CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Minta Buat Laporan Isu Kanak-kanak Tahan Kenderaan Di Jalan Raya

19-1-2022 05:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1337| Komen: 7

Description: Orang ramai diminta membuat laporan sekiranya mempunyai maklumat berhubung video tular seorang kanak-kanak yang meluru ke jalan raya dan menahan kenderaan dipercayai berlaku di Pasir Gudang, di sini, ...
Orang ramai diminta membuat laporan sekiranya mempunyai maklumat berhubung video tular seorang kanak-kanak yang meluru ke jalan raya dan menahan kenderaan dipercayai berlaku di Pasir Gudang, di sini, petang Isnin.


Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, video berdurasi 27 saat yang dirakam menggunakan kamera perakam video sebuah kenderaan itu, tular di laman Facebook sebuah portal berita pada Selasa.


Video berdurasi 27 saat yang dirakam menggunakan kamera perakam video sebuah kenderaan itu, tular di laman Facebook sebuah portal berita pada Selasa.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku semalam (Isnin) pada 5.46 petang di Jalan Bandar, Pasir Gudang berhampiran Taman Tasik Layang-Layang, di sini.


"Bagaimanapun, setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut dan berdasarkan video tersebut tiada sebarang kemalangan direkodkan,” katanya menerusi kenyataan di sini, pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

Video tersebut memaparkan seorang kanak-kanak yang kelihatan seperti kanak-kanak lelaki secara tiba-tiba meluru ke lorong kanan jalan lalu menahan kenderaan dan kemudiannya terus beredar. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 19-1-2022 07:26 AM
dalam hal ini, saya rasa harus dan halal mak bapaknya untuk dilibas dengan getah paip  
Quote hareeeesah 19-1-2022 07:36 AM
cari mak pak dia sampai jumpa.. jgn nak bagi alasan. Area tmn layang-layang tu dah la jln besar busy main road… cuai
Quote saviour_09 19-1-2022 07:39 AM
turun, libas, blah

tu je obat mujarab
Quote ninja boy 19-1-2022 08:06 AM
Minta dikidnap van putih jual mata ginjal kah
Quote KamikuP 19-1-2022 09:01 AM
Dia rasa dia spiderman
Quote ally9970 19-1-2022 09:12 AM
Polis!!! tolong, ada org nak kidnap saya....

Polis: sila buat laporan dulu...
Quote Solokkk 19-1-2022 09:49 AM
Adrif replied at 19-1-2022 07:26 AM
dalam hal ini, saya rasa harus dan halal mak bapaknya untuk dilibas dengan getah paip

Setuju…..libas sampai berbirat

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.049810 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top