CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Eh Mirul Senyumlah," Netizen Terkejut Tengok Ekspresi Wajah Suami Ain Edruce

21-1-2022 05:32 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 4035| Komen: 12|Original author: Cinta Erina

Description: Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pengacara yang petah bercakap iaitu Ain Edruce. Apa saja lakonan yang dibawa olehnya mesti akan meriah dengan kehadirannya di set penggambaran.

Sumber: Instagram Ain Edruce 

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pengacara yang petah bercakap iaitu Ain Edruce. Apa saja lakonan yang dibawa olehnya mesti akan meriah dengan kehadirannya di set penggambaran.

Bukan itu saja, personaliti Ain yang juga sentiasa ceria membuatkan ramai terhibur dan senang dengan apa sahaja content yang diberikan di media sosialnya.

Sumber: Instagram Ain Edruce 

Pada tahun 2019, Ain telah sah menjadi isteri kepada Amirul Hafiz Mustaffa iaitu seorang ahli perniagaan dan pada hujung tahun 2021, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.


Ain Edruce suka berkongsi aktiviti harian beliau dan suami di laman instagram dan Tiktoknya. Tetapi personaliti Ain dan Amirul sangat berbeza di mana Amirul seorang yang sangat pendiam dan serius manakala Ain pula seorang yang suka bercakap dan periang. 

Namun, walaupun Amirul dilihat sebagai seorang yang serius, raut wajahnya dan sifatnya yang pemalu sentiasa membuat peminat mereka terhibur. 

Meninjau ke akaun Tiktok Ain, kita dapat melihat pelbagai jenis video yang memaparkan ekspresi suaminya yang sentiasa dalam keterpaksaan membuatkan ramai terhibur.

Beberapa hari yang lepas, Ain Edruce telah berkongsi beberapa gambar beliau di Switzerland di mana dia bercuti bersama suami dan anaknya. Dilihat Ain sempat berkongsi view di puncak sebuah gunung di sana yang begitu cantik sekali! 

Melihat ke story Instagramnya, Ain sekeluarga menaiki kereta kabel yang menuju ke puncak gunung tersebut. Apabila sampai ke puncak itu, kita dapat melihat Ain dan suaminya yang tidak kelihatan gayat dengan ketinggian kereta kabel itu. Wajah anaknya, Soraya, juga kelihatan begitu seronok!