CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tegur Hai Je' - Ada Pelakon Baru Tak Kenal Hamidah Wahab?

18-1-2022 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4038| Komen: 33

Description: Masih aktif menerima tawaran, pelakon veteran Hamidah Wahab, 65, belum melihat dirinya akan berundur dari dunia seni lakonan dalam masa terdekat.
Masih aktif menerima tawaran, pelakon veteran Hamidah Wahab, 65, belum melihat dirinya akan berundur dari dunia seni lakonan dalam masa terdekat.


“Waktu muda saya pernah menjadi model, ketika itu saya tahu bila nak berhenti. Sebelum orang halau lebih baik perlahan-lahan tarik diri.

“Dalam dunia lakonan juga sama. Sentiasa bersedia sebab kita semakin tua.

“Terima apa yang akan berlaku dan dorongkan diri saya ke arah yang lebih baik,” ujarnya kepada mStar.


Kredit foto: mStar

Pelakon Tanah Kubur ini turut meluahkan rasa kecewa apabila segelintir golongan muda dalam bidang seni tidak menghargai bakat lama sepertinya.

Dia sendiri pernah berhadapan situasi tidak dikenali pelakon baharu.

Bukan minta disanjung, namun baginya cukup ada rasa hormat terhadap artis veteran yang lama mencipta nama.

“Mungkin dia tidak kenal kerana saya mula aktif berlakon ketika dia belum lahir. Apabila saya datang set dia hanya tengok sahaja sehinggalah diperkenalkan.

“Jika tidak diperkenalkan hanya sekadar bertegur hai sahaja.

“Saya biarkan sahaja. Bagi saya suatu hari nanti mereka betul-betul belajar apa makna seorang pelakon,” jelasnya.


Kredit foto: mStar

Dalam masa Hamidah juga turut merasa terkilan soal bayaran artis lama yang dianggap tidak berpatutan.

“Bayaran kepada artis veteran tidak berbaloi berbanding pengalaman yang mereka ada.

“Sedih apabila orang baharu menerima bayaran lebih tinggi,” katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 18-1-2022 12:44 PM
Xde pulak pic dia muda2 bila google

Teringn nak tgk model dulu2 mcmne tp acik ni mmg tinggi
Quote codenamedream 18-1-2022 12:47 PM
Oklah tu dorang menegur haii. Walaupun sebaiknya memberi Salam.
Sebab dorang x kenal.
Mungkin dorang ingat ni acik katering hantar makanan ke set.
Acik pun dah jrg muncul kat TV.
Walaupun acik pernah jadi model, zaman acik dah berlalu.
Quote Tembikaigoreng 18-1-2022 12:50 PM
Org seni xfaham ke?? Ke buat² tak faham?? Bayaran tu base on popularity. Ingat bayaran belakon tu makin lama makin naik ke? Macam bayaran gaji pekerja gomen....kalau lama² keja boleh naik gaji.
Quote akuHavocczz 18-1-2022 01:09 PM
maybe budak baru tu malu nak tegur.
Quote slyfynx 18-1-2022 01:40 PM
Jap, kalau dah senior retis mesti semua kene sanjung ke cemane ni?
Quote heythere123 18-1-2022 02:05 PM
slyfynx: Jap, kalau dah senior retis me ...


i tak rasa pun dia mintak disanjung ke apa tapi kena la ada courtesy bila jumpa artis veteran. At least kenal la muka2 veteran ni. Dorang kan duduk dalam industri sama.
Quote deebiz14 18-1-2022 02:23 PM
Adelah insiden2 yg buat dia terkilan tu, tapi dia tak citer panjang dan sound sipi2 jer.  
Bertabahlah acik. Bila da senior .. sumer kecut, including popularity & paycheck.

Nyways kalau tak silap, heshe ade taik lalat besar tertenggek kat ujung idung dedulu. Da dibuangnya. Penah ade orang tepek gambar heshe. Rambut lurus panjang cam ala2 Noor Kumalasari time 80am.
Quote izat123 18-1-2022 02:47 PM
heythere123 replied at 18-1-2022 02:05 PM
i tak rasa pun dia mintak disanjung ke apa tapi kena la ada courtesy bila jumpa artis veteran. At  ...

Tah. Masuk set, kalau budak ada adab dia at least kenal lah siapa pelakon pelakon lain dan jangan nak kerek sangat. Kalau tak kenal ingat makcik katering hantar makanan pulak. Memang pelakon senior macam acik ni terasa lah kalau jadi macamtu.
Quote Mulotkoyak 18-1-2022 02:59 PM
Die ni mmg lawa mase muda. Rambut die curly curly... Lakonan pun best xkaku. Ak ok je. And ak faham je maksud yg die nak smp kan tuh. Artis baru perlu lah bertegur sape especially yg lebih tua dari die tanda hormat and nak dpt kan chemistry. Org muda mmg cmtu acik. Yg tua pulak nk kne terhegeh-hegeh say assalamualaikum. Iols fhm je perasaan acik ni. Die bkn mnta apepun. Tegur. Bkn die diva ke ape. Say hi. Apooo.. Yg xfhm ni bbnu je.
Quote krustykrab 18-1-2022 03:07 PM
Ok la tu tegur la jgk, dr dia buat2 tak nmpk..alah acik tak yah la sentsp sgt...
Quote ezacbee 18-1-2022 03:16 PM
Masa muda dia ni berangan nak kawen dengan org kaya je, Cari2 dapatlah kawen dgn org kaya Sabah. Rupanya dia kawen dgn orang gaji org kaya Sabah. Sedutan filem Gila-Gila 1978
Quote sudirmanistas 18-1-2022 03:45 PM
Budak2 muda skrng ni mmg mcm tu. At least masuk industri tu, kenal2 la sikit siapa senior just for courtesy.
Quote MissYouSayang 18-1-2022 03:49 PM
Mujur nek midah yg bitter.kalau nek ogy yg bitter mmg aku hemput balik sbb nek midah x de isu & x over sgt dr nek diva berdarah seniman ittew
Quote heythere123 18-1-2022 03:57 PM
MissYouSayang replied at 18-1-2022 03:49 PM
Mujur nek midah yg bitter.kalau nek ogy yg bitter mmg aku hemput balik sbb nek midah x de isu & x ov ...

hehe, kalau ogy tu i sokong sebab dia kekwat
Quote laksmanabentan 18-1-2022 04:01 PM
slyfynx replied at 18-1-2022 01:40 PM
Jap, kalau dah senior retis mesti semua kene sanjung ke cemane ni?

dia mengharapkan ala2 yang baru2 opkos muda kann...ni walaupun tak kenal tapi ala2 rendahkan badan sikit gitu...
macam orang muda menghormati orang tua gitu sis....
hahahahaha.......

santai sisss...



Quote TeropongThaico 18-1-2022 04:05 PM
Ada le tu yg buat acik midah ni terasa. Seingat ai mmg tak pernah nak kuar berita bukan2 yg libatkan sheols. Mmg aktif berlakon je
Quote nakkomenjugak 18-1-2022 04:37 PM
Acik midah time muda lawoooo, sama style dengan acik Kumalasari
Biasalah style 70an charlies angel
Acik midah takmo gitau sapeee retis bbnu tu??
Quote she 18-1-2022 04:58 PM
Eh dah macam tradisi Korea pula

Yang junior wajib tunduk hormat kt senior
Kalau tak tunduk harus dikeji senegara

Kadang tengok junior tu terlepas pandang
Nak g amek award tapi tak perasan senior kat belakang
Esok dah keluar hashtag ban cancel

Rehat2 kat umah lahhhh
Dah tua2 ni elok layan netflix jeeeeerrrrr

Hahahaha larikkkk
Quote belacan_gurl 18-1-2022 05:03 PM
Tapi aku suka dia dlm tanah kubur

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.112136 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top