CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish Lebih Rela Pencuri Masuk Rumah Atau Pegang Ular Dari Nampak Hantu

21-1-2022 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3076| Komen: 23

Description: Sebagai seorang pelakon, pelbagai perkara mencabar harus dilakukan bagi membuktikan kemampuan sekali gus menjayakan sesebuahcwatak .
Sebagai seorang pelakon, pelbagai perkara mencabar harus dilakukan bagi membuktikan kemampuan sekali gus menjayakan sesebuahcwatak .

Sepertinya, itu yang dilakukan aktres popular, Nora Danish apabila memberanikan dirinya bermain dengan ular bagi menjayakan watak  Syuhada dalam telefilem terbaharu, Survival 486.


Kredit foto: IG Nora

Mengakui dia seorang wanita yang sangat takut terhadap ular, namun terpaksa membuang perasaan gentar tersebut demi memberikan hasil terbaik.

“Saya seorang yang penakut sebenarnya. Demi menghidupkan watak Syuhada dan memperhebatkan jalan cerita, saya sanggup buang rasa ketakutan dan berlakon dengan haiwan berbisa sebegitu


“Saya memang takut dengan ular sebab dia boleh membunuh tetapi inilah manisnya menjadi seorang pelakon, melakukan sesuatu di luar jangkaan,” katanya kepada Kosmo! Online.


Kredit foto: IG Nora

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif berkata demikian pada sidang akhbar virtual telefilem Survival 486 baru-baru ini.

Sempat berkongsi mengenai tahap ketakutannya terhadap sesuatu perkara, Nora mengakui rela memegang ular berbanding terserempak dengan sebarang entiti mistik atau hantu.

“Saya lebih takutkan hantu daripada ular. Pernah satu ketika sebelum berkahwin, saya biarkan pintu rumah terbuka luas walaupun tinggal berseorangan.

“Bila keluarga saya pulang dan bertanya mengapa saya biarkan pintu semuanya terbuka, saya beritahu jika ada hantu saya boleh terus berlari. Lebih rela pencuri masuk atau pegang ular daripada ternampak hantu,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia yang pernah popular menerusi sitkom Puteri itu mengakui watak Syuhada banyak mengubahnya menjadi seorang wanita yang lebih berani dan lasak.


Kredit foto: IG Nora

“Karakter Syuhada telah memberi inspirasi untuk saya mencuba banyak perkara baharu seperti aktiviti sukan lasak seperti mendaki gunung (hiking).

“Sejak berlakon cerita ini, saya sudah mula masuk ke hutan dan hiking. Sekali gus melawan sifat penakut yang tinggi dalam diri saya selama ini,” ujarnya lagi.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msel 21-1-2022 05:40 PM
Lebih rela pencuri masuk?
Quote mendeluk 21-1-2022 05:42 PM
Dia ini

Nampak



Macam bimbo. TOO BIMBO
Quote Adrif 21-1-2022 07:43 PM
apa benda aku baca ni  
Quote EvieWanKenobi 21-1-2022 08:00 PM
dalam liang lahad ulau dah tunggu..
Quote SalenaGomez 21-1-2022 08:01 PM
msel replied at 21-1-2022 05:40 PM
Lebih rela pencuri masuk?

Kannnn…meminta sgt ni
Quote JalaEmas 21-1-2022 08:02 PM
Tiga2 pon aku tak rela..
Quote dudaberhias 21-1-2022 08:03 PM
Hari2 duk main ular hitam leluhur yindu majapahit botak takde rambut tu elokk pulakkk... Soo nak takut apanya... Bayangkan je ular tu macam ular yang selalu di belai dalam bath tub haritu... Yang pasti kaka rasa lubang hidungnya mesti besar...
Quote kucim 21-1-2022 08:03 PM
Edited by kucim at 21-1-2022 08:07 PM

Ular .hantu.pencuri ketiga2 ni pernah nampak depan mata.

Paling bahaya ialah pencuri
Quote olezzeli17 21-1-2022 08:11 PM
Lebih takut pencuri dpd hantu.. Sebab pencuri boleh buat benda yg lebih teruk dan menakutkan dpd hantu..
Quote GegarVaganja 21-1-2022 08:35 PM
Ular bossned?
Quote naina 21-1-2022 11:50 PM
Makin gemuklaa
Eh dia buat statement cmni sat g berduyun la pencuri datang rumah dia.
Dah dia kata rela lagi pencuri masuk
Pencuri pun mula2 buat2 macam hantu
Dah lari baru sedap mencuri
Quote slyfynx 22-1-2022 12:32 AM
U sure about that ND?
Orang lagi menakutkan dari makhluk halus skrg ni.

BTW, pe mende yang aku baca ni?
Quote Thunderclouds 22-1-2022 01:29 AM
At least antu leh tepis2 ngn ayat kursi. Ulaq either hg brani katuk sendri or cal jpam. Pencuri/perompak ni dan die katuk/cekik hgpa la tu jugak bulih djemput malaikat maut. Lg haru kalo rogol bunuh bakaq. But to each their own la yerr
Quote lyshafull 22-1-2022 02:00 AM
Tapi lakonan biasa sgt xde improvement
Quote nakkomenjugak 22-1-2022 02:50 AM
Bimbo nyaaa ko acik myanmar
Quote sharlenetexas 22-1-2022 02:51 AM
Jangan wish mcm tu acik nowa.

Quote stingeritters 22-1-2022 03:08 AM
Khatam quran dah berulang kali...katanya pandai mengaji...hantu takut?

Isi yg ko baca dalam kitab setakat for show?

Quote Perawankota 22-1-2022 05:01 AM
Umah dia kan Ntah2 4,5 tier security.. Tu yg dia berani ckp mcmtu
Quote innocent_me 23-1-2022 03:53 PM
Kau nora rumah tak pernah masuk pencuri kau sembang la.
Meols pernah rumah masuk pencuri. Walau si pencuri tu tak apa2kan keluarga meols, tapi lain ya bila rumah kita diceroboh.
Kita jadi mcm hilang semangat, jalan pun terketar2. Nk bercakap jadi bengong. duk dlm rumah jadi rasa tak selamat sbb kita tahu org boleh ceroboh masuk.nk keluar takut, nk duk dlm rumah takut nak tido takut sampai berbulan trauma.
tu belum kena dengan perompak atau segala 'pe' lagi yg meols tak sanggup nk sebut. Nauzubillah mintak jauh la semua ya.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.067277 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top