rasulullah agar kehidupan kita dilalui dengan pertunjuk yang sahih dan mencapai keredhaan Allah SWT. Dalam hadith Nabi SAW."Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya beruntung kedua belah tanganmu. Sayap kiri perjuangan mestilah yang teguh pegangan agamanya".

Justeru, jangan bimbang dengan jodoh yang masih belum ketemu dan pertanyaan orang lain tentang perkahwinan kita. Boleh kira mungkin mereka mengambil berat terhadap kita. Bersangka baik dengan setiap makhluk di sekeliling adalah amalan terpuji. Harus diingat, orang yang lambat berkahwin, masanya dengan ibu bapa dan keluarga lebih panjang dan bertambah erat. Sesungguhnya, Allah telah mengatur kehidupan seseorang itu dengan cantik sekali. - CARI Infonet

25

Bagus
25

Marah
34

Terkejut
22

Sedih
19

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote kluangman 26-7-2015 10:42 AM
Kalau dah kawin dan ada anak kawan-kawan tanya pulak bila nak kawin lagi
Quote CariCari621 24-7-2015 09:03 PM
4,5 tahun dh mengadap soalan cepu emas tu .... sabar je lah
Quote setokinpurple 24-7-2015 12:23 AM
Bila iols nampak acik2 mcm nak tnya iols terus hulur tangan tnya 'nak balik dah ke? Dah habis makan? Taknak tambah? Haaa.. Kejap sy pegi dapur kejap'
Quote erishah 18-7-2015 10:39 AM
Bersabar je la kalau dpt soalan2 cepumas..huhu
Quote Ferr_Remy 18-7-2015 09:56 AM
Aq releks je.. siap ckp target aq nak kawen 30 40 taun ke atas hahaa
Quote keladi_merah 18-7-2015 06:04 AM
Dah nak umur 25 ni stress gakler.. sabo jelah
Quote shanshero 16-7-2015 06:33 AM
orang yang tanya tu sebenarnya nak masuk minang tapi kalo bakal
menantu keje kuli dorang terus alih topik lain.
Quote Shahreen74 15-7-2015 04:00 PM
dedulu selalu dpt soalan cepu mas... haaa.. sekrg nih dah 4 anak aku... senyap semua org... kerja Allah.. korang jgn nak pertikaikan...
Quote cunnye 15-7-2015 11:48 AM
Bukan takat bujang... yg da kawen pon stress ... lom ade anak .. tnya bile ade anak.. ade masalah ke... x subur ke.. merancang ke ....
da ade anak sorang .... bila nk tambah lg 1
Da ade anak 2 orang tnya bile nk tambah yg ke 3
kalo dua2 anak girl tny bile nk dpt boy pulak
dua2 anak boy tny bile nk dpt girl pulak
n mcm2 soklan lagik.... anggap la diorang nk mencari bahan utk beramah mesra dgn kita ... lgpun bukan slalu jumpe kan

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-10-2022 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050324 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top