CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pura-pura Pengsan Nak Elak Dicekup Polis

21-1-2022 05:58 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2438| Komen: 18|Original author: Agent13k

Description: lelaki tempatan berusia 40-an itu dilihat terlantar selepas dia rebah ketika polis mahu membuat pemeriksaan terhadap individu yang ditahan bagi kesalahan penyalahgunaan dadah di lokasi tersebut
Di Johor Bahru, seorang lelaki berpura-pura pengsan untuk meraih simpati anggota polis selepas ditahan dalam satu serbuan sarang penagihan dadah di Kampung Pandan pada jumaat.

Lelaki tempatan berusia 40-an itu dilihat terlantar selepas dia rebah ketika polis mahu membuat pemeriksaan terhadapnya yang ditahan atas  kesalahan penyalahgunaan dadah di lokasi tersebut.


kredit foto: Sinar Harian

Lapor Sinar Harian, dalam serbuan Op Tapis oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor yang dilaksanakan bermula jam 3 pagi hingga 11 pagi, seramai 220 individu termasuk tiga warga asing ditangkap. 

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, kesemua individu ditahan berusia dalam lingkungan 21 tahun hingga 42 tahun.

Operasi dijalankan bagi membersihkan kawasan penempatan yang mana mereka tahu antara lokasi panas bagi kumpulan penagih dan juga pengedar dadah di kawasan itu.


Ujarnya mereka akan membuat operasi pembersihan dan berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mencari jalan untuk menyelesaikan isu kegiatan dadah di kawasan tersebut.


kredit foto: Sinar harian.

Kesemua individu ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

Ingat pura-pura pengsan, boleh lepas? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-1-2022 06:34 PM
Belajar dengan Pak Haji Bakhil ler tu
Quote tungkai 21-1-2022 06:46 PM
Org yg pura2 pengsan ni senang aje. Kalau laki ko picit telur dia. Kalau pompuan cuba tarik kain.

Pernah jadi kes kat KL Sentral dulu. Ada makcik scammer mintak duit sambil buat cite sedih. Bila kantoi, terus pengsan. Akak pulis tarik kain ke atas tetiba sedar sihat walafiat
Quote dani-rox 21-1-2022 06:51 PM
Lelaki tempatan berusia 40-an itu dilihat terlantar selepas dia rebah ketika polis mahu membuat pemeriksaan terhadapnya yang ditahan atas  kesalahan penyalahgunaan dadah di lokasi tersebut.


umur ikut tahun anjing ke? tua yahamat muka dlm gambar tuh.
Quote sambaldurian 21-1-2022 08:19 PM
Dia ke yg umur 42 tahun. Ni klu dlm lrt ni, mmg ak bangun bg tempat duduk ni. Dh mcm umur 70an je. Ni la kot kesan dadah.
Quote Zack8hunter 21-1-2022 08:28 PM
sambaldurian replied at 21-1-2022 08:19 PM
Dia ke yg umur 42 tahun. Ni klu dlm lrt ni, mmg ak bangun bg tempat duduk ni. Dh mcm umur 70an je. N ...

Haah.. dah nmpk mcm atuk2 umur 70an.. gaya baju tuck in pun dah serupa atuk2
Quote Belibis 21-1-2022 08:30 PM
Artemesiaa replied at 21-1-2022 06:34 PM
Belajar dengan Pak Haji Bakhil ler tu

Polis kena bawak cikgu murni la nampaknya..
Quote Supersirap 21-1-2022 10:35 PM
Rancangan tidak menjadi
Quote Adrif 21-1-2022 11:04 PM
tungkai replied at 21-1-2022 06:46 PM
Org yg pura2 pengsan ni senang aje. Kalau laki ko picit telur dia. Kalau pompuan cuba tarik kain.

...

sama kekdah dengan yang tiba2 berlakon kena rasuk, menurun, meracau  

"Ha, ni kena rasuk ni. Sorang, pegi tandas, cari jamban duduk tu. Amik sikit air dalam jamban duduk tu, letak dalam plastik pun takpe. Ada gayong lagi elok. Bomoh kata mustajab kalau basahkan muka orang kena rasuk dengan air tu."

yang tengah berlakon sawan pun tiba2 bangun nak lari pecut
Quote matchstick 21-1-2022 11:36 PM
Zaman skrg kan byk kes org tiba2 rebah dan mati mengejut.dia dpt idea dari situ la kot. Naseb takde yg viral kan gambo tu lalu pitenoh booster dose
Quote ChildrenOfBodom 21-1-2022 11:37 PM
Loceh peliaq
Quote mbhcsf 21-1-2022 11:47 PM
huhuhhuuhh mcm pangai possum je ...pure pure mati hahaha
Quote Rapz 22-1-2022 08:26 AM
Serius la 42 thn?awat dkat gambar mcm 70'an lak.....
Quote buapakperut 22-1-2022 02:33 PM
Macam2 akal
Quote gideoncross 22-1-2022 11:04 PM
dani-rox replied at 21-1-2022 06:51 PM
umur ikut tahun anjing ke? tua yahamat muka dlm gambar tuh.

Tu dia, x cover komen uol hahahaha.
Quote gideoncross 22-1-2022 11:06 PM
Adrif replied at 21-1-2022 11:04 PM
sama kekdah dengan yang tiba2 berlakon kena rasuk, menurun, meracau  

"Ha, ni kena rasuk ni. ...

Mcm2 helah yg d buat spya dpt melepaskn diri yach.
Quote nononcrux 24-1-2022 09:40 AM
dani-rox replied at 21-1-2022 06:51 PM
umur ikut tahun anjing ke? tua yahamat muka dlm gambar tuh.

hehe akibat isap dadah kemungkinan
Quote Decaffeinated 24-1-2022 11:39 AM
Zack8hunter replied at 21-1-2022 08:28 PM
Haah.. dah nmpk mcm atuk2 umur 70an.. gaya baju tuck in pun dah serupa atuk2

siap pakai setokin


Quote KamikuP 24-1-2022 03:42 PM
Umur 40an tapi rupa dah mcm 70 an? Samada kesan sampingan akibat dadah atau susuk berlian dah tertanggal

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.324776 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top