CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Logo Jenama Popular Yang Mempunyai Simbol Mitologi!

18-1-2022 10:21 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1747| Komen: 3|Original author: Agent13k

Description: Logo produk dalam zaman sekarang ramai tidak mahu mencampur elemen agama dengan produk mereka kerana pandangan pengguna yang mungkin akan jadi salah faham, tetapi ramai tidak sedar yang sebenarnya ban ...
Banyak pengusaha sebolehnya enggan mencampur elemen agama ataupun kepercayaan tertentu menerusi logo produk merekakerana khuatir pengguna akan salah tafsir.


Pun begitu, mungkin ramai tidak sedar yang sebenarnya banyak produk terkenal mempunyai logo dengan makna tersendiri seperti kepercayaan Mitologi.


kredit foto: CNN

Ini adalah 5 logo jenama popular yang mempunyai simbol mitologi.

  • Nike (Dewi Nike)
kredit foto: Wikipedia


Lihat saja logo Nike, umum sudah tahu ia merupakan jenama 
produk sukan terkenal di dunia. Perkataan dari logo itu diambil daripada nama Dewi Yunani iaitu Nike. 

Nike merupakan dewi yang mengusai kemenangan dan anak kepada seorang Titan bernama Pallas dan ibunya, Styx.

Ramai penyelidik mitologi percaya orang Yunani dulu menyembah Nike untuk meninggikan kadar kejayaan mereka dalam sesuatu usaha yang diusahakan.

  • Starbucks (Siren)
kredit foto: Quora

Jenama Starbucks pula mempunyai kisah yang lain sedikit kerana ia tidak memaparkan dewa-dewi dari Mitologi, tetapi logo Starbucks berasal daripada sejenis makhluk dalam mitologi yang dinamakan Siren. 

Menurut penerangan rasmi Starbucks dulu, logo itu hadir tidak sengaja semasa pengurusan awal Starbucks. Selepas dirujuk dari pelbagai sumber, salah seorang pereka menemui kisah dan lakaran makhluk Siren di dalam buku rujukan kehidupan marin.

Salah satu pendapat lain adalah logo itu datang daripada Dewi Astarte atau Ashtoreth yang dipuja kerana memberi kesuburan dan seksualiti masyarakat dahulu.

Logo Starbucks dahulu lebih menyerupai makhluk Siren dan sekarang ianya hanya memaparkan muka dan ekornya yang bercabang.

  • Saluran TV NBC (Burung Merak Hera)
kredit foto: SQLServer

NBC adalah saluran media yang popular di seluruh dunia dan logo merak yang mempunyai pelbagai warna amat dikenali ramai. 

Logo ini datang dari burung merak yang dibela Dewi Hera. Dalam mitologi kepercayaan orang Yunani, burung merak merupakan makhluk yang disayanginya.

Ceritanya, Hera mempunyai pengawal gergasi yang bernama Argus, bagaimanapun Argus ada perselisih faham dengan Zeus yang kemudian memerintahkan Argus dibunuh. 

Zeus kemudian memutuskan untuk menukarkan Argus menjadi burung merak selepas Hera kecewa dengan keputusannya sebelum itu.

  • Versace (Medusa)
kredit foto: LogoM

Versace adalah jenama 
pakaian yang ramai tidak sedar logonya adalah dari makhluk mitologi Medusa, Gianni Versace.

Kata pengasasnya, logo Versace diinsiprasikan dari makhluk mitogi Medusa kerana ia mampu menggoda sesiapa saja.

Medusa adalah salah satu makhluk daripada jenis Gorgon yang mempunyai rambut daripada puluhan ular dan sesiapa yang melihat Medusa dikatakan akan bertukar menjadi batu.

  • Dove (Aphrodite)
kredit foto: 1000logos

Mungkin ramai yang tidak tahu makna logo Dove yang terkenal sebagai 
produk kebersihan diri. Sama seperti Dewi Hera yang menyanyangi burung merak, burung merpati adalah kesayangan Dewi Aphrodite yang menguasai kasih sayang, cinta, kecantikan dan kesuburan.

Semasa mahu menamakan produk sabun keluaran adik beradik Lever, mereka pada mulanya bercadang menggunakan Honey ataupun Sunlight, tetapi memilih Dove sempena inspirasi kecantikan Dewi Aphrodite. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 19-1-2022 02:05 AM
bagus info
Quote pinggan 19-1-2022 05:12 AM
Luxury brand, Hermes tu pun ambil dari one of Greek gods jgk
Quote elzy 24-1-2022 03:11 PM
Kalau ada penjelasan tentang maksud simbol luxury brands lebih menarik..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.054901 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top