CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Alhamdulillah, Saya Dah Sihat" - Zizi Kirana Rehat 2 Bulan Masuk Hospital

5-1-2022 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1660| Komen: 4

Description: "Alhamdulillah, saya dah sihat. Sekarang sudah mula kerja semula," kata penyanyi Zizi Kirana yang sebelum ini berkongsi terpaksa berehat selama dua bulan selepas dimasukkan hospital pada Oktober tahun ...
"Alhamdulillah, saya dah sihat. Sekarang sudah mula kerja semula," kata penyanyi Zizi Kirana yang sebelum ini berkongsi terpaksa berehat selama dua bulan selepas dimasukkan hospital pada Oktober tahun lalu.


Zizi, 37, berkata, sepanjang Januari ini dia bakal terbabit dalam beberapa program televisyen selain menyiapkan single terbaharunya.


Kredit foto: IG Zizi Kirana

Menurut Zizi, dia memanfaatkan tempoh dua bulan itu dengan berehat dan meluangkan masa bersama suami tercinta juga pelakon Yusuf Bahrin serta keluarga.

"Alhamdulillah, saya sudah boleh kerja. Sudah mula sedikit demi sedikit. Selain sekarang dalam proses habiskan rakaman single baru, saya juga menjalani penggambaran beberapa program. Cukup sudah dua bulan berehat lepas keluar hospital tempoh hari," katanya kepada Harian Metro.


Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya sehingga dia dimasukkan hospital, Zizi juga penyanyi lagu Eh! berkata, dia mengalami kekurangan darah dan badan lemah kerana terlalu penat bekerja.

"Sebenarnya saya dua kali masuk hospital. Cuma yang kali kedua tu agak sakit sikit. Pada awalnya saya pengsan di rumah sebelum dikejarkan ke hospital sehingga perlu dimasukkan dua pek darah. Selepas lima hari baru boleh dibenarkan keluar hospital.


Kredit foto: IG Zizi Kirana

"Insya-Allah, untuk kali ini saya cuba untuk urus masa dan kerja dengan lebih baik. Pengurus pun sudah cakap ambil tawaran kerja yang tidak memerlukan komitmen tinggi atau dalam masa yang panjang di lokasi seperti berlakon. Kalau persembahan nyanyian tidak ada masalah," katanya.

Mengenai cahaya mata, Zizi yang berkahwin pada 19 September tahun lalu menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah SWT.

"Kami tak pernah merancang pun. Kalau ada rezeki, kami sangat gembira. Tapi, kami pun tetap berusaha," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingeritters 5-1-2022 11:05 AM
[youtube]loDu2sieTR4[/youtube]

Sepemeluk....
Quote manehnya 5-1-2022 11:07 AM
eleh... tah ke sbb alahan, pastu dh kembong baru nmpak
Quote ctkusiam 5-1-2022 02:03 PM
Mengandung ke?
Quote Orix 5-1-2022 02:16 PM
nk standby kalkulator ke cane? harapnya formula tak rumit lah smpi kena guna Casio

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.201404 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top