CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rosak Imej, Polis Bantah Keras Pemakaian Topeng Merah Jambu

18-1-2022 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2948| Komen: 36

Description: Kesatuan polis Itali menerima banyak aduan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggotanya disebabkan pengedaran pelitup muka berwarna merah jambu kepada mereka, lapor akhbar Daily Star kelmarin. ita ...
Kesatuan polis Itali menerima banyak aduan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggotanya disebabkan pengedaran pelitup muka berwarna merah jambu kepada mereka, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Menurut Kesatuan Polis Autonomi (SAP) yang mewakili satu per lima pihak berkuasa di negara itu, pemakaian pelitup muka merah jambu merosakkan imej institusi tersebut.

Dalam suratnya kepada Ketua Polis Itali, Setiausaha Agung SAP, Stefano Paoloni membantah pemakaian pelitup muka merah jambu bagi hampir 20,000 ahlinya.


Kredit foto: The Guardian/AFP/Getty Images

“Merah jambu bukan warna yang sesuai untuk identiti anggota polis dan kami agak keliru bagaimana warna itu diluluskan oleh pihak atasan.


“Kami menyeru tindakan segera untuk memastikan rakan sekerja berkhidmat dengan pelitup muka warna berbeza contohnya putih, biru atau hitam selaras dengan pakaian seragam polis negara ini,” tulis surat itu.

Dalam masa sama, SAP menafikan pihaknya bersikap prejudis terhadap pelitup muka warna merah jambu namun pemakaiannya bagi anggota polis dibantah berdasarkan dasar seragam polis negara.

Di Twitter, Timbalan Menteri Infrastruktur Itali, Teresa Bellanova menyelar isu tersebut dengan mengatakan penghormatan terhadap pakaian seragam tidak datang dari warna pelitup muka.



“Pakaian seragam dihormati kerana tingkah laku dan integriti kerja anggota tidak kira lelaki atau wanita yang memakainya,” kata Bellanova.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 18-1-2022 12:36 PM
warna pelangi tak ada ke
Quote besi_kelabu 18-1-2022 12:46 PM
lec aku dulu penah cakap..kalo ko tu dah memang cukup hormon lelaki pakai warna apa pun memang tak kisah sbb kelelakian ko sentiasa terserlah..selalu konpiden gitu..

yang jadi masalah ialah bila lelaki merokok sbb nak tunjuk dia lelaki..kalo tak merokok jadi tak cukup kelelakian gitu..pakai pink terus kurang kejantanan gituu..tu maksudnya laki tu sendiri tak konpiden dgn kejantanan dia sendiri..

gitu lec aku cakap..
Quote sharlenetexas 18-1-2022 12:48 PM
Nmpk mcm merah. Ke pink terang?

Quote imanjannah 18-1-2022 12:54 PM
klu warna pelangi, rasa2 diaorg suka x
Quote Azhargoth 18-1-2022 02:41 PM
Ok apa..Ni baru Giro Di Italia.
Quote tumpanglalu74 18-1-2022 02:43 PM
file-20170908-32330-1qocbs5.jpg
Quote Adrif 18-1-2022 09:08 PM
besi_kelabu replied at 18-1-2022 12:46 PM
lec aku dulu penah cakap..kalo ko tu dah memang cukup hormon lelaki pakai warna apa pun memang tak k ...

family aku pernah belikan baju t-shirt berkolar, warna pink cerah membutakan mata seperti oink oink  sampai sekarang aku tak pakai baju tu. diorang kata tu fesyen terkini budak2 sekarang. diorang kata pink sesuai dengan aku sebab kulit aku cerah.

aku pun confius, baju ni hadiah ke, atau diorang saje nak prank aku  

ada satu baju tu, adik aku beli kain nipis gila. bila pakai, nampak puting hitam 50 sen dari luar   kejadahnya  
kalau pakai singlet, nampak jelas singlet pulak. entah baju kain ape la dia bagi kat aku ni  

aku rasa hormon jantan aku cukup. tapi idok ler nak pakai baju camtu
Quote kakigojes 18-1-2022 09:11 PM
Macho apa laki pakai pink
Quote jejaka_hensem 18-1-2022 09:14 PM
Iols pernah pakai baju melayu kaler pink,dalam nampak makin hensem
Quote Jitu 19-1-2022 12:08 AM
Adrif replied at 18-1-2022 09:08 PM
family aku pernah belikan baju t-shirt berkolar, warna pink cerah membutakan mata seperti oink oin ...

lah kenapanya tak pakai ?
kita same lah berkulit cerah
aku suka pakai baju warna pink dr warna merah
bila pakai warna merah nampak mcm sangat......entah mcm mana nak terangkan tak pandai aku

tp baju je lah warna pink benda lain mcm kereta etc mmg aku tak nak guna
Quote Dwdrum 19-1-2022 12:15 AM
Akak yang perempuan pun tidak pakai pink... Color pink hanya blusher pernah beli itu pun bukan betul pink .
Quote Supersirap 19-1-2022 12:49 AM
Bagi je color apa kat kawan, semua pakai x cerewet
Quote supernaturalee 19-1-2022 01:24 AM
Awwww
So sweet warna pink

KEEP IT!!
Quote kakikuDibibirmu 19-1-2022 01:33 AM
Adrif replied at 18-1-2022 09:08 PM
family aku pernah belikan baju t-shirt berkolar, warna pink cerah membutakan mata seperti oink oin ...

Nak tengok gambar puting boleh?
Quote kakikuDibibirmu 19-1-2022 01:35 AM
Puting, puting, puting



Quote Adrif 19-1-2022 02:11 AM
Jitu replied at 19-1-2022 12:08 AM
lah kenapanya tak pakai ?
kita same lah berkulit cerah
aku suka pakai baju warna pink dr warna m ...

bergantung pada orang. kalau muka ok, pakai pink nampak hensem, jambu

aku ni dah la tinggi, katang macam gunung, muka berjambang bulubulubulubulu
kalau pakai baju hitam, konfirm orang ingat kaki pukul biasa dah

tapi kalau rupa gini pakai pink cerah, ko rasa
aku baju berwarna cerah lain hijau dengan biru je
Quote Adrif 19-1-2022 02:16 AM

mak datuk nipisnya kain  baju yang adik aku belikan tu takde la sampai nampak kulit gitu. t-shirt kain nipis je
Quote sharlenetexas 19-1-2022 02:39 AM
tumpanglalu74 replied at 18-1-2022 02:43 PM

ATM ada je beret merah jambu
Quote JunkMail 19-1-2022 03:11 AM
Setakat Kaler apa ada hal... Aku ada sepende pink. Cantik di mata aku.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.156002 second(s), 66 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top