CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengarah Bade Puji Iqram Dinzly, Tetap Sama Di Lokasi Penggambaran

19-1-2022 01:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7411| Komen: 38|Original author: Tatod

Description: Pengarah drama bersiri Hati Yang Dikhianati, Bade Hj Azmi menyifatkan Iqram Dinzly sebagai pelakon yang komited sepanjang berada di lokasi penggambaran rantaian berkenaan.Memetik laporan Astro Gempak, ...

Pengarah drama bersiri Hati Yang Dikhianati, Bade Hj Azmi menyifatkan Iqram Dinzly sebagai pelakon yang komited sepanjang berada di lokasi penggambaran rantaian berkenaan.

Memetik laporan Astro Gempak, kata Bade, sikap Iqram ketika bekerja juga tidak sama seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen sebelum ini. Pelakon itu mempunyai aura tersendiri dan mudah menerima arahan.


"Sudah lebih 20 tahun saya kenal Iqram iaitu sejak dia masih remaja. Tapi, agak lama juga saya tidak berjumpa dengannya. Saya hanya lihat dia di IG dan komen-komen di media sosial.

"Apabila kami bertemu semula, dia masih Iqram yang dulu. Seperti langit dan bumi bezanya dengan dakwaan-dakwaan netizen sebelum ini. Dia profesional dan saya tiada masalah bekerjasama dengannya," kata Bade.


Kata Bade lagi, kemunculan semula Iqram menerusi drama Hati Yang Dikhianati sedikit sebanyak mengubat rindu peminat yang sudah lama menantikan aktor itu kembali aktif ke dunia seni.

"Iqram ada aura tersendiri. Dia adalah seorang pelakon yang sudah membina kerjaya dengan namanya dan ada peminat tersendiri.



"Sebab itulah apabila dia muncul kembali, ramai pula penonton yang geram dengan watak yang dilakonkannya itu," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brunesss 19-1-2022 02:13 PM
dia ni berlakon memang power, tapi tu lah time buat live tu mungkin main sasau, kan geng anjurit. i no heran lah..meracau sana ni
Quote zafira 19-1-2022 02:52 PM
suka tengok dia masa program JJCM dulu...
Quote mojarean_X 19-1-2022 02:55 PM
Samalah mcm Diva AA, bab kerja komited. Kalo kt luar, jd diri sendiri blk
Quote cikpisang 19-1-2022 03:10 PM
Edited by cikpisang at 19-1-2022 03:11 PM

Minat betul dia ni zaman dunia baru, lpstu cerita doktor2 yg ada adam af tu. Zaman bercinta dgn fouziah ghous. Helok time tu. Skrg nampak nauu isim dia. Sayang je bakat ada tp tingtong. Cerita apa dia belakon skrg nak tengok betul ke sama lagi ke idok
Quote Emilyyyyy 19-1-2022 03:31 PM
Iqram ni pun pernah bercinta dgn Uqasha kan ke saya silap ek.
Quote acepark 19-1-2022 03:35 PM
suke tgk dia berlakon dalam dunia baru. tak der ke cerita mcm dulu2.dunia baru,cinta medik,k.a.m.i,kisah kaisara dll.sekarang cter sama aja.kawen ngan anak mega holding ceh.
Quote asfaz 19-1-2022 03:36 PM
zafira replied at 19-1-2022 02:52 PM
suka tengok dia masa program JJCM dulu...

Nmpk best dan sedap kan . Tertib aje. Bila nak bercakap dia stop makan. Takde dok ulas masin sikit, manis sikit , pedas sikit
Quote auntyonion 19-1-2022 03:37 PM
Berlakon best dia ni..tp entah la apa masalah
Quote anony-mous 19-1-2022 03:39 PM
acepark replied at 19-1-2022 03:35 PM
suke tgk dia berlakon dalam dunia baru. tak der ke cerita mcm dulu2.dunia baru,cinta medik,k.a.m.i,k ...

Dunia baru, gol & gincu. Tp cinta medik tu hauk sehauknya. Kalau tayang zmn skrg mesti teruk kena lg2 dgn peminat kdrama
Quote sukacactus 19-1-2022 03:45 PM
Last aku tgk dia berlakon siri yg ada Aqasha & Bella Daly tu
Lupa plak tajuk dia
Dlm tu jd mamat psycho
Quote jargon 19-1-2022 03:54 PM
Dia ni disamakan dgn mosus??klau dekat luar isim tu mugkinlah tp dia ni heloksss kot muka komersial pandai berlakon..mosus tu??dgn suara so so datar tahap student habis kelas p karoke jamban jah
Quote TomyamPuteh 19-1-2022 05:06 PM
Dia pegang watak org normal yg pura pura gila ke?
Quote kiah_mai_pulak 19-1-2022 05:18 PM
Emilyyyyy replied at 19-1-2022 03:31 PM
Iqram ni pun pernah bercinta dgn Uqasha kan ke saya silap ek.

dgn fouziah gaus lah, coverina je punn
Quote kukukatablog 19-1-2022 05:18 PM
dulu aku jumpa di kat masjid, rajin dia susun kasut depan pintu masjid yang bersepah tu...
Quote kiah_mai_pulak 19-1-2022 05:18 PM
auntyonion replied at 19-1-2022 03:37 PM
Berlakon best dia ni..tp entah la apa masalah

masaah dadih n salah belajar ilmu, katanyehhh
Quote laksmanabentan 19-1-2022 05:30 PM
Emilyyyyy replied at 19-1-2022 03:31 PM
Iqram ni pun pernah bercinta dgn Uqasha kan ke saya silap ek.

dengan maya karin la...

tiber.... hahahhaa....
Quote dudaberhias 19-1-2022 05:33 PM
tapi dia memang herlokkk zaman dulu... sekarang ni je dah macam fonen bottom kurus sebab dah lama tak ambil pil hormon...
Quote annadonna 19-1-2022 06:10 PM
Jumpa dia kat luat pun okay ajelah. Kat socmed tu dia buat buat aje lepaskan angin dia
Quote pichee 19-1-2022 06:17 PM
Smlm tgk die dlm live garasi tv....nsb la Haji pandai main angin...smpi 3 watak die main dlm interview...klu i, dh lme lari...tkut prince naik hantu ..haha

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.047468 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top