CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jangan Rai, Normalisasikan Perceraian' - Timbalan Mufti Perak

11-12-2021 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4390| Komen: 29

Description: Penceraian dalam perkahwinan adalah satu perbuatan yang tidak perlu diraikan dengan kegembiraan, apatah lagi gurauan, kata Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.
Penceraian dalam perkahwinan adalah satu perbuatan yang tidak perlu diraikan dengan kegembiraan, apatah lagi gurauan, kata Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.


Beliau berkata, sekiranya perkara itu dijadikan bahan gurauan dan dipertontonkan pula kepada umum, ia memberi gambaran seperti menormalisasikan penceraian.

Menurutnya, walaupun penceraian tidak dilarang dalam Islam dan dibolehkan untuk situasi tertentu, namun ia adalah satu perbuatan yang tidak disukai ALLAH.



Kredit foto: therakyatpost

"Ia adalah perbuatan yang tidak perlu diraikan dengan kegembiraan yang dipamerkan kepada orang lain.


"Jika dijadikan bahan gurauan, seperti menormalisasikan penceraian, walhal ia berlawanan dengan maqasid syariah dalam perkahwinan itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Pada Khamis, tular satu video di media sosial memaparkan pasangan suami isteri berjoget di hadapan pejabat agama selepas disahkan bercerai.

Video berdurasi 14 saat itu memaparkan seorang wanita menari bersama bekas suami di hadapan Kompleks Pentadbiran Agama Islam, Teluk Intan sebaik bergelar janda.

Tindakan kedua-dua individu terbabit bagaimanapun mengundang rasa kurang senang orang ramai yang menganggap ia satu tindakan tidak beradab serta memalukan diri.



Sementara itu, Zamri berkata, Islam memandang tinggi institusi kekeluargaan sebagai komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat, seterusnya negara.

Justeru, katanya, perceraian harus dianggap sebagai jalan dan langkah terakhir diambil pasangan suami isteri untuk menyelesaikan masalah rumah tangga dihadapi.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keane.somewhere 11-12-2021 02:53 PM
Apa la merepek ustaz ni
Quote makadek 11-12-2021 02:55 PM
Sat gi adalah buat lg

Penceraian ni wlpn kita gembira terlepas dr perkawinan

Tp dlm masa bahagia sikit sebanyak pasti pernah gembira dn pernah syg.

Amenda la nk beria rai...
Quote angelofish 11-12-2021 03:09 PM
orang agama jandakan bini demi kawen janda .awak tak nak komen?
Quote Normabaru 11-12-2021 03:43 PM
two wrongs don't make anything right...

Btw org non muslim pon xbjoget lps submit paper utk divorce..

Ni siap btudung baju kurung.. Yg laki dh akil baligh pernah jadi suami.. Turun pangkat jadi J dan D semua bjoget mcm monyet

lu pikir la sendiri otak melayu bbnu skrg layak mengundi ke x#eh
Quote mbhcsf 11-12-2021 04:13 PM
i bukan ape , tak tahu konteks as to why they seemed so happy so , biarlah .

cuma i teringat satu frasa yg digunakan oleh Paltrow and Coldplay tu - CONSCIOUS UNCOUPLING dan saya lihat fras ani digunakan juga dalam satu artikel  about a couple di Malaysia bebaru ni , sepintas lalu ternampak frasa :  berpisah secara sedar ...wah...
Quote missyL 11-12-2021 04:17 PM
Hahahaha
Happy btol dah cerai.
Ok la dua2 happy kan
Tgok dr gaya mcm dua2 pn toxic hahahaha
Quote putericahaya999 11-12-2021 04:22 PM
Byk lg nk kena komen ust mufti

Biarla dia nk joget pun tiktok dia kan
Quote downiey 11-12-2021 06:33 PM
die bercerai ke or nk kawen
Quote Adrif 11-12-2021 07:55 PM
automatik membuka peluang untuk mengundang fitnah orang ramai

lepas ni jangan melenting la kalau orang pandang buruk
Quote FOTHER-MUCKER 11-12-2021 08:01 PM
Mengarutlah jikalau tidak boleh diraikan dengan kegembiraan setelah sesatu pihak hidup dalam tekanan.

Ini tak boleh itu tak boleh. Mengarut!
Quote CikYaYaYa 11-12-2021 09:36 PM
Pelek2 betoi skrg nie. Dolu2 org malu if bercerai sekarang nie siap bjoget lagik. Entahlaaa apa2 jelaa dikk. Jgn lepas bcerai ko kacau rumah tangga org lain sudahh laa dikkk
Quote edayildiz 11-12-2021 09:43 PM
pelikk bethol..tp mmmg ramai la janda janda kt opis..umo muda dr i pun ada..dh jd janda..
Quote Orix 12-12-2021 01:30 AM
Dedua pelik. Yg buat tiktok pelik mufti pun pelik. Apa2 jela asalkan x menyusahkan org. Byak lg benda boleh tegur dr hal remeh temeh ni…
Quote kotakominami 12-12-2021 11:22 AM
Demi kontent
Quote edee_91 12-12-2021 11:27 AM
Normabaru replied at 11-12-2021 03:43 PM
two wrongs don't make anything right...

Btw org non muslim pon xbjoget lps submit paper utk divorc ...

masalahnya yang tua kerepot pun aku perhati mengundi ikut emosi tanpa fakta. pokoknya tua muda sama2 bahalol.
Quote edee_91 12-12-2021 11:29 AM
FOTHER-MUCKER replied at 11-12-2021 08:01 PM
Mengarutlah jikalau tidak boleh diraikan dengan kegembiraan setelah sesatu pihak hidup dalam tekanan ...

apa je yang tak mengarut dengan undang2 kuno??? letak nama menu root beer pun dah tak lepas sijil halal.
Quote abangbikerz 12-12-2021 11:49 AM
sibuk je die nak komen. bab covid ke rasuah ke mufti belah perak diam je. bab hukum cukur bulu dan seangkatan laju je
Quote Decaffeinated 12-12-2021 11:58 AM
kalau berjoget lepas dapat kawin lagi satu tu normalisasi tak encik mufti?

Quote Herlina 12-12-2021 12:02 PM
Dah timb mufti kata gitu...tak jadi la potong kek aniberseri hari ni

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.192339 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top