CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tuduh Rain Kedekut Dengan Artis Junior, Youtuber Bakal Disaman

18-1-2022 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1627| Komen: 0

Description: Penyanyi dan pelakon terkenal Korea, Rain bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang YouTuber yang menyebarkan berita palsu mengenai dirinya.
Penyanyi dan pelakon terkenal Korea, Rain bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang YouTuber yang menyebarkan berita palsu mengenai dirinya.

Menurut kenyataan agensinya, Sublime Artist Agency (SAA) tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak yang memfitnah atau menjejaskan reputasi artis naugan mereka.


Kredit foto: IG Rain

“Kami menyedari kewujudan video yang disebarkan secara melulu tentang artis kami, Rain, dengan berdasarkan maklumat palsu sepenuhnya.

“Kami juga telah menyemak jumlah siaran dan ulasan yang menyebarkan maklumat palsu, memfitnah artis kami, menyerangnya secara peribadi, mengkritiknya dengan niat jahat dan juga menyebarkan khabar angin yang tidak disahkan.


“Terdapat YouTuber yang mereka-reka berita palsu untuk mendapatkan tontonan dan mereka yang melakukan perkara itu berniat untuk menyebarkannya dengan lebih jauh.

“Kami akan mengambil semua tindakan undang-undang terhadap tingkah laku yang berkemungkinan boleh membahayakan artis kami.

“Tidak akan ada kelonggaran atau kerjasama kerana kami akan meneruskan liabiliti sivil dan jenayah dalam kes ini,” jelasnya tegas dipetik dari Soompi.


Kredit foto: IG Rain

Terdahulu, seorang YouTuber yang juga merupakan bekas wartawan hiburan mendakwa Rain terkenal dengan reputasinya yang kedekut dan tidak begitu pemurah untuk berkongsi dengan artis junior.


Sumber: GEMPAK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.156115 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top