CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Ke Tak Nak? Ayu Damit Teruja UUM Tawar Sambung Belajar

19-1-2022 06:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2548| Komen: 13

Description: Penyanyi Ayu Damit teruja apabila ditawarkan untuk menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif.
Penyanyi Ayu Damit teruja apabila ditawarkan untuk menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif.


Bagaimanapun, Ayu atau nama lengkapnya Norayu Damit, 33, ketika dihubungi Kosmo! Online memaklumkan masih belum boleh memberi keputusan sama ada akan menerima tawaran tersebut memandangkan dia kini sedang mengikuti pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam program Asasi Seni Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak Ogos tahun lalu.


Kredit foto: IG Ayu Damit

“Saya menerima tawaran ini menerusi emel pada 5 Januari lalu, namun hanya menyedarinya semalam (Isnin). Sebenarnya saya masih fikir lagi sama ada mahu terima atau tidak tawaran dari UUM. Kalau ikutkan hati saya hendak terima sahaja.


“Tapi saya kena fikir juga soal masa kerana perlu menguruskan anak-anak, kerjaya nyanyian dan perniagaan,” katanya.

Ujar juara program realiti One In A Million musim pertama itu lagi, permohonan untuk melanjutkan pengajian di UUM telah lama dibuat sejak tahun lalu sebelum ditawar oleh Aswara untuk menyambung pengajian di sana.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Ayu dalam InstaStory miliknya, penyanyi lagu Hanya Di Mercu itu akan mengikuti pengajian di UUM secara jarak jauh (PJJ) di kampus cawangan Kuala Lumpur.

“Saya ada masa lebih kurang selama seminggu untuk membuat keputusan kerana tarikh pendaftaran akan dibuat pada 26 Januari nanti. Kelas untuk semester pertama pula akan bermula pada 29 Januari 2022 nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Ayu sebenarnya mengakui berasa gembira kerana diberi peluang untuk menyambung pengajiannya di UUM walaupun terpaksa memikirkan dahulu tawaran tersebut.



“Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk belajar. Kerjaya sebagai artis tidak menghalang seseorang itu untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Apa-apa pun saya berharap supaya apa yang saya rancang nanti akan berjalan dengan baik,” katanya.

Tahun lalu, Ayu berkongsi rasa teruja apabila ditawarkan untuk menyambung pengajian di Aswara dalam bidang berkaitan kariernya sebagai penyanyi kerana tidak mahu bergelar ‘penyanyi kosong’.

Ayu terfikir untuk menyambung pengajian walaupun selepas sekian lama bergelar penyanyi kerana merasakan dia perlu mempunyai ilmu dalam bidang muzik dan dapat menggunakan ilmu tersebut untuk menjadi seorang penyanyi yang baik. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 19-1-2022 06:31 AM
Edited by wirazam at 19-1-2022 06:33 AM

Better aswara..mmg dah start belajar asasi kat situ kan..
Quote Suchi 19-1-2022 07:09 AM
Oh UUM ni yg sama mcm tomok, fattah amin tu kan pastu sapa tah lagi.
Kalau amik dedua takleh ke tp pening gak nak buat semua kan.
Dlm industri kreatif ni rasa Aswara lebih ok kan walaupun UUM tu kedengaran mcm lebih gah.
Quote Zezo 19-1-2022 07:51 AM
UUM suka taja, tapi jarang dengar retis graduate. Hahahaah. Ada ke eh? Meh taja aku amik PHD. UKM registration fee pun x mahal macam UUM.
Quote damieniman88 19-1-2022 01:07 PM
takyah la.. nyanyi lagi best..
Quote enot_sibudak 19-1-2022 01:20 PM
Zezo replied at 19-1-2022 07:51 AM
UUM suka taja, tapi jarang dengar retis graduate. Hahahaah. Ada ke eh? Meh taja aku amik PHD. UKM re ...

ada.. tu si AF tu dh keja ngn UUM kot.. nama apa iols lupa.. dia bru hbs belajar PHD baru balik lps pkp 1
Quote hyie 19-1-2022 01:46 PM
enot_sibudak replied at 19-1-2022 01:20 PM
ada.. tu si AF tu dh keja ngn UUM kot.. nama apa iols lupa.. dia bru hbs belajar PHD baru balik lp ...

diddy hirdi ke uols? lupa heshe af berapa
Quote pinggan 19-1-2022 01:50 PM
Baguslah rajin nak sambung belajar.  
Quote bendera 19-1-2022 02:46 PM
Zezo replied at 18-1-2022 03:51 PM
UUM suka taja, tapi jarang dengar retis graduate. Hahahaah. Ada ke eh? Meh taja aku amik PHD. UKM re ...

ramai ja yang grad, Didie, apa nama ntah kumpulan firdaus tu, isteri adlin aman ramli tu, n ramai lagi.lagu uum pun tomok nyanyi. tapi aku tak tau la kenapa uum suka sangat ngan artis ni.dulu masa tahun 2010 VC  sebelum ni mmg suka artis, lepas dia x ada ganti VC lain, dia dah x mau artis dah..ni VC baru naik tahun ni  pula mmg protege VC 2010 tu dia panggil artis balik laa
Quote enot_sibudak 19-1-2022 03:00 PM
hyie replied at 19-1-2022 01:46 PM
diddy hirdi ke uols? lupa heshe af berapa

yeayyy.. btoi didi.. dia batch2 yg mula2 masuk geng2 retis tu.. buat phd dia bleh piiii.. smpai oversea plk tu... yg lain2 xbunyi tu mungkin sekerat jalan.. sbb artis ni kan suka show off.. hbs kuat mst ada pic pakai jubah konvo klu dh grad kan
Quote hyie 19-1-2022 03:24 PM
yang diorang join ni memang untuk intake bebudak industri, yang ala2 lepasan spm (atau setaraf) pastu nak lompat ke degree (fast strack?), dengan syarat ada pengalaman kerja dalam bidang industri kreatif atau berkaitan. Sebab tu ramai je artis join. Kampus dia kat KL je rasanya. So,m bagi meols relevan je sebab orang yang dah ada pengalaman dalam bidang dia pastu sambung belajar ke peringkat lebih tinggi, idea dia lebih jelas dan nyata, bukan bergantung pada informasi bertulis semata2.

iols nampak acik @kakprik sangat berdedikasi yach dan beri sumbangan kepada industri melalui penglibatan heshe kat uum kl tu.
Quote Zezo 19-1-2022 08:50 PM
enot_sibudak replied at 19-1-2022 03:00 PM
yeayyy.. btoi didi.. dia batch2 yg mula2 masuk geng2 retis tu.. buat phd dia bleh piiii.. smpai ov ...

Hahaha. Betul la tu, artis ni sure2 akan tayang selagi boleh. Selalu dengar ramai artis join UUM. Tp jarang dgr dorang hadiri majlis konvokesyen. Tu yg agak ragu2 tu. Hahahaha. But for ayu, rasanya dia akan berjaya. She's a fighter. She surely graduate.
Quote .HannahMontana. 19-1-2022 08:52 PM
hyie replied at 19-1-2022 03:24 PM
yang diorang join ni memang untuk intake bebudak industri, yang ala2 lepasan spm (atau setaraf) past ...

no

Fattah Amin mmg turun UUM sintok



Quote Nenasketum 19-1-2022 08:54 PM
Ini degree low class, diterbitkan oleh pencacai Najib & Rosmah yang mengagungkan retis/seleb sampah.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.220063 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top