CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Hero’ Thaipusam Bantu Perempuan Melayu Bersalin Depan Kuil Batu Caves

18-1-2022 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2469| Komen: 17

Description: Ini buktinya rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu dan tolong-menolong tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.
Ini buktinya rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu dan tolong-menolong tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

Itu antara reaksi pengguna laman sosial apabila melihat satu hantaran di Facebook yang memaparkan seorang wanita bersalin di dalam sebuah kenderaan berdekatan sebuah kuil di Batu Caves pagi tadi.


Kredit foto: FB

Menariknya, kejadian itu berlaku ketika penganut agama Hindu sedang meraikan sambutan Hari Thaipusam yang jatuh pada hari ini.

Menerusi hantaran yang dikongsi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai LK Savantharaja, ketika kejadian dia ke kuil berkenaan untuk sembahyang.



Loading FB Post...

“Ternampak sorang wanita jerit minta tolong di luar kuil. Terus saya berlari sebelum nampak seorang ibu bangsa Melayu nak bersalin dalam kereta.

“Saya dan beberapa pengunjung lain terus tutup tingkap kereta dengan kain (vesthi). Masa baby selamat dilahirkan, saya bagitau ‘Kakak you and your baby are blessed, rasa gembira dia selamat lahirkan bayi perempuan,” tulis lelaki tersebut.

Menurut lelaki yang juga seorang wartawan sebuah akhbar Tamil itu lagi, pasukan perubatan bersama sebuah ambulan tiba selepas bayi itu selamat dilahirkan.


Kredit foto: FB

“Sebelum mereka pergi hospital, saya sempat selfie dengan bapa kepada bayi itu untuk kenangan,” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji tindakan pemuda itu serta orang ramai yang berada di kawasan kejadian kerana telah membantu keluarga tersebut.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 18-1-2022 04:11 PM
Blessed oi.. Jgn kenan bkn bkn dah la mintak jauh baby kecik lg. Ngape la x keluar dr area tu awal dh tau harini ada event dorg tu..
Quote tumpanglalu74 18-1-2022 04:41 PM
images_4_1_1_1.jpg
Quote mbhcsf 18-1-2022 04:47 PM
wah sweet news....hehe
Quote kitmal 18-1-2022 04:52 PM
anggaplah sebagai rakyat malaysia tolong menolong...nanti ada keluar yang bukan bukan pulak
Quote Adrif 18-1-2022 08:58 PM
ohhh baby ni akan dengar mak bapak dia repeat cerita yang sama sampai bila2  

"Masa anak aku ni lahir, depan Batu Caves tau! Raya Thaipusam, haaaa kau ader Timah, Senah oiii~"
Quote awanearisu 18-1-2022 09:10 PM
Perbuatan baik wajar dipuji.
Quote Decaffeinated 18-1-2022 09:29 PM
hareeeesah replied at 18-1-2022 04:11 PM
Blessed oi.. Jgn kenan bkn bkn dah la mintak jauh baby kecik lg. Ngape la x keluar dr area tu awal d ...

Dalam keadaan macam tu orang tak ada masa nak risau pasal khurafat mak nenek semua tu. Childbirth ni is about sustaining two lives. Dah selamat ibu dan bayi tu syukur je lah.


Quote syaz_lina 18-1-2022 09:48 PM
Jalan tutup pun sebab korang jgk kann. org lain pun raya jgk takde sampai habis tutup jln.
Quote ChildrenOfBodom 18-1-2022 10:10 PM
Nak tengok apa komen lobai2 celaka terhadap isu ni.
Quote edayildiz 18-1-2022 10:15 PM
ok la kan selamat...
my boss xcuti pun arini wpn thaipussam..pelikkk lahh...deepavali xsmbt..krismas xsmbt...tgu cny nntinsambut tak..
tpkan dlm bilik heols ada patung..i xsure la patung apa tp muka mcm patung budha yg i selalu tgk kt area umah..last week i balik lmbt sorg2..bnyi mcm2 dr bilik heols..rasa ada hantu la dlm patung tuuu..serammm
Quote musangbodoh 18-1-2022 11:11 PM
edayildiz replied at 18-1-2022 10:15 PM
ok la kan selamat...
my boss xcuti pun arini wpn thaipussam..pelikkk lahh...deepavali xsmbt..krismas ...

ader lh tu dh bende org puja bro...

btw...blk lmbt tu pkol bape? 5.30pm ke
Quote edayildiz 19-1-2022 07:47 AM
musangbodoh replied at 18-1-2022 11:11 PM
ader lh tu dh bende org puja bro...

btw...blk lmbt tu pkol bape? 5.30pm ke

1.30 pm
hari sabtu..lambert 30 minit jer pun..
tp xsangka gak boss i ada patung bagai gitu..heols tu bkn india kg.com..modern jer..tp xpnh plak tgk heols p sembaj dpn tu..tp setiap khamis ada la staff india yg bahagian hntr bunga pasang situ
Quote sweetpea911 19-1-2022 07:54 AM
hareeeesah replied at 18-1-2022 03:11 PM
Blessed oi.. Jgn kenan bkn bkn dah la mintak jauh baby kecik lg. Ngape la x keluar dr area tu awal d ...

Jalan area situ semua tutup dari 16/1 lagi.. tak sure mcm mana dia boleh sampai situ.. mungkin sangkut sebab jem lama kot..
Quote naina 19-1-2022 07:58 AM
Lorr..kenapa lalu situ bang dah tau ada tahipusam. Nasib selamat. Tapi aku pun tak nak bersalin dalam kereta. Choiii minta jauh lahh
Quote bangcak 19-1-2022 04:59 PM
ingatkan "hero" taipusam tu penjenayah 1mdb.
long tiger si pemuda umngok tu da berjaya ditangkap.
penjenayah 2.6 beliyon tu bila lagi ??
Quote pyropura 19-1-2022 05:15 PM
Haram kelahiran tu weiii, itu kan kapir kicap Ltte macai Waitamurti penganut rumah setan. Depa bang versi koliang kat telinga bayi tu secara berbisik oiii...
Quote kelapaparut 19-1-2022 05:15 PM
leh letak name seri thaipusam binti name ayahnye..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.532609 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top