CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesan Virus Covid-19 Dengan Pelitup Muka Sel Burung Unta

11-12-2021 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1194| Komen: 2

Description: Saintis Jepun telah membangunkan pelitup muka menggunakan antibodi burung unta untuk mengesan COVID-19 dengan bercahaya di bawah cahaya ultraviolet.
Saintis Jepun telah membangunkan pelitup muka menggunakan antibodi burung unta untuk mengesan COVID-19 dengan bercahaya di bawah cahaya ultraviolet.


Penemuan oleh Yasuhiro Tsukamoto dan pasukannya di Universiti Prefektur Kyoto di barat Jepun boleh menyediakan ujian kos rendah virus di rumah.


Kredit foto: Audubon

Para saintis bermula dengan mencipta penapis pelitup muka yang disalut dengan antibodi burung unta yang menyasarkan novel koronavirus, berdasarkan penyelidikan terdahulu yang menunjukkan burung mempunyai daya tahan kuat terhadap penyakit.

Dalam kajian kecil, subjek ujian memakai pelitup muka dan selepas lapan jam, penapis dikeluarkan dan disembur dengan bahan kimia yang bersinar di bawah cahaya ultraviolet jika virus itu dikesan.

Penapis yang dipakai individu dijangkiti COVID-19 bersinar di sekitar kawasan hidung dan mulut.

Pasukan itu berharap untuk membangunkan lagi pelitup muka tersebut supaya ia akan bersinar secara automatik tanpa pencahayaan khas, jika virus itu dikesan.

Tsukamoto, seorang profesor veterinar dan presiden universiti, telah mengkaji burung unta selama bertahun-tahun mencari cara untuk menyesuaikan imuniti mereka bagi melawan selesema burung, alahan dan penyakit lain.


Kredit foto: Reuters

Tsukamoto memberitahu agensi berita Kyodo bahawa dia mendapati dirinya positif untuk COVID-19 selepas dia memakai salah satu topeng khas dan mendapati ia bersinar apabila diperiksa.

Diagnosis disahkan selepas ujian standard.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 11-12-2021 10:11 PM
pastu dh terlambat ko dh terjangkit....
Quote sharlenetexas 11-12-2021 10:26 PM
Kena bunuh burung unta utk dapatkan antibodi?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.051108 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top