CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tulang Belikat Pecah, Tulang Bahu Dan Rusuk Retak Azhan Rani Kemalangan

18-1-2022 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5275| Komen: 35

Description: Tulang belikat Azhan Rani pecah manakala tulang bahu dan rusuk retak akibat kemalangan motosikal di Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor, semalam.
Tulang belikat Azhan Rani pecah manakala tulang bahu dan rusuk retak akibat kemalangan motosikal di Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Difahamkan, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang pelakon itu berlanggar dengan sebuah lagi motosikal dan mengalami kecederaan teruk di beberapa anggota badan.


Kredit foto: IG Azhan/Twitter Beto

Rakan baik Azhan yang juga pelakon Beto Kusyairy ketika dihubungi berkata, ketika kejadian Azhan dalam perjalanan ke lokasi penggambaran. 

"Alhamdulillah Azhan kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. 


"Ketika kejadian Azhan terlebih dahulu dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta. Ketika dirawat dia diberikan  ubat tahan sakit pada dos yang tinggi kerana menahan kesakitan.

"Setakat ini, apa yang saya dimaklumkan melalui ujian imbasan X-ray yang dijalankan, Azhan mengalami beberapa kecederaan di anggota badan seperti tulang belikat pecah, tulang bahu dan rusuk retak. Kesemua kecederaan yang dialami adalah di bahagian kiri badannya," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Beto, Azhan juga masih menunggu laporan daripada ujian imbasan tomografi berkomputer atau CT Scan untuk mengenal pasti kecederaan lain yang mungkin berlaku terhadapnya. 



"Setakat ini saya hanya mampu bercakap melalui telefon saja dengannya kerana pelawat belum boleh dibenarkan masuk kerana Azhan kini masih dalam bilik kuarantin. 

"Saya diberitahu Azhan masih menunggu laporan ujian CT Scan yang dijalankan untuk mengetahui kecederaan yang dialami dengan lebih teliti. Harap-harap tiada kecederaan yang teruk berlaku kepadanya. 

"Kepada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, Azhan mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan dan mesej untuk sementara waktu ini. Namun dia tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya," katanya. 


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 3chanceno 18-1-2022 03:55 PM
Get well soon..semuga urusan dipermudahkan
Quote Thunderclouds 18-1-2022 04:16 PM
Takziah. GWS.
Quote hareeeesah 18-1-2022 04:39 PM
Allah…Cmna la sakit belikat pecah tu ek, kalau terseliuh tertindih urat pun perit.. gws ustat
Quote Drmu 18-1-2022 04:45 PM
Semoga cepat sembuh amiin yaAllah
Quote nakkomenjugak 18-1-2022 04:55 PM
Al Fatihah...


#janganlahariolmacamdibaaa
Quote Gianna111 18-1-2022 05:04 PM
kifarah setad midi buat jahat...joke..

semoga cepat sembuh...
Quote dexa 18-1-2022 06:37 PM
saya doakan semoga segala urusan Azhan Rani  dipermudahkan Allah dan beliau akan semboh soonest -- Aameen -
Quote Kancilkering 18-1-2022 07:00 PM
on the way to work….harap ada socso….
moga bersabar….
sure badan sore gle…..
Quote Yunbin 18-1-2022 10:21 PM
Takziah…semoga cepat sembuh ye
Quote cap_ayam 18-1-2022 10:45 PM
Semoga cepat sembuh Azhan Rani.
Quote Solokkk 18-1-2022 10:51 PM
Semoga cepat sembuh, semoga dipermudahkan segala urusan.
Quote dudaberhias 18-1-2022 10:53 PM

innalillah agittewww semoga cepat sembuh yach  supaya heolss boleh post gambar ketiak...
Quote Jemahjemah 18-1-2022 10:56 PM
Allah. Sakit tuuu
Quote awenda507 19-1-2022 12:10 AM
Moga cpt sihat
Quote de_ikea 19-1-2022 12:17 AM
Semoga cepat sembuh.
Quote Carlos7 19-1-2022 04:31 AM
Nasib penunggang motorsikal seorang lagi tu macam mana,? Dia utk dia je sorang [em:24:]
Quote pinggan 19-1-2022 04:49 AM
Moga cepat sembuh. Lain kali hati2 lagi ok
Quote nuralisa 19-1-2022 09:02 AM
sakit tu ...
Quote ohara 19-1-2022 09:23 AM
Get well soon Azhan. Suka tengok dia layan ibunya

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051291 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top