CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Dia Idola Saya' - Zamaera Cipta Lagu 'Gelek' Untuk Vida

18-1-2022 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1504| Komen: 11

Description: Penyanyi rap, Zamaera mendedikasikan lagu 'Gelek, khas buat usahawan selebriti Datuk Seri Vida, sebagai penghormatan buat wanita yang dianggap sebagai idolanya itu.
Penyanyi rap, Zamaera mendedikasikan lagu 'Gelek, khas buat usahawan selebriti Datuk Seri Vida, sebagai penghormatan buat wanita yang dianggap sebagai idolanya itu.


Kata Zamaera, dendangan yang dimuatkan dalam albumnya, Heart Break To Heal tersebut merupakan luahan rasa kagum terhadap pencapaian dan ketabahan wanita tersebut dalam mengharungi kehidupan.


Kredit foto: IG Zamaera

“Saya memang suka dengan Datuk Seri Vida sebab dia punya karaktor yang kuat, unik, berkarisma dan tidak ambil peduli kecaman orang sebaliknya turut memberi inspirasi kepada wanita lain.

“Melihat kejayaan yang diraih dengan hasil keringat sendiri dan pada masa sama masih kuat berdepan cabaran hidup serta turut menjadi bahan kecaman, lagu Gelek memang bertepatan untuknya.

“Santunan seni kata yang saya gubah sendiri dalam karya tersebut menggambarkan kekuatan dalaman kaum Hawa untuk hidup berdikari dan membina empayar.

“Jika suatu hari nanti dapat berkolaborasi dengannya juga saya akan berbesar hati. Kalau boleh memang saya nak bekerjasama dengan ramai wanita hebat dan mengambil inspirasi daripada mereka,” katanya pada sesi pelancaran album ‘mixtape’ itu.

Zamaera mengakui mengambil masa lapan bulan menyempurnakan projek tersebut supaya bertepatan cita rasanya bermula dengan fasa menulis lagu disusuli kerja rakaman dan adunan muzik.

Selain Gelek, Zamaera atau nama sebenarnya, Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen tampil dengan 10 lagi dendangan termasuk enam buah lagu berbahasa Inggeris serta ‘interlude’.

Katanya, 'Heart Break To Heal’ itu adalah kronologi perjalanan hidupnya yang diterjemah ke dalam album membabitkan fasa dilamun cinta, kehilangan, murung dan kemudian mampu bangkit semula sebagai insan baharu penuh semangat.


Kredit foto: IG Vida/Zamaera

“Lagu Jaga Diri merupakan trek luahan ketika putus cinta di mana saya melalui fasa yang teruk sehingga menangisi nasib dan terpaksa berjumpa pakar terapi untuk memulihkan semangat.

“Namun, akhirnya dengan sokongan insan sekeliling saya semakin positif dalam mendepani cabaran selain berharap orang yang pernah hadir dalam hidup saya juga jaga diri,” katanya lagi.

Penyanyi dan komposer yang aktif sejak berusia 17 tahun tampil bersama lagu solo berjudul Wanita sekitar 2017 dan kemudian terus dikenali menerusi Helly Kelly yang menjuarai carta Hitz FM selama enam minggu. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 18-1-2022 12:46 PM
next please....
Quote Solokkk 18-1-2022 01:05 PM
Tak sesuai dijadikan idola
Quote bellaamsar 18-1-2022 01:05 PM
Dia ni ade mix ke? Cantik
Quote slyfynx 18-1-2022 01:37 PM
Ok. Noted. NEXT
Quote brunesss 18-1-2022 03:52 PM
more like berjaya scam orang.. please check balik mcmana kau evaluate "idola" kau tu or else kau hanya kaki jilat
Quote fido_dido 18-1-2022 04:08 PM
idola? habislah kalau bidah baca ni
Quote nakkomenjugak 18-1-2022 04:39 PM
Sheol ni masa first2 iol tengok ingat blasian
tapi seyes laa vida?
baik acik diba aa
ada laa haa taglines heshe boleh dibuat lagu
"so what aku ada haters? dislike x3!" gitchewww
Quote helicornia 18-1-2022 09:28 PM
Tkde manusia lain ke bole jadi idola ko dik
Quote kiah_mai_pulak 18-1-2022 09:41 PM
ekkkkkk??????  jilat jgn x jilat
Quote buapakperut 18-1-2022 09:53 PM
Siapha ni?? Macam keturunan afrika ek? Dah nape mengidolakan acik bidah bibir gamat?
Quote Yunbin 18-1-2022 10:18 PM
Wahh xsangka tok vida pon ada orang jd kan idola

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.075023 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top