CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kes Kematian Mengejut, KKM Kena Pandang Serius Kaji Kesan Sampingan Dos Penggalak’ - Dr MAZA

18-1-2022 12:36 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 28291| Komen: 633

Description: SHAH ALAM – Sejak kebelakangan ini, banyak berlaku kes kematian mengejut atau serangan jantung dan disebabkan itu orang ramai mula mengaitkan ia berpunca daripada pengambilan dos ketiga vaksin COVID ...



SHAH ALAM – Sejak kebelakangan ini, banyak berlaku kes kematian mengejut atau serangan jantung  dan disebabkan itu orang ramai mula mengaitkan ia berpunca daripada pengambilan dos ketiga vaksin COVID-19.

Disebabkan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) wajar memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai.

Melalui satu hantaran di Instagram, Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, saranan tersebut dibuat berikutan ayahnya yang mula mengalami gejala muntah dan menjadi sangat lemah selepas menerima dos ketiga vaksin C0VlD-l9, lapor Sinar Harian.


“Menurut doktor, beliau terkena sekali lagi strok di bahagian yang sensitif di kepala.

“Punca masih tidak jelas. Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak?

“Saya tidak pasti. Hanya pakar yang dapat menjelaskan,” katanya pada lsnin.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, ramai orang telah berkongsi situasi seperti itu di media sosial.

Menurutnya, anak kepada sahabatnya meninggal dunia dipercayai jatuh sakit mengejut selepas mengambil dos ketiga.

“Saya tidak pasti sebab kematian yang sebenar. Keluarga beliau, orang kampung tidak menuntut siasatan terperinci.

“Mereka hanya kata ‘lepas vaksin nombor tiga, tidak pasal-pasal dia sakit, lepas itu meninggal. Mungkin juga ada punca lain,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, seorang bakal ahli jemaah umrah telah meninggal dunia dipercayai selepas mengambil dos penggalak sebagai syarat umrah.

“Juga tidak pasti apakah punca sebenar. Kebetulan atau ada kaitan?

“KKM kena ambil perincian setiap kes. Semoga ALLAH merahmati kita semua,” jelasnya.

Sementara itu, Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan MaIaysia (KKM) dalam maklum balas ringkasnya berkata, pihaknya telah menghubungi hospital berkenaan dan dalam proses menyiasat serta menyediakan laporan untuk kesan advers susulan imunisasi (AEFI).

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hanya 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis dikesan dalam tempoh 21 hari selepas individu menerima vaksinasi COVID-19 daripada 433,674 kemasukan ke 216 hospital bagi tempoh Februari hingga September 2021. 

Daripada jumlah itu, 14 kes dilaporkan berkaitan vaksin COVID-19 Comirnaty keluaran Pfizer (Pfizer), sembilan berkaitan dengan vaksin CoronaVac (Sinovac) dan dua lagi membabitkan Oxford-AstraZaneca .- CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 18-1-2022 12:39 AM
Ehemm ehemmmm.....

Terbatuk pulak.
Quote primarikey 18-1-2022 01:05 AM
Hmm malas nk komen bila tingat kenyataan dia pasal vaksin dan antivaksin taun lps
Quote cmf_ctrl 18-1-2022 01:08 AM
primarikey: Hmm malas nk komen bila tingat kenyataan dia pasal vaksin dan antivaksin taun lps


dia cakap apa..tinggal train pulak
Quote ellejo 18-1-2022 01:10 AM
aih laki aku kene cucuk dulu berdarah hidung. nak sedapkan hati kata sebab cuaca.
tak jab tak boleh kerja.
Quote slavehunter 18-1-2022 01:13 AM
primarikey replied at 18-1-2022 01:05 AM
Hmm malas nk komen bila tingat kenyataan dia pasal vaksin dan antivaksin taun lps

Cuba tulis apa dia cakap? Serious aku pun tak tahu apa dia cakap.

Kena something happens kat orang besar ternama baru mereka nak bersuara.
Quote slavehunter 18-1-2022 01:15 AM
ellejo replied at 18-1-2022 01:10 AM
aih laki aku kene cucuk dulu berdarah hidung. nak sedapkan hati kata sebab cuaca.
tak jab tak boleh ...

Kena monitor berdarah cair ker berdarah pekat? Kalau pekat jawapan nye ialah blood thinner.
Quote slavehunter 18-1-2022 01:17 AM
Edited by slavehunter at 18-1-2022 01:43 AM

Deleted double post
Quote primarikey 18-1-2022 01:41 AM
slavehunter replied at 18-1-2022 01:13 AM
Cuba tulis apa dia cakap? Serious aku pun tak tahu apa dia cakap.

Kena something happens kat oran ...

Salah satunya dia pernah kata...WAJIB amik vaksin untuk cegah jangkitan

Aduiii dia tak tau ke yg vaksin tak boleh cegah jangkitan covid...ko dh vaksin atau blm..kedua2nya bole dijangkiti dan menjangkiti..
Quote pengecatbintang 18-1-2022 01:44 AM
DR Maza n Antuvaks..

tengok ni..

[twitter]https://twitter.com/TrevorFitzgibb1/status/1480961887609180160[/twitter]

Quote slavehunter 18-1-2022 01:48 AM
primarikey replied at 18-1-2022 01:41 AM
Salah satunya dia pernah kata...WAJIB amik vaksin untuk cegah jangkitan

Aduiii dia tak tau ke yg  ...

Aku kesian pulak tengok father dia jadi Collateral Damage. Hmmm.
Quote apalancut 18-1-2022 01:55 AM
bila ada kayangan mula bersuara.. KKM mesti akan react.. cuba la marhaen..
Quote BartholomewKuma 18-1-2022 07:27 AM
Bukan salah vaksin lagi ka ?
Quote evlinne 18-1-2022 07:37 AM
slavehunter replied at 18-1-2022 01:15 AM
Kena monitor berdarah cair ker berdarah pekat? Kalau pekat jawapan nye ialah blood thinner.

Parents iols amik booster harini
Risau..
Quote Firenzza 18-1-2022 07:43 AM
Ada kj kesssahhhh?  X cucuk booster ko dikira antibeksin.....kj dh janji utk susahkan hidup antibekk 4ever n ever
Quote angelofish 18-1-2022 07:45 AM
mak bapak kj ambik booster tak?
Quote Firenzza 18-1-2022 07:46 AM
slavehunter replied at 18-1-2022 01:48 AM
Aku kesian pulak tengok father dia jadi Collateral Damage. Hmmm.

Hisshhh..  jgn ckp cmtuh,  dh tau ada sakit nape x bgtau dr sblm cucok? Apa2 jd mmg dah ada sakit sblm cucuk.....beksin x salah
Quote stingeritters 18-1-2022 07:54 AM
Mopti nak menderhakai WHO kewww?

Quote stingeritters 18-1-2022 07:55 AM
Firenzza replied at 18-1-2022 07:43 AM
Ada kj kesssahhhh?  X cucuk booster ko dikira antibeksin.....kj dh janji utk susahkan hidup antibekk ...

Abisla mopti kalau tak nak dicucuk berdozen boosters tak boleh beri usrah,ceramah la pasni....

How?
Quote Firenzza 18-1-2022 08:01 AM
stingeritters replied at 18-1-2022 07:54 AM
Mopti nak menderhakai WHO kewww?

Malaysia telah dipilih sebagai tempat untuk uji kaji vaksin Covid-19 buatan China yang lain, kali ini buatan Shenzhen Kangtai Biological Products Co Ltd.

"Kajian klinikal ini melibatkan produk SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cells), Inactivated, 5μg/ 0.5mL yang dikilangkan oleh pengilang Shenzhen Kangtai Biological Products Co, Ltd di negara China.

"Kajian Klinikal Fasa 3 ini akan dijalankan di lapan pusat penyelidikan di Malaysia dengan sasaran peserta sebanyak 3,000 orang dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas serta dijangka akan mengambil masa selama 15 hingga 19 bulan," katanya pada satu kenyataan hari ini.


Negara lain yang terlibat dalam kajian klinikal ini ialah Colombia, Argentina, Pakistan, Filipina dan Ukraine.

Vaksin ini juga telah diluluskan oleh negara China melalui Emergency Use Approval pada 14 Mei 2021

Selain membuat vaksin sendiri, Kangtai juga mendapat hak eksklusif untuk mengeluarkan vaksin Oxford/ Astrazeneca di China.

Anak syarikat Yong Tai Bhd iaitu YTB Healthcare Sdn Bhd akan bertanggungjawab mengendalikan ujian klinikal itu.

Ia bakal menjadi syarikat swasta pertama di negara ini yang menjalankan ujian klinikal fasa tiga untuk vaksin Covid-19.

Pada masa ini, portfolio vaksin yang ada di Malaysia terdiri daripada vaksin oleh Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

Setakat semalam, kira-kira lapan peratus populasi dewasa di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.



....klau  dh nama dia tempat ujikaji kena redho la...mcm bayi tabung uji ada yg jd ada yg jd %$@@$....selain bisnes ahlong...yg ni pun lg masyukkkk

  

Lihat semua komen(633)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.107081 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top