CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tak Pernah Anggap Diri Seorang Pemain Bintang" - Safawi Rasid

11-12-2021 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2124| Komen: 15

Description: "Saya tidak pernah menganggap diri saya adalah seorang pemain bintang."
Pemain sayap skuad kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid merendah diri menegaskan tidak pernah menganggap dirinya seorang pemain bintang selepas menjaringkan hatrik untuk membantu Malaysia membenam Laos 4-0 sekali gus meraih kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020.



Kredit foto: IG Safawi Rasid

Tiga gol dijaringkan Muhammad Safawi di Stadium Bishan, Singapura itu membolehkan beliau kini mendahului senarai penjaring terbanyak kempen kejuaraan dengan mengumpul empat gol.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 24 tahun itu mendedikasikan kejayaannya meledak hatrik kepada barisan kejurulatihan serta rakan sepasukan dan enggan mendabik dada dengan pencapaian itu meskipun ia boleh dianggap sebagai aksi terbaiknya dalam tempoh kebelakangan ini.


Kredit foto: IG Safawi Rasid

“Saya sebelum ini tak pernah saja-saja cakap kepada orang termasuk media bahawa saya seorang bintang handalan. Dengan (sokongan) jurulatih dan rakan-rakan buatkan saya kembali. Terima kasih kepada Allah izinkan saya kembali ke prestasi sebenar.

“Tapi saya juga tahu saya kena terus tingkatkan tahap permainan saya untuk bantu pasukan dan kami akan cuba berikan yang terbaik pada perlawanan akan datang,” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Laos hari ini.


Kredit foto: IG Safawi Rasid

Pada aksi yang berlangsung petang tadi, Muhammad Safawi meledak dua gol pertama Malaysia pada minit ketujuh dan ke-34 untuk memberikan permulaan sempurna buat skuad bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe.

Muhammad Safawi melengkapkan jaringan hatrik pada minit ke-80 iaitu gol keempat skuad Harimau Malaya, dua minit selepas pemain pertahanan Mohd Shahrul Saad menjaringkan gol ketiga negara.

Malaysia akan menentang Vietnam pada Ahad sebelum menutup saingan Kumpulan B menentang musuh tradisi Indonesia pada 19 Disember ini. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 11-12-2021 07:08 PM
Walaupun aku x suka JDT dan TMJ tp xleh nk nafi Pawi adalah the best footballer yg kita ada skang ni.... Satu2nya player lokal yg aku rate setanding dgn player Import dlm liga M, next in line adalah Akhyar Rasid then Ariff Aiman
Quote kemaruk 11-12-2021 09:57 PM
sian pemain binatang
Quote Cik_jantung 12-12-2021 07:24 AM
Edited by Cik_jantung at 18-1-2022 08:03 AM

...........
Quote axl_bach 12-12-2021 08:50 AM
Cik_jantung replied at 12-12-2021 07:24 AM
Beringatla dik pawi... Sementara terkenal Dan masih gagah ni buatla harta bebanyak yer.. player ni t ...

Ada jer,  Chopot,  Bad,  semua tu kaya berkepok tu...
Quote Decaffeinated 12-12-2021 10:54 AM
Yo la... gaji pun biashe2 ja kan

Quote Artemesiaa 12-12-2021 11:02 AM
Cik_jantung replied at 12-12-2021 07:24 AM
Beringatla dik pawi... Sementara terkenal Dan masih gagah ni buatla harta bebanyak yer.. player ni t ...

Benar tu elok dia beringat dari sekarang untuk masa tuanya nanti
Quote ezacbee 12-12-2021 11:09 AM
Jangan kawen retis
Quote cm_matjawasp 12-12-2021 11:13 AM
Tunggu game malam ni..kalau teruk siap la kena kutuk..faham faham la penyokong bola Malaysia
Quote sicvitaest 12-12-2021 11:20 AM
axl_bach replied at 11-12-2021 07:08 PM
Walaupun aku x suka JDT dan TMJ tp xleh nk nafi Pawi adalah the best footballer yg kita ada skang ni ...

Akhyar tak kut ada attitute problem. Prestasi pun naik turun because of less minutes of playing at JDT. Masuk Mesia team pun pasal Tan Cheng Hoe mmg sayang dia dari kat Kedah lagi and the man ressponsible who promoted him from piala presiden. I supporter Kedah
Quote axl_bach 12-12-2021 11:41 AM
sicvitaest replied at 12-12-2021 11:20 AM
Akhyar tak kut ada attitute problem. Prestasi pun naik turun because of less minutes of playing at ...

Minit permainan mmg Akhyar kurang tp kualiti dua tetap maintain pada aku.... X byk player yg minit lagi tinggi yg kualiti lebih dari dia,  maybe ada lah sorg dua yg aku rasa sama mcm dia iaitu Faisal Halim dan Faiz Nasir
Quote axl_bach 12-12-2021 11:42 AM
sicvitaest replied at 12-12-2021 11:20 AM
Akhyar tak kut ada attitute problem. Prestasi pun naik turun because of less minutes of playing at ...

Btw aku pun Kedahan
Quote Simunggu 13-12-2021 09:09 AM
dengan Laos & kamboja bolehlah aksin

vietnam terus kena tapau 3-0....hahahaha
Quote Firenzza 13-12-2021 09:17 AM
Bintang waklu....negara lain belasah laos kaw2 xde kecoh mcm ko....

Kena titik dgn vietnam terus acah2 injured....nasib baik penganjur spore x bagi vietnam mkn babi, klau dpt melantak babi, 9 gol mau lobossss
Quote Firenzza 13-12-2021 09:20 AM
axl_bach replied at 12-12-2021 08:50 AM
Ada jer,  Chopot,  Bad,  semua tu kaya berkepok tu...

Piala AFF ni utk level bbnu,  yg msia pi hntr veteran mcm badrul muhayat dh knp? Kuda pencen x sama tenaga kuda liar
Quote axl_bach 13-12-2021 09:29 AM
Firenzza replied at 13-12-2021 09:20 AM
Piala AFF ni utk level bbnu,  yg msia pi hntr veteran mcm badrul muhayat dh knp? Kuda pencen x sam ...

SApa yg cakap AFF Suzuki nih level BBNU sistah oiiii, AFF SUzuki nih level tertinggi bolasepak Asean....level BBNU tu SEA GAME lah

Even Thailand pun bawa team terkuat dorg termasuk Teerasil Dangda yg sebaya Badd, dan 2 bintang dorg yg main J-League iaitu Chanathip dan Teerathon.....

TMJ jer yg acah2 AFF Suzuki Cup nih piala x bernilai sbb konon team JDT acah2 Asia, padahal bleh bersaing di ACL pun sbb skuad penuh non-malay/non-malaysian jer...

Kena akui lah Vietnam tu dah level Asia, ranking pun bawah 100 FIFA dan satu2nya team Asean yg bersaing di pusingan akhir kelayakan WC....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.310723 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top