CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Nyahkuman Semua Bungkusan, Surat Diterima Dari Negara Luar

18-1-2022 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1130| Komen: 8

Description: Perkhidmatan pos di China mengarahkan pekerjanya untuk melakukan proses nyahkuman kepada semua bungkusan dan kiriman yang diterima dari luar negara.
Perkhidmatan pos di China mengarahkan pekerjanya untuk melakukan proses nyahkuman kepada semua bungkusan dan kiriman yang diterima dari luar negara.

Arahan itu dibuat bagi mengekang penularan Covid-19 yang mungkin dibawa masuk bersama bungkusan dan kiriman dari luar negara.

China negara pertama yang mengesan Covid-19 itu pada hujung 2019 mengenakan polisi ketat dengan menyasarkan sifar kes walaupun negara lain sudah membuka semula sempadan.



Negara itu kini berdepan beberapa penularan baharu termasuk di Beijing yang dalam persiapan menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk.


Beberapa hari lalu, pegawai China mencadangkan ada individu yang mungkin dijangkiti daripada kiriman dari luar negara, termasuk seorang wanita di Beijing.

Pihak berkuasa berkata, wanita itu tidak mempunyai hubungan dengan orang lain yang dijangkiti tetapi diuji positif untuk varian yang sama seperti yang ditemui di Amerika Utara.

China Post pada Isnin melaporkan kenyataan arahan kepada pekerja untuk melakukan nyah kuman untuk semua kiriman dan barangan antarabangsa secepat mungkin.

Pekerja yang mengendalikan kiriman dan baramgan antarabangsa juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 18-1-2022 05:01 PM
f9e68cf0-491a-11ec-88c2-0bacf4eabd5b_image_hires_194725.jpg
Quote missyL 18-1-2022 08:22 PM
Hahaha. Irony. Die yg mula die yg tkut
Quote Belibis 18-1-2022 08:32 PM
Opera china memang tidak mengecewakan.
Quote musangbodoh 18-1-2022 10:55 PM
eh ader plak brg2 yg diimport ye...ingatkan 99% brg dunie buat kt sana(aq hentam je)
Quote BartholomewKuma 18-1-2022 11:11 PM
Dalam dok nyah kuman pa bala suma ni pun sat gi ada juga hat lekat sekoq dua kuman tu. Tau tau ada keih positip
Quote matbad 19-1-2022 02:13 AM
missyL: Hahaha. Irony. Die yg mula die ...

hahaha sungguh. pdahal punca menatang ni dri depa oii
Quote Cintakapuri 19-1-2022 03:49 AM
Lol...kn menatang ni asalnya kat situ gk? Anggap je macam balik kampung
Quote darkness 19-1-2022 03:50 AM
Oklah tu..ada usaha

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.053784 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top