CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ingat Apa Kita Tulis Jadi Saksi Di Mahsyar- Isu Solat, Aisar Khaled Maafkan Orang Yang Mengecamnya

19-1-2022 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2106| Komen: 25

Description: Selepas dikecam netizen kerana memuat naik video bersolat di atas jalan, personaliti media sosial Aisar Khaled tampil menjelaskan tujuan perkongsiannya itu.
Selepas dikecam netizen kerana memuat naik video bersolat di atas jalan, personaliti media sosial Aisar Khaled tampil menjelaskan tujuan perkongsiannya itu.

Menurut Aisar, 22, niatnya berkongsi video berkenaan adalah untuk memberi peringatan kepada pengikutnya mengenai kepentingan mengerjakan ibadah solat.


Foto: IG

"Sebenarnya banyak saya dapat mesej (kecaman), saya menyampaikan sebenarnya di mana-mana sahaja kita boleh bersolat.

"Ramai orang terlalu sibuk sampai lupa kita hidup di dunia ini untuk apa. Saya hanyalah pendosa banyak buat salah dan silap, kita cuba menjadi lebih baik tak salahkan?


"Terpulanglah atas pendapat masing-masing Allah tahu niat saya. Semoga apa yang saya sampaikan dapat memberi manfaat kepada kita semua. Saya memaafkan semuanya," katanya menerusi laman Instagram.



Pada Ahad lalu, Aisar Khaled dikritik netizen apabila memuat naik video memaparkan dirinya bersolat di beberapa lokasi terbuka seperti gimnasium, kawasan bengkel dan di hadapan sebuah stesen minyak.

Ada yang mempertikaikan tindakan Aisar bersolat di atas jalan di hadapan sebuah stesen minyak memandangkan surau ada disediakan untuk kemudahan pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, Aisar meminta netizen melihat perkongsiannya itu daripada sudut positif dan tidak menjadikan ia sebagai satu isu yang harus dipertikaikan.


"Cuba lebihkan pandangan positif daripada negatif. Nasihat saya kepada netizen berhentilah bercakap yang bukan-bukan kepada orang lain.

"Disebabkan kata-kata daripada awak semua membuatkan ramai orang terkenal bunuh diri, depresi, anxiety dan sebagainya.

"Ingat setiap apa yang kita tulis ini akan menjadi saksi di padang mahsyar, semoga Allah merahmati kita semua dunia dan akhirat," ujarnya.


Sebelum ini, nama pelakon drama bersiri Villa Kristal ini pernah menjadi tular ekoran kontroversi pembaziran gel penyejuk badan yang dijadikan ‘Babi Air’.

Selain itu, Aisar juga pernah dikecam netizen apabila merakam video menziarahi pusara penyanyi Allahyarham Siti Sarah yang dikatakan tidak sensitif dan bertujuan mengaut keuntungan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 19-1-2022 09:57 AM
propaaaa la ponen bottom ni

orang tahu la demi content, dah sebelum2 ni pun semuanya dia buat demi content, kenapa dia tak letak je tin kosong atau tempurung kelapa depan dia. Mesti ada orang dah pakat2 hulur singgit dua dah.

haritu tak silap kaka dia ni berguru dengan safiey ilias... walaupun safiey ilias tu pondan tapi katanya heshe top yach... pagi2 ada morning wood kata forumer...

nauzubillah min zalik dah lobsjos rupanya lubsjubs aisar ni patut la dah sewel semacam sekarang...

semoga lubsjubs heolssss kembali pulih supaya boleh kentot dengan berbunyi dan bernada dering.... kalau tidak takde bunyi... tapi masih berbau...
Quote shiraloveyou 19-1-2022 10:04 AM
Bkn setakat apa yg kita tulis,apa yg kita buat, apa niat kita samada ikhlas, riak atau menunjuk2 pun jadi saksi kat akhirat nanti...jadi kalau tak nak org kecam, amal ibadah, amal jariah ko tu buat senyap2..tak payah upload kt media sosial...
Quote salimrock 19-1-2022 10:25 AM
dudaberhias replied at 19-1-2022 09:57 AM
propaaaa la ponen bottom ni

orang tahu la demi content, dah sebelum2 ni pun semuanya dia buat de ...

berapa lama tempoh edah lubsjub utk kembali  kentut berbunyik/ ?
Quote slyfynx 19-1-2022 10:27 AM
Hahahaha, dan2 nk jadi ustz pulak.
Quote azimodin 19-1-2022 10:35 AM
Benda yg paling best sekali kat malaysia ni - kat mana2 mesti ada surau. Pergi camping celah2 hulu pon owner buat surau. Yg ko acah2 nak enlight benda yg orang dah tahu tu apehal? All for clout kan.. pastu acah2 suruh orang standby kneepad
Quote missHaidiD 19-1-2022 10:40 AM
Tgh solat tiber ada panggil org ambik gmbr.  Motip
Quote pekanwoohoo 19-1-2022 10:44 AM
Konon nak jadi terpaling jaga solat, tapi padahal semuanya untuk content. Bebal punya bangang.
Quote missyL 19-1-2022 10:46 AM
shiraloveyou replied at 19-1-2022 10:04 AM
Bkn setakat apa yg kita tulis,apa yg kita buat, apa niat kita samada ikhlas, riak atau menunjuk2 pun ...

Thank u ckp kn.
Mcm la netz je yg kne g padang masyar

Utuber celebrities politicians pn same jah
Semua berdosa
Quote buapakperut 19-1-2022 10:49 AM
missHaidiD replied at 19-1-2022 02:40 AM
Tgh solat tiber ada panggil org ambik gmbr.  Motip

Pastu post kat ig dengan caption acah2 terpaling
Quote Thunderclouds 19-1-2022 11:39 AM
Halah2. Budak content tegar pn sebok nk petik pdg mahsyar bgai. Puii
Quote AshkieLa 19-1-2022 11:50 AM
lain kali cakap depan cermin...
Quote mummydarling 19-1-2022 11:56 AM
satang muke hensem tapii perangai ke lauttt
Quote kotakominami 19-1-2022 11:57 AM
Nasihat netizen kepada youtuber ini "berhentilah buat video yang bukan bukan"
Quote electricopop 19-1-2022 12:00 PM
Booringgggg!
Quote umbut 19-1-2022 12:03 PM
Ayat2 biasa bbnu acah2 lobai kat ig.. Ni bbnu umur 22 muka macam bapak org.. Buduhsss pastu koyakkk
Quote acepark 19-1-2022 12:13 PM
nanti aku nak buat video dalam masjid pulak.mohon like
Quote adra5028 19-1-2022 12:20 PM
dah kalau solat menunjuk2 tu..da ada tanda2 riak n ujub..
sama je ko kena menjawab kat padang masyar sok dik oii..
duk salahkan netz..mcm ko konfem2 masuk syurga..yihhh..
Quote selipar_hijau 19-1-2022 12:29 PM
ko yg cari pasal, cari isu pastu ko pulak maafkan orang. wei ape niii.. apa nak jadi dgn org melayu skrg
Quote 3chanceno 19-1-2022 12:37 PM
Pelik bbnu sekarang ini, sendiri upload, bersedialah untuk samada dikecam atau dipuji..tu terserah pada netz lah bukan ko untuk menilai! Gi tanya ostad ko apa pandangan dia tentang apa yg ko upload tu

Sendiri ingat lah untuk timbang tara sebelum upload demi content

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.066165 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top