CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azam Baki Dah Malas Layan Isu Saham - "Baik Saya Fokus Kerja"

21-1-2022 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3320| Komen: 32

Description: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, beliau mahu memberi sepenuh tumpuan atau fokus kepada kerjanya yang dilihat sebagai perkara paling utama ket ...
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, beliau mahu memberi sepenuh tumpuan atau fokus kepada kerjanya yang dilihat sebagai perkara paling utama ketika ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pemilikan saham yang masih diperkatakan sesetengah pihak.

Menurut Azam, lebih penting baginya adalah mahu kekal fokus kepada tugas yang diamanahkan dalam mengemudi SPRM membanteras rasuah tanpa mengira darjat atau pangkat selepas dilemparkan pelbagai tohmahan.


Kredit foto: Bernama

“Mahu fokus kerja saya. Bagi saya, ini jauh lebih penting. Kita perlu fokus kepada perkara yang lebih utama,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.


Bagaimanapun, Azam enggan mengulas lanjut isu berkenaan meskipun siasatan Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menutup fail inkuiri tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga sebelum ini meminta semua pihak berlapang dada menerima keputusan SC.

Selasa lalu, media melaporkan siasatan SC tidak menemui kepastian muktamad bahawa Azam melakukan kesalahan berhubung isu pemilikan saham dalam syarikat tersenarai pada 2015-2016.

Dalam kenyataan ringkas, SC menyatakan ia telah menjalankan siasatan dan berdasarkan bukti yang ada “SC tidak dapat memastikan secara konklusif berlaku kesalahan bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat).”

Seksyen 25(4) menetapkan semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik pemanfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 21-1-2022 04:37 PM
"sila berlapang dada"

dah2
pi buat kje masing2
yg mn masuk 7.30 td dh blh balik

happee wiken semua



Quote namr 21-1-2022 04:39 PM
Ok lah, saya mau sambung kumpul duit tinggi sampai ke langit ke7..see ya!
Quote sharlenetexas 21-1-2022 04:40 PM
Tak cuti ke?

Quote ayukpingu 21-1-2022 04:45 PM
tayah keje...ko letak jawatan je...volunteer
Quote Belibis 21-1-2022 10:22 PM
'Saya malas jawab pasal liwat..saya fokus kepada masalah rakyat..' boleh kalau anwar jawab gini??
Quote Pixie902 22-1-2022 12:14 AM
Belibis replied at 21-1-2022 10:22 PM
'Saya malas jawab pasal liwat..saya fokus kepada masalah rakyat..' boleh kalau anwar jawab gini??

sapa2 penjawat awam kena siasat boleh guna template jawapan ni...
Quote missyL 22-1-2022 12:31 AM
Keje mende. Tangkap bilis je pn
Paus lepas
Quote stingerkitkat 22-1-2022 01:52 AM
Fokus kerja?

Atau kaber as many tracks as you can sebelum full investigation gets underway? That is a BIG IF, ever it were to get underway...?
Quote Perawankota 22-1-2022 05:06 AM
Hari ni katanya jalan tutup, lrt x stop kt few station sebab ada, perhimpunan tangkap dia kan?
Quote anilza10 22-1-2022 08:36 AM
Selalunya org ada kes pihak atasan suruh cuti dr bertugas... Bsr betul kabel die ni... Hmmm...
Quote bulalof 22-1-2022 08:44 AM
kuat back up dia......
Quote swimswim 22-1-2022 10:16 AM
Da kecoh n keluar bukti baru nk buat keje. Sblm ni buat bodo je kheunz
Quote gigi 22-1-2022 10:16 AM
mane mau lari bosskorrrr
Quote caprisonne 22-1-2022 11:22 AM
Eh resign je la. Tak reti malu
Quote OyaTonggek 22-1-2022 11:34 AM
muka xde nur...puikkk
Quote ultra78 22-1-2022 11:38 AM
Hebat sungguh...rakyat dah hilang kepercayaan kepada dia tapi dia relaks aje.

Itulah tandanya sistem perlembagaan di malaysia ni kena rombak semua. Semua old guards ni tak boleh pakai. Generasi muda kena take over Malaysia
Quote taikor 22-1-2022 11:56 AM
Jawab la soalan rakyat, duit mana dapat beli banyak2 saham
Quote tripleid 22-1-2022 12:09 PM
[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/2099815620196944/?type=3&source=54&ref=page_internal[/fbp]
Quote green~tea 22-1-2022 12:35 PM
Kebal nya dia ni

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.342242 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top