CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Solat Jumaat Di Masjid, Warga Emas Maut Ditikam

10-12-2021 10:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2638| Komen: 16

Description: Seorang lelaki warga emas yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid, maut apabila dipercayai ditikam dua lelaki berhampiran pintu pagar kediamannya.
Seorang lelaki warga emas yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid, maut apabila dipercayai ditikam dua lelaki berhampiran pintu pagar kediamannya.


Dalam kejadian jam 12.38 tengah hari tadi, mangsa, berusia 69 tahun ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan rumahnya di Kampung Idaman di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kedua-dua suspek yang menikam mangsa berumur 33 tahun bagaimanapun berjaya diberkas di dua lokasi berasingan sekitar Klang dan Shah Alam.


FOTO Ihsan pembaca

"Susulan penangkapan kedua-dua suspek itu, kes bunuh berkenaan berjaya diselesaikan hanya dalam masa kira-kira empat jam.

"Siasatan mendapati, suspek utama dalam kes ini mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan satu rekod jenayah dan dua rekod dadah.

"Senjata yang digunakan suspek untuk menikam si mati juga berjaya ditemui," katanya tadi.

Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berhubung kejadian tikam membabitkan mangsa warga emas terbabit.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang berada di lokasi kejadian.

"Berdasarkan maklumat awal, mangsa secara tiba-tiba ditikam seorang lelaki yang berlari dan meluru ke arah mangsa menyebabkan mangsa rebah

"Siasatan juga mendapati suspek mengenali mangsa terbabit. Siasatan diteruskan untuk mengenalpasti motif kejadian," katanya.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap kedua-dua tangkapan akan dilakukan di Mahkamah Klang esok.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki warga emas tidak sempat ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat apabila ditikam lelaki dikenali secara tiba-tiba.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 10-12-2021 10:47 PM
nak betulkan di sini yg terlibat hanya sorg suspek bkn 2 org. yg sorg lg tu naik motor lalu je tb2 suspek lompat naik atas motor dia acu pisau suruh jalan.
Quote hareeeesah 10-12-2021 11:05 PM
Cepat juga polis settle kes, dapat tangkap suspek.. ni tak kes high mesti kes dendam la kot
Quote Littlerara 11-12-2021 12:18 AM
Manusia zaman sekarang tinggal kat rumah pun rasa tak selamat
Quote Jitu 11-12-2021 12:33 AM
takziah

Quote makneng 11-12-2021 08:20 AM
Innalillahiwainnailaihiraji'un
Quote imanjannah 11-12-2021 08:22 AM
innalillahwainnalillahirojiun.. salam takziah
Quote keane.somewhere 11-12-2021 08:22 AM
Terkejut tengok dlm YouTube semalam....actually pembunuh cari anak pakcik ni kan...tapi tak jumpa.

Yang membunuh pun alahai muda lagi
Quote Kuasaberganda 11-12-2021 08:37 AM
keane.somewhere: Terkejut tengok dlm YouTube se ...
share link
Quote Cik_jantung 11-12-2021 08:48 AM
Edited by Cik_jantung at 18-1-2022 08:18 AM

Innalillah. Alfatihah.
Quote tikusmontok 11-12-2021 09:12 AM
Innalillah
Quote downiey 11-12-2021 06:35 PM

Innalillahiwainnalillahirojiun
Quote TeropongThaico 11-12-2021 11:04 PM
lanacondor replied at 10-12-2021 10:47 PM
nak betulkan di sini yg terlibat hanya sorg suspek bkn 2 org. yg sorg lg tu naik motor lalu je tb2 s ...

Allah yer ke.... Wrong  time wrong place le ni. Naya pak abu
Quote TeropongThaico 11-12-2021 11:05 PM
Innalillahiwainailahirojiun...
Quote nononcrux 13-12-2021 11:22 AM
Innalillahiwainnalillahirojiun
Quote cik_kuntum36 13-12-2021 12:13 PM
Innalillahiwainailahirojiun... senang jek dia nk bunuh org... xpk ke akibat nya...
Quote eely_shana 13-12-2021 08:06 PM
Smga rohnya dicucuri rhmat

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.101392 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top