CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cara-cara Membelah Buka Buah Durian Yang Aneh!

20-7-2015 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7468| Komen: 23|Original author: ultramantujuh

Description: Ianya merupakan sesuatu kepuasan kalau sendiri yang membelah buka buah durian dengan menggunakan tangan dan pisau. Caranya adalah menggunakan pisau memotong mengikut garisan dariapada hujung buah duri ...

Oleh : LOO TUNG SEANG
Artikel Diterbitkan : 20 Julai 2015



Musim Raja Segala buah-buahan, durian kembali lagi!

Bagi peminat durian, pasti tidak akan melepaskan peluang merasai kelazatannya. Tetapi bagi mereka yang tidak minat, terhidu sahaja baunya, pasti lari sejauh mana yang boleh.

Namun demikian, bila berdepan buah durian yang penuh dengan duri tersebut, cara bagaimana membukanya merupakan langkah pertama sebelum merasai kelazatannya.

Kebanyakan orang selain meminta bantuan penjual terbabit untuk membuka buah durian itu, ada pula yang akan mendapatkan bantuan ayah atau abang ketika di rumah.

Baru-baru ini, di media sosial tersebar luas satu video yang menunjukkan seorang pakcik dengan mudahnya membelah buah durian hanya menggunakan buku lima, kehebatannya amat mengkagumkan!





Menerusi video itu, kelihatan seorang penjual durian cuba menjual duriannya kepada pakcik tersebut, lalu pakcik itu berkata dengan nada bergurau, " Kalau saya dapat buka buah durian ini dengan menggunakan tangan saya, durian ini you kena bagi saya makan!" Penjual durian itu kemudian senyum sambil menjawab, " kalau awak berjaya, sekalung durian ini dihadiahkan kepada awak pun boleh!"

Bagi memastikan cabarannya menyakinkan, pakcik itu bagi penjual tersebut memeriksa tangannya dan juga membiarkan orang ramai yang berada di sekeliling semak buah durian tersebut adalah belum dibelah lagi.

Lepas itu, barulah menggenggam buku limanya dan satu tumbukan demi satu tumbukan menumbuk ke arah hujung durian tersebut.

Meskipun bagi sesiapa yang menyaksikan situasi itu pasti terasa sakit, namun pakcik berkenaan tetap meneruskan tumbukan sehingga akhirnya buah durian itu terbelah dua.

Peringatan buat semua, jangan sesekali meniru tindakan pakcik itu, ini kerana tangannya turut tercedera setelah membelah secara tumbukan dengan menggunakan buku lima.

Di benua Eropah pula, terdapat sekumpulan rakyat Jerman yang kelihatan bersusah-payah mendapatkan cara untuk membelah buka buah durian, apabila gelagat tersebut tersebar di media sosial telah menimbulkan ramai netizen rasa tergelak.





Dalam video yang berdurasi kira-kira 3 minit itu, dapat menyaksikan 4 lelaki sedang cuba membelah buka durian yang berada di atas meja, pelbagai cara digunakan, antaranya guna pisau, menghentak dan mencucuk dengan batu-bata secara bergilir-gilir dan lalu membelah bukanya dengan sepenuh tenaga, akhirnya barulah berjaya setelah cuba sedaya-upaya.  


Akan tetapi setelah merasai bau isi durian, mereka masing-masing kelihatan bermasam muka dan ada pula termuntah apabila makan isinya, rata-rata netizen yang menyaksikan video berkenaan ketawa tak kering gusi.



Selain itu, tahun lepas di media sosial juga pernah tersebar luas sebuah video yang mengenai sejenis peralatan membelah buka durian yang hebat. 



Caranya adalah dengan meletakkan buah durian di peralatan tersebut, lalu menekan dengan pelahan dan tarik dua bilah pisau yang terdapat di atasnya, maka buah durian itu akan dapat dibelah dua dengan senangnya. 


Walau bagaimana pun, ada netizen yang mengatakan bagi mereka yang biasa membelah buka buah durian tiada apa-apa peralatan diperlukan, peralatan tersebut di atas hanya lah untuk mereka yang malas dan hanya tahu nak makan sahaja. 


Dan ada pula netizen yang berpendapat, ianya merupakan sesuatu kepuasan kalau sendiri yang membelah buka buah durian dengan menggunakan tangan dan pisau. 


Apa sekali pun pandangan yang dinyatakan, sebenarnya membelah buka durian bukanlah kerja yang menyusahkan.


Caranya adalah menggunakan pisau memotong mengikut garisan dariapada hujung buah durian dan membelahnya dengan sedikit kekuatan. - CARI Infonet

6

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kukukatablog 20-7-2015 05:30 PM
aku ingatkan kupas dengan cara lebih baik,
rupanya cara gila..
sampai tangan berdarah...
Quote imransulaiman 20-7-2015 10:34 PM
Sampai berdarah penumbuk! Tu belum lagi menahan sakit esok hari tu!  
Quote makton 22-7-2015 08:28 AM
malas nak tekan play. baca caption story pun aku dah rasa mcm errrrr...??
Quote arinieva 23-7-2015 08:07 AM
bongoksss... sanggup sakit nk durian free
Quote Felycya 28-7-2015 05:05 PM
gitu sekali.

mcm xberbaloi jee...
Quote moocoww 14-8-2015 02:06 PM
Ada cara mudah utk kupas..tetap juga nak pilih cara yg x masuk akal....x berbaloi lah...
Quote samperit 15-8-2015 12:26 AM
menyusahkan diri sendiri saje
Quote harithzakuan 18-4-2017 08:31 AM
Belah pakai tgn kah?
Quote harithzakuan 18-4-2017 08:31 AM
Tk pyh menyusahkan diri
Quote harithzakuan 18-4-2017 08:31 AM
Ada pisau/prg guna
Quote harithzakuan 18-4-2017 08:31 AM
Jgn kurmfur nikmat..haha
Quote AceHand 20-4-2017 01:18 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Bideo tak ebeilebel...


Jizzz... Klong! Klong!
Quote AceHand 7-5-2017 02:32 AM
kukukatablog replied at 20-7-2015 05:30 PM
aku ingatkan kupas dengan cara lebih baik,
rupanya cara gila..
sampai tangan berdarah...

[AceHand SPECTaceLAR]

Bukang gila... Ganas... Heh! Heh! Heh!


Jizzz... Klong! Klong!
Quote emelia1509 7-5-2017 02:40 AM
demi doyan free sanggup
Quote AceHand 12-5-2017 01:40 AM

[AceHand SPECTaceLAR]

Doyan hapa...?


Jizzz... Klong! Klong!

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.073017 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top