CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenakan Hukuman Paling Berat Buat Semua Terlibat Kes Sijil Vaksinasi Palsu - MMA

19-1-2022 06:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 737| Komen: 1

Description: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes pengeluaran sijil vaksinasi COVID-19 palsu dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes pengeluaran sijil vaksinasi COVID-19 palsu dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.


Presiden MMA Dr Koh Kar Chai berkata, hukuman paling berat harus dikenakan kerana ia adalah kesalahan serius yang boleh membahayakan nyawa orang ramai.


Kredit foto: Bernama

"Agak mengejutkan apabila lebih 5,000 sijil vaksinasi dikeluarkan oleh klinik di Gombak kepada individu yang tidak diberikan suntikan vaksin COVID-19.

"Kami tidak membenarkan golongan ini mencalarkan nama baik dan reputasi profesion ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Dr Koh berkata MMA akan menyokong tindakan paling tegas dikenakan terhadap mana-mana pengamal perubatan yang didapati terlibat dalam tindakan jenayah dan tidak bertanggungjawab itu.

"Bagi pengamal berdaftar, lesen mereka boleh dibatalkan oleh Majlis Perubatan Malaysia. Unit Penguatkuasaan Kemudahan Swasta di Kementerian Kesihatan juga perlu mengambil langkah tegas lain seperti penutupan premis serta-merta dan mendakwa mereka yang terlibat di mahkamah," katanya.

Semalam, MMA menerima aduan daripada individu mengenai sijil vaksinasi palsu dan akan membuat laporan polis. Orang ramai boleh menyalurkan aduan mereka menerusi e-mel ke secretary@mma.org.my.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 19-1-2022 07:19 AM
Kj pun x cucuk pedehal...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.050061 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top