CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azhan Rani Minta Maaf Pada 2 Remaja Naik Motor Kapcai Jadi Punca Kemalangan

19-1-2022 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3294| Komen: 19

Description: Susulan terlibat dalam kemalangan motosikal pada Isnin, pelakon Azhan Rani mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang membantunya pada hari kejadian.
Susulan terlibat dalam kemalangan motosikal pada Isnin, pelakon Azhan Rani mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang membantunya pada hari kejadian.

Azhan, 45, juga bersyukur dan menghargai tindakan pantas pemandu lori mengawal situasi agar tidak berlaku perkara yang lebih buruk.


Kredit foto: IG Azhan

"Buat bro Firdaus dan sesiapa sahaja yang bantu saya pada hari kejadian 17 Januari lalu sekitar 12.30 tengah hari di Jalan Templer Park menghala ke Kuala Lumpur.

"Semoga Allah merahmati kalian, terima kasih jasa baik anda.


"Buat dua abang lori yang berdiri tu, terima kasih kerana berjaya menghentikan lori dan tak langgar saya" ujarnya.

Pada Rabu Azhan memuat naik sekeping foto ketika kejadian yang dihantar oleh seorang pengikut di laman sosial.

Pelakon drama Nur itu terlibat kemalangan motosikal di Jalan Templer, Rawang, Selangor, pada Isnin.

Sementara itu, Azhan turut menegur tindakan dua orang remaja penunggang motosikal yang cuai sehingga mengakibatkan kemalangan tersebut.




Dalam kemalangan itu, Azhan mengalami kecederaan tulang belikat sebelah kiri pecah serta tulang bahu dan tulang rusuknya retak.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote downiey 19-1-2022 03:42 PM
semoga cepat sembuh
Quote helicornia 19-1-2022 04:08 PM
apo ni? tajuk kata minta maaf kt 2 remaja. isi kata menegur 2 remaja punca kemalangan. ko sekolah tak?
Quote gold_teeth 19-1-2022 04:11 PM
helicornia replied at 19-1-2022 04:08 PM
apo ni? tajuk kata minta maaf kt 2 remaja. isi kata menegur 2 remaja punca kemalangan. ko sekolah ta ...

Iya dlm ig post n attachment atas dia say sorry sebab tinggi suara n hancurkan/ langgar motor adik2 tu sbab tetiba masuk lane dia n buat u-turn
Quote eyansss 19-1-2022 04:22 PM
lainkali ko sepak je kepala bingai diorang tu…  aku benci orang cenggini…  dok borak2 macam jalan pak dia pastu selamba je berhenti mendadak la, uturn la, makan jalan orang la…
Quote hareeeesah 19-1-2022 04:36 PM
motor dia jenis touring berat bukan boleh elak kona-kona dik oi.. so budak 2 tu ada cedera ke? Ko punya pasal org lain merana
Quote AshkieLa 19-1-2022 04:39 PM
Edited by AshkieLa at 19-1-2022 04:49 PM

memang jilaker kalau tiba2 masuk lane kita ni..
ni mesti tak tengok side mirror dulu clear ke tak main masuk je lagi2 pegi bersembang.
meols dulu tergolek pun mcm ni la.. motor depan masuk lane tiba2..
kita tak brake, kita langgar dia dengan kereta semua.. kita brake, kita tergolek, kereta belakang pulak kalau tak alert memang naya...
ni mujur lori tu alert.... syukur.
p/s: dalam ambulance tgh sakit pun sempat marah...bawak2 istighfar dulu azhan lenkali yaa.
Quote dudaberhias 19-1-2022 05:00 PM
bebudak bawak motor memang macam ce lah ker agittewww...

kaka tau la dekat jalanraya theyols je yang bawak macam makhluk ada 9 nyawa...
dengan tak pakai helmetnya... kalau kojol kita jugak yang salah...
Quote Prickford 19-1-2022 05:00 PM
gold_teeth replied at 19-1-2022 04:11 PM
Iya dlm ig post n attachment atas dia say sorry sebab tinggi suara n hancurkan/ langgar motor adik ...

Budak yg langgar heolls tu anak orang sama tempat dgn keje iolls.

Lesen takde & roadtax mati.


Quote kikyou 19-1-2022 07:14 PM
Hurmm mendapat. Geram betul dengan perangai mcm ni
Quote makneng 19-1-2022 08:07 PM
Sibat betul... Org lain jadi mangsa. Dasar.....
Quote kaedahnya 19-1-2022 09:32 PM
kesian pulak. semoga azhan rani cepat sembuh.
Quote cheezel 19-1-2022 11:23 PM
Budak rempit buat hal la ni. bwk motor murah mcm jln bapak kau yg punya
Quote tuttt 19-1-2022 11:53 PM
Prickford replied at 19-1-2022 05:00 PM
Budak yg langgar heolls tu anak orang sama tempat dgn keje iolls.

Lesen takde & roadtax mati.

Allahu. Memang layak dimarahi
Quote makton 20-1-2022 07:42 AM
semoga cepat sembuh
Quote Login_ID 20-1-2022 08:26 AM
haiyyoo adik2... silalah tunggang motor lebih hati2.
apa ingat nyawa boleh topup di kedai handphone kaaa??
sis masih berbulu dgn penunggang motor.
last week saja, sis hampir langgar polis trafik, & budak motor.
polis tu suruh kenderaan dari lorong bertentangan stop, & suruh kereta sy gerak,
tiba2 budak2 motor dr arah bertentangan jalan dgn laju. nasib baik sempat break mengejut
klu tak, mungkin dah arwah bang polis & penunggang motor tu sis langgar

tahniah abam polis sempat tendang salah satu motor tu, sampai terpelanting penunggang & pembonceng
utk tak off topic, moga azhan cepat pulih sepenuhnya
Quote TabletSusu 20-1-2022 09:03 AM
aku bila bwk keta, takut betul dgn motor2 yg suka suki menciluk2 ni
Quote bedahmenjuyah 20-1-2022 09:49 AM
Login_ID replied at 20-1-2022 08:26 AM
haiyyoo adik2... silalah tunggang motor lebih hati2.
apa ingat nyawa boleh topup di kedai handphone  ...

Ada polis pun perangai musibat gitu main sebat je kan ish ish. Mmg tak sayang nyawa sungguh. Kalau tak melibatkan org lain lantak pi la kan
Quote kucingitam 20-1-2022 11:34 AM
haa..dulu pernah kena sekali...pakcik2 makan angin..tiba2 dia u turn.. haa terbang la atas kereta aku.. tu pon aku slow je bawa dlm kwsn perumahan kan....
Quote Rockafella 20-1-2022 11:37 AM
Tajuk tak kena dengan isi kandungan

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.053181 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top