CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Boleh Ketawa, Minum Alkohol Dan Sembang Di Majlis Perkahwinan

19-1-2022 06:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1029| Komen: 0

Description: Pihak berkuasa wilayah Rostov di selatan Rusia apabila menguatkuasakan larangan ketawa riang ria terhadap sesiapa yang menghadiri majlis perkahwinan ketawa.
Pihak berkuasa wilayah Rostov di selatan Rusia apabila menguatkuasakan larangan ketawa riang ria terhadap sesiapa yang menghadiri majlis perkahwinan ketawa.


The Moscow Times melaporkan, larangan terbaharu yang berkuat kuasa kelmarin juga melarang tetamu meminum minuman keras atau alkohol.


Kredit foto: Moskva News Agency

Ia menetapkan bahawa upacara perkahwinan sivil harus diadakan di dewan istiadat pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 40 minit dengan diletakkan bendera dan jata negara.

Perbualan yang kuat turut dilarang di samping ketawa selain tidak dibenarkan memakai kasut dan pakaian yang kotor atau membawa beg besar dan beg galas.


“Ya, perkahwinan adalah peristiwa yang menggembirakan, tetapi anda tidak boleh berlebih-lebihan. Dibenarkan untuk tersenyum, tetapi tidak ada perkara lucu dalam majlis itu – ini adalah majlis yang serius,” kata Olga Isaenko, yang mengetuai pejabat pendaftaran wilayah Rostov, memberitahu tabloid Komsomolskaya Pravda.

Bagaimanapun, sesi fotografi dan muzik iringan semasa majlis perkahwinan adalah dibenarkan.

Isaenko berkata, tiada hukuman rasmi dikenakan kerana melanggar perintah itu, tetapi kes ekstrem seperti mengganggu majlis semasa mabuk boleh mengakibatkan seseorang itu didakwa.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.058789 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top