CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

34 Tahun Pandu Bas, Wanita Dipecat Kerana Tak Cukup Tinggi

11-12-2021 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1881| Komen: 9

Description: Hanya kerana fizikalnya terlalu rendah, pemandu bas di United Kingdom (UK) ini mungkin terpaksa melepaskan pekerjaannya selama 34 tahun itu.
Hanya kerana fizikalnya terlalu rendah, pemandu bas di United Kingdom (UK) ini mungkin terpaksa melepaskan pekerjaannya selama 34 tahun itu.


Tracey Scholes dari Heywood, Greater Manchester, tidak cukup tinggi untuk mengubah kedudukan cermin sisi bas yang boleh mengundang bahaya.


Kredit foto: Daily Star

Isu itu timbul pada bulan lalu apabila Tracey diberi notis daripada majikannya selepas operator mengubah kedudukan cermin sisi pada kenderaan itu.

Ini bermakna Tracey, yang mempunyai ketinggian 152.4 sentimeter (sm) terlalu rendah untuk mengendalikan bas itu tanpa melepaskan kakinya dari pedal.


Manchester Evening News melaporkan, wanita berusia 57 tahun itu kini sedang membuat rayuan dengan bantuan kesatuan sekerja.


Kredit foto: Daily Star

"Ini sungguh mengecewakan. Saya seorang ibu tunggal tiga anak, ada hutang rumah dan ia berlaku bila menjelang Krismas.

"Saya tak pernah terbabit dengan kesatuan sebelum ini, malah saya juga tak pernah ada masalah disiplin atau digantung (pemanduan)," katanya seperti dilaporkan portal Daily Star.

Katanya, dia membangkitkan masalahnya apabila sukar memandu dengan baik ketika menggunakan cermin sisi kenderaan itu.

"Saya tak dapat kendalikannya dengan baik, tanpa mengangkat kaki dari pedal.

"Akhirnya, majikan saya memutuskan saya bertugas ke laluan lain yang boleh menggunakan cermin sisi jenis lama," katanya.


Kredit foto: Daily Star

Pihak pengurusan Go North West, yang mengambil alih perkhidmatan daripada First pada 2019, menawarkan Tracey alternatif lain tetapi dengan tempoh jam kerja dan gaji yang dikurangkan.

Namun, Tracey menolak tawaran itu dan diberikan notis selama 12 minggu ketika dia membuat rayuan terhadap keputusan majikannya itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 11-12-2021 10:09 PM
errr...side mirror tu manual ka? kena ejas tiap2 jam ka....
Quote Cik_jantung 12-12-2021 08:27 AM
Edited by Cik_jantung at 18-1-2022 08:02 AM

..............
Quote edayildiz 12-12-2021 08:48 AM
hebat la bawak bas..kita bawak keta kecik pun nk parking terkial kial..
Quote Artemesiaa 12-12-2021 11:14 AM
34 tahun pengalaman memandu sekadar cermin sisi kedudukannya macam tu pasti tak jadi masaalah buatnya.  Ke sebab ada yang lebih muda nak kan jawatannya cipta alasan agar dia diberhentikan.
Quote ezacbee 12-12-2021 11:20 AM
Alasan je tu. Mungkin faktor umo utk diberhentikan keje.
Quote merrissa 12-12-2021 05:18 PM
ahahaha aku naik First ni...driver brek ntah apa2...ak nk turun tangga......hampir terjatuh tp x jatuh...cuma terhumban secara laju sempat tahan dgn tangan dan badan.....ponggg satu bus dgr...AHHAHAHA.....sakit siot.....

dah la sorry pon xde...sedangkan dia nmpk je kat cctv dia....kite terhumban kat tangga tu...kuang ajar...selayak nya driver tu yg dibuang
Quote eely_shana 12-12-2021 07:02 PM
Tak cukup tggi kena pecat
Quote VirusDetected 13-12-2021 11:15 AM
kesian dia...
alasan x cukup tggi...hermmmm
Quote puanbintang 13-12-2021 03:14 PM
hebat! bertahan pulak tu 34 tahun duk hadap kerja dia..tapi yelah mungkin atas faktor usia tu lah kot company pecat dia..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.171384 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top