CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Nak Bercerai Perlu Putuskan Hak Penjagaan Haiwan Peliharaan

18-1-2022 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 991| Komen: 4

Description: Umumnya, hak penjagaan anak biasanya akan menjadi antara perkara utama yang dipertimbangkan ketika sesuatu pasangan mengambil keputusan untuk bercerai.
Umumnya, hak penjagaan anak biasanya akan menjadi antara perkara utama yang dipertimbangkan ketika sesuatu pasangan mengambil keputusan untuk bercerai.

Bagiamanapun, itu bukanlah satu-satunya perkara yang menjadi perhatian bagi pasangan yang ingin bercerai di Sepanyol. Sebaliknya, mereka juga perlu memutuskan hak penjagaan haiwan peliharaan sekiranya ada.


Gambar hiasan

Perkara itu bukan sahaja berlaku di Sepanyol, tetapi beberapa negara lain turut menerapkan perkara sama seperti Perancis dan Portugal.

Hakim diwajibkan untuk membuat keputusan dan mempertimbangkan haiwan peliharaan sebagai makhluk bernyawa daripada dilihat sebagai objek yang dimiliki pasangan.


"Haiwan adalah sebahagian daripada keluarga dan ketika suami isteri mengambil keputusan untuk berpisah, nasib haiwan juga perlu dipertimbangkan dengan nasib anggota keluarga yang lain.

"Pihak mahkamah perlu menentukan hak penjagaan haiwan peliharaan perlu diberikan kepada siapa atau penjagaan bersama," kata seorang peguam di Sepanyol, Lola Gracia.

Pada Oktober tahun lalu, seorang hakim di Madrid memberikan hak penjagaan bersama seekor anjing kepada pasangan yang belum berkahwin. Pasangan tersebut memfailkan hak penjagaan di mahkamah selepas berpisah.

Mahkamah menetapkan bahawa anjing itu akan tinggal selama sebulan dengan setiap pihak dan kedua-duanya bertanggungjawab untuk menguruskan kebajikan haiwan peliharaan mereka meskipun sudah tidak bersama.


Gambar hiasan

Lola yang mewakili plaintif dalam kes itu menganggap reformasi terhadap hak penjagaan haiwan peliharaan merupakan langkah besar dalam sistem undang-undang di negara itu.

Apatah lagi pemilikan haiwan peliharaan di Sepanyol paling tinggi berbanding dalam kalangan negara Eropah yang lainnya. Tidak hanya soal hak penjagaan, pemerintah juga banyak membangkitkan soal undang-undang dalam mempertahankan hak haiwan.

Contohnya, larangan menggunakan haiwan liar pada acara pertunjukan dan menghentikan penjualan haiwan peliharaan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 18-1-2022 12:54 PM
"Kiky nak duduk dengan ayah. Tak nak duduk dengan mak."

Quote camellahomescon 18-1-2022 01:45 PM
wow thank you for sharing this pic! hope you visit our webpage as well : https://www.camella.com.ph/properties
Quote tumpanglalu74 18-1-2022 02:07 PM
images_4_1_1_2_2_2_1_1_2_1_1_2_1_1.jpg
Quote Skuau 18-1-2022 05:30 PM
tinggalkan kt Msia...nt menate tu dpt la IC.....

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.070734 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top