CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tuan Rumah Halau Penyewa Pengotor Tahap Tak Boleh Bawa Bincang

22-1-2022 02:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3986| Komen: 29|Original author: Tatod

Description: Pemilik rumah sewa, Rizalmaruhan Sahmun mendedahkan sikap buruk salah seorang penyewa yang tidak menjaga kebersihan hingga mengganggu rakan serumah lain.Memuat naik video di TikTok, Rizalmaruhan menun ...


Pemilik rumah sewa, Rizalmaruhan Sahmun mendedahkan sikap buruk salah seorang penyewa yang tidak menjaga kebersihan hingga mengganggu rakan serumah lain.

Memuat naik video di TikTok, Rizalmaruhan menunjukkan sisa ikan yang dibiarkan serta air kencing disimpan dalam botol air mineral.

Katanya, penyewa berasal dari Pantai Timur itu tidak pernah culas membuat bayaran menyebabkan dia tidak terfikir untuk membuat pemeriksaan keadaan semasa rumah sewa berkenaan.



Bagaimanapun, semuanya terbongkar apabila rakan penyewa lain mengadu sudah enam bulan terhidu bau busuk dari salah satu bilik di tingkat atas menyebabkan dia terpaksa melakukan pemeriksaan.

"Dia kerja bagus, kereta pun bukan biasa-biasa. Ditambah lagi penampilannya yang sentiasa kemas dan tak pernah ada masalah membayar sewa, saya tak sangka pula bilik dia jadi macam tu.

"Menurut penyewa lain, setiap minggu dia keluar mencuci kereta, tapi mereka tidak pernah melihat dia mandi atau memasak di dapur," katanya.

Sebelum ini, penyewa itu pernah mengalami kejadian serupa dari penyewa wanita. Dia beranggapan penyewa lelaki lebih menjaga kebersihan, namun tidak menyangka dia sekali lagi berhadapan masalah sama.



Digelar sebagai penyewa dari neraka, rata-rata ramai yang mengutuk sikap pengotor penyewa berkenaan. 

Bagaimanapun, ada antara warga maya kurang bersetuju pemilik rumah terbabit mendedahkan negeri asal penyewa kerana ia menimbulkan perbalahan.






Pada anda, penyewa lelaki atau wanita lebih baik? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 22-1-2022 02:32 PM
Air kencing?? Memang xleh bincang nimmm [em:7:]
Quote MissVixen 22-1-2022 02:45 PM
X pernah mandi???? Gila betul
Quote CardiGans85 22-1-2022 02:49 PM
Gila jijik
Quote matchstick 22-1-2022 03:11 PM
Ikan mentah tu dia bagi kucing mkn ke..mana tau kot ada bwk stray cat masuk kadang2. Takkan dia mkn ikan mentah kot. Geli oii..makhluk asing kot jate tu
Quote heythere123 22-1-2022 04:00 PM
sorry tapi part yg housemate dia cakap tak pernah nampak dia mandi tu kelakar
Quote heythere123 22-1-2022 04:02 PM
tapi setuju la dengan komen yg kata tak perlu babitkan negeri tu. Manusia kalau dah pengotor, datang dari tempat mana sekalipun tetap jugak kekal perangai gitu. Melainkan diri sendiri nak berubah
Quote ezacbee 22-1-2022 04:10 PM
Mungkin dia jenis fobia g toilet kot.
Klo kencing pun buh dalam botol air. Berak camne lak?
Quote Carcosa 22-1-2022 06:53 PM
Ya hamponnnnn, aku dahla baru lepas melantok biskut, tgh kenyang namatey. Tgk plk video haram J ni, nak muntah lerrrrr

Berdadih kot haram J pengotor ni! Org tak sasau dadih tak kot boleh tido mcm tu. Urghhhhhhh
Quote SalenaGomez 22-1-2022 08:15 PM
buapakperut replied at 22-1-2022 02:32 PM
Air kencing?? Memang xleh bincang nimmm [em:7:]

Sbb tu housemate lain x penah selisih ngn penyewa tu guna toilet, dapur sume…ikan pon makan mentah je…mix jepun kot
Quote jas7512 22-1-2022 08:18 PM
Is he ever human...ntah2 alien
Quote kucim 22-1-2022 09:23 PM
Penyewa dari pantai timur...haha blh jadi kelate/ganu/phg
Yg nak rengsa kenapa..bukan owner ckp directly dari negeri mana khenn
..
Tp sorry to say la even fam meols pun org pantai timur tp meols akui...org2 belah sana agak tak cermat bab kebersihan..mostly tp bukan meols pukul rata 100%..
..
Kalau aku jadi owner ni aku maki sampai puas kat penyewa tu pastu suruh dia bersihkan then terminate
Quote Bunga88 22-1-2022 09:40 PM
Ya ampunnnn …mintak jauh..[em:11:]
Quote WiRa_MiSTiK 22-1-2022 11:44 PM
Ada masalah mental agaknya
Quote Jitu 23-1-2022 12:23 AM
pergh pengotor giler
mcm mana dia blh kencing dlm botol bukan ke lubang botol tu kecik
muat pulak anu dia
pastu langsung tak bersosial ke dgn penyewa2 lain

ye org pantai timur mmg byk yg pengotor
aku org pantai timur dan aku tak marah pun
Quote yondu 23-1-2022 02:00 AM
org pantai timur mmg ramai yg x jaga kebersihan kan. keluar rumah nahhh kemahen gelang sampai siku, tudung lilit2 tengkok baju ketat tonggek bontot sume, tp lantai rumah berlendir. negeri utara selatan pn ada x dinafikan tp x seteruk org pantai timur
Quote Buritan 23-1-2022 08:03 AM
Sayang rumah bg sewa kalo rumah tuu cantik.. rumah baru.. cam aku ade 4 rumahtp rumah lamalaaa.. aku nak buat baru tak de duit.. ujung ujung sewa jahh.. jahanam pun aku dulik ape.. selagi boleh sewa aku sewakan jahh..
Quote Buritan 23-1-2022 08:05 AM
yondu replied at 23-1-2022 02:00 AM
org pantai timur mmg ramai yg x jaga kebersihan kan. keluar rumah nahhh kemahen gelang sampai siku,  ...

Yep betulll.. klntn ngan ganu ramai.. pahang skit skit..rumah mak kawan aku ayam punbela kat dlm romah.. aku nak minum rasa geli..
Quote evlinne 23-1-2022 09:53 AM
Hahaha bukan isu baru pun kan
Mmg ramai puak2 pata timo perangai gitu

Tpi ada gak perangai org negeri lain pun pengotor cuma takat ni yg iols tahu tak boleh challenge negeri nan satu ittew
Quote Carcosa 23-1-2022 09:57 AM
Tgk kat FB, ada yg kata instafamous yg tinggal situ
Apoooo? Beria bersiap utk keluar rumah, Ujung2 rumah kau lagi hina drpd kandang babi.
Siapakah penyewa instafamous yg dah famous ni?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.205542 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top