CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Selalu Panjat Menara Pencawang Elektrik Bila Tertekan

18-1-2022 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1106| Komen: 3

Description: Seorang wanita di Kecamatan Tenayan Raya, wilayah Riau menimbulkan kekecohan apabila bertindak memanjat sebuah menara pencawang elektrik, lapor portal berita Suara.com, semalam.
Seorang wanita di Kecamatan Tenayan Raya, wilayah Riau menimbulkan kekecohan apabila bertindak memanjat sebuah menara pencawang elektrik, lapor portal berita Suara.com, semalam.


Wanita dikenali sebagai Yulidar,45, itu dikatakan mengalami tekanan perasaan dan sudah tiga kali memanjat menara pencawang setinggi 40 meter itu.

Ketua Polis Tenayan Raya, Komisioner Manapar Situmeang melawat lokasi kejadian dan mengetuai operasi menyelamatkan Yulidar dengan bantuan pasukan Bomba dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS).


Kredit foto: Antara

“Pihak BASARNAS menggunakan kata-kata pujukan seperti ‘sayang’ untuk memujuk mangsa turun tanpa sebarang paksaan.


“Menurut penduduk kampung, wanita itu kerap melakukan aksi seperti itu jika mengalami tekanan perasaan. Mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” kata Manapar.

Sementara itu, Ketua Mukim Kulim, Rahmad Handayani meminta pihak pengurusan pencawang segera membuat kawalan keselamatan di sekitar kawasan itu.

“Lebih baik pasang alat keselamatan kerana ini kawasan perumahan. Jangan dibiarkan terbuka tanpa sebarang jaringan keselamatan.

“Guna kawat berduri atau apa sahaja, yang penting selamat untuk orang sekeliling. Harap-harap tiada lagi kejadian seperti ini,” jelas Rahmad.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 18-1-2022 04:19 PM
Ye ke?  Aku tak pon.
Quote sharlenetexas 18-1-2022 04:36 PM
Dah banyak kali panjat takut terjun kat situ.

Quote CiliPadiSedap 19-1-2022 11:33 AM
mbak friska tertekan isteri pertama dapat honeymoon kat paris ke?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.044738 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top